Sunday, June 27, 2010

Takdir Cinta:Bab 2



                    Johan melepaskan keluhan yang berat.Entah untuk berapa kali.Dia gusar.Hatinya tidak tenteram.Azam yang berada di sebelahnya hanya memandang dengan wajah berkerut.Menggambarkan hatinya yang dilanda perasan hairan dan ingin tahu.Ikutkan hati ingin sekali dia bertanya tetapi dibatalkan saja niat 'sucinya' itu.Biarlah Johan yang bercerita sendiri kepadanya.Johan yang mengerti hasrat Azam hanya mendiamkan diri seolah-olah tidak mengerti akan mimik muka sahabatnya itu yang meminta penjelasan.Bukannya dia tidak tahu apa yang yang berlaku terhadap dirinya.Cuma dia belum bersedia dan mungkin tidak akan bersedia menberikan penjelasan terhadap perubahan yang berlaku terhadap dirinya hari ini.Dia tahu akan jawapan yang diinginkan oleh Azam .Segalanya dia tahu.Biarlah masa yang menentukannya.Lantas dia mengeluh lagi.Azam yang tidak mampu menahan perasaan ingin tahunya itu segera berkalih ke posisi yang lebih selesa.

                    "Kau ni kenapa? Resah semacam je aku tengok." Tanya Azam pantas.Itulah persoalan yang bermain di fikirannya sejak tadi.Johan hanya mengeluh perlahan.Soalan yang ditakutinya akhirnya diutarakan jua oleh sahabatnya yang seorang itu,Azam.

                    "Kau tak jelous ke tengok Farah rapat dengan member dia tu? Aku tengok rapat semacam je." Sengaja soalan Azam tidak di jawab.Biarlah dia sendiri yang mengetahui apa yang tersirat di hatinya.Soalan dibalas soalan.Itu saja yang muncul di benak fikirannya untuk melarikan diri daripada soalan Azam yang boleh membawa ‘maut’ kepda dirinya itu.

                    "Tu ke yang kau fikirkan dari tadi? Sapa tunang Farah yang sebenarnya ni? Aku ke kau?" Balas Azam tenang.Dia tidak perlu melenting.Dia kenal Farah dan Nazri lebih daripada Johan.Bahkan dia merasakan dia tidak perlu cemburu kepada pemuda itu.Dia punya segalanya.Apa yang Nazri ada.Aku punya kereta dan pendidikan tapi dia? Katanya sendiri.Lalu dia tersenyum sinis.Johan yang menyedari senyuman itu segera mengerut mukanya.Apalah yang difikir oleh dia.Johan tertanya-tanya.

                    "Kau tak perlu risau pasal tu.Pasal hubungan Farah dengan si Nazri tu dah lama aku peratikan.Dorang memang camtu.Masa aku nak tackle si Farah tu aku kena tackle Nazri dulu.Dulu aku ingat Nazri tu abang dia rupanya kawan je.Masa aku tau status Nazri yang sebenar memang menyirap je aku.Tapi rupanya Nazri ni bukan sekadar kawan je tapi dah jadi part of family Farah.So aku rasa okeylah balik.Malah mak Farah pun dah anggap Nazri tu anak dorang.Kesimpulannya,aku rasa tak salah.Lagipun hanya lelaki tahu pandangan mata lelaki.Aku tengok cara dia tengok Farah tak lebih daripada sekadar kawan.Lagi pun aku kenal perangai dia camne.Dia ni good boy." Jelas Azam membetulkan tanggapan Johan.Johan yang mendengar tersedak.Ada sebab mengapa dia tersedak.Hatinya mula dilanda resah.Mukanya berubah pucat.Ada sesuatu yang dikatakan oleh Azam yang menganggunya.Azam yang menyedari perubahan rakannya itu hanya tersenyum sumbing.Apakehalnya lagi ni.

                     "Kau kenapa?" Seraya Azam bertanya.

                    "Resah semacam je aku tengok.Kau risaukan apa?" Sambung Azam.Johan hanya menggeleng kecil.Segera dia berdehem.Membetulkan semula suaranya.Soalan Azam hanya dipandang sepi.Azam Syawal hanya memerhatikan gelagat sahabatnya itu.Ada sesuatu yang difikirkan olehnya.Perilakunya menimbulkan pelbagai tanda tanya.Tapi jawapan langsung tiada.Perangai Johan mula berubah sejak petang tadi.Dia jumpa sesiapakah?.Azam blur fikirannya kosong.Bunyi cengkerik seakan-akan berbunyi di dalam kepalanya tanda sunyi .Dia tidak dapat jawapan yang diinginkan.Keluhan kecil keluar daripada mulutnya.Segera kepalanya dipicit gara-gara berfikir terlalu mendalam tadi.Lapangan terbang KLIA itu kini mula melemaskannya.Pengumuman mengenai pesawat yang akan berlepas mula kedengaran.Segera Azam Syawal memulakan langkahnya menuju ke pintu masuk pesawat. Sebelum berpisah,kedua sahabat itu saling berpelukan tanda salam perpisahan.

                    Kini Azam Syawal telah pun memasuki pesawat yang menuju ke London,negara kelahiran bapanya,Encik Rashid.Di dalam fikirannya mula terbayangkan perangai Johan yang sedikit berubah tadi.Bahkan menambah curiga Azam apabila pemuda itu ingin menetap di Malaysia untuk beberapa hari lagi.Bukannya dia tidak tahu bahawa Johan tidak suka akan negara kelahirannya sendiri.Ada sesuatu yang dia sorokkan daripada akukah? Soal Azam kepada dirinya sendiri.Kosong.Dia buntu memikirkan perubahan temannya yang seorang itu.Sekali lagi dia tewas dengan dirinya sendiri.Arrgghh..gerutu Azam sendirian.Segera dia meraup mukanya dengan kasar.Keluhannya juga berbunyi kasar.

                    Sebuah kereta Toyota Rush yang berwarna biru meluncur laju di jalan raya.Dari segi pemanduannya ramai yang tidak menyangka bahawa pemandu kereta tersebut tengah berperang dengan dirinya sendiri.Arghh!!!....Johan menjerit.Mukanya tegang.Tiada secalit senyuman pun di mukanya.Johan menyumpah seranah dirinya sendiri.Segera dia memecut laju keretanya di jalan raya.Sekarang pemanduannya tidak ubah seperti pemandu F1.Bezanya dia kini berlumba dengan dirinya sendiri.Tiada pemandu lain yang menyainginya.

                   "Hanya lelaki yang tahu pandangan mata lelaki." Suara Azam berulang kali terngiang-ngiang di telinganya.Ingin sahaja dia menekup telinganya namun menyedari dia berada di jalan raya segera dibatalkan saja niatnya tadi.Damn it!.Johan memaki.Kepada siapa? Dia sendiri tidak tahu.Mungkin juga kepada dirinya sendiri.Kenapa sekarang Johan.Kenapa sekarang?.Dia bertanya kepada diri sendiri.Kau hanya menempah bahana.Kusut dan serabut.Itulah keadaan fikirannya sekarang

4 comments:

Papermint said...

alaaaaaaaa.... sikit nye... issshhh kedekut la.... bila la nak dapat musa surat seterusnya tu... wah... kaknani dah ada saingan skang... dasat2.. nangis kaknani kalau dia baca citer adik ni... hahahhahahah

Papermint said...

kakika yg salah baca ke... atau johan tu memang menyibuk..??? dia bukan tunang farah... yg dia nyibuk sampai nak jadi pemandu F1 tu kenapa?? iisshhh... dia ni ehem2 ngan azam ke... atau dia minat farah..?? ke dia minat nazri..?? hahahah.. musykil...musykil...

Anonymous said...

hahahaha..bahaya 2...huhuhu

Fitrah Adnan said...

x...nak tau?? tggulah smbgannya..kalu sy wat g..hehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...