Suasana di rumah dua tingkat itu sungguh meriah bagaikan ada majlis besar.Gelak tawa pelbagai peringkat umur menghiasi majlis pertunangan Nurul Farahana dengan jejaka pilihannya, Azam Syawal.Sedari awal pagi lagi Farah sudah bersedia.Walaupun hanya majlis pertunangan,debarannya tetap terasa.
"Huh..Sabar Farah.You can do it.Chaiyok! chaiyok!..Bertenang..." Farah memujuk hatinya yang dilanda resah.
"Alo adik manis.." Ucap Nazri seraya tersenyum.Dia yang dari tadi hanya memerhati kini bersuara setelah melihat Farah bermonolog sendirian.
"Naz ingatkan tadi Farah dah gila sebab cakap sorang diri tadi” Ejek Nazri sambil tersenyum.
"Eleh kalau Farah gila pun kawan siapa? Kawan Naz jugakkan?..." Balas Farah yang tidak mahu kalah.Lalu jari jemarinya yang halus dan runcing itu pantas mencubit lengan Nazri.
"Aduh! Sakitlah Farah..Camnelah nasib Azam nanti erk? Agaknya mau naik bengkak tangan dia hari-hari kena cubit ngan Farah.Kesian dia.." Balas Nazri sambil tersenyum sumbing.Sengaja dia mahu mengusik gadis itu pada waktu itu.Mahu melihat muka manis itu kemerahan.Apatah lagi kemungkinan selepas ini mereka tidak dapat berbuat demikian disebabkann status Farah yang sudah bertukar.Sahabatnya yang seorang itu jodohnya terlalu cepat.Di usia 23 tahun sudah bertemu jodoh.Bukan seperti dia,teman wanita pun tiada.
Farah yang menahan malu dan marah tadi pantas berpaling.Persis anak kecil yang merajuk.Perhubungan persahabatan mereka yang mencecah puluhan tahun telah membuatkan mereka kelihatan seperti adik-beradik tidak kurang juga ada yang beranggapan bahawa mereka ini pasangan kekasih.Semua ini disebabkan kemesraan mereka.Namun begitu hubungan itu hanya sampai ke situ.Tidak lebih dan tidak kurang.
"Ala...baby jangan nangis erk..Nanti uncle Azam tengok dia cabut lari" Sambung Nazri setelah melihat Farah berpaling daripadanya.Dia pantas mengelak setelah melihat Farah mencari peluang untuk mencubit dirinya.Berlaku kejar mengejar di antara dua sahabat itu.Nazri yang sedari tadi tergelak kini keletihan namun digagahi jua dirinya daripada menjadi mangsa cubitan Farah.
"Ehem..." Terdengar deheman daripada satu suara.Farah dan Nazri yang dari tadi leka berkejaran kini berhenti.Perlakuan yang tidah ubah seperti budak kecil tadi terhenti sekelip mata.Mereka berpandangan antara satu sama lain.Wajah Encik Harris kelihatan serius.Tiada senyuman.Dia memandang tajam ke arah wajah anaknya dan Nazri.Di belakangnya muncul Puan Azizah yang tersenyum manis.Dia yang mengetahui apa yang difikirkan oleh Encik Harris hanya tersenyum nipis.
"Kakak cepat siap.Pihak lelaki dah sampai tu.Naz,mari tolong ibu.I need your help." Puan Azizah berkata sambil membuat mimik muka.Mimik mukanya difahami oleh Nazri dan Farah.Mereka yang mengerti mula bergerak ke arah yang berlainan.Farah ke meja soleknya manakala Nazri pergi ke arah Puan Azizah.
Encik Harris mula bergerak ke ruang tamu rumahnya.Di dalam fikirannya terbayang macam-macam.Perhubungan anaknya dengan Nazri memang disenanginya tetapi apabila kedua-duanya menginjak dewasa,dia khuatir.Dia percaya bahawa Farah pandai menjaga diri dan Nazri budak yang baik namun apabila melihat keakraban keduanya dia hilang kepercayaan.Syaitan sentiasa mencari peluang.Kerana itulah semenjak tiga tahun yang lepas dia mula melarang Farah berkawan terlalu rapat dengan Nazri.Dia mula menjadi orang yang strict walaupun kadang kala dia kasihan melihat kedua-duanya.Dia bukan orang yang kejam yang ingin memutuskan tali persahabatan yang terlalu erat tetapi dia ingin menjadi orang yang sentiasa berwaspada.
"Naz..jangan ambil hati ye dengan sikap abah." Lembut sahaja suara Puan Azizah memujuk tetapi mampu didengari oleh Nazri.Nazri mengangguk perlahan.Dia akui sikap 'abahnya' itu semakin lama semakin menakutkannya.Dia mengerti segala tindak tanduk Encik Harris itu bersebab walaupun kadang kala tidak masuk akal.
"Naz okey je bu.No hurt feeling." Balas Nazri sambil tersenyum nipis.Dia kemudiannya berlalu pergi ke arah dapur.Puan Azizah yang hanya memerhati mengetahui bahawa 'anaknya ' yang seorang itu berkecil hati dengan sikap suaminya itu.Cuma sengaja tidak ditonjolkan keluar tidak seperti Farah,anak daranya yang seorang itu.Walaupun lembut tetapi apabila tidak berpuas hati dia akan meluahkannya.Mungkin kerana 'status'.Farahana adalah anak kandung dia dan suaminya manakala Nazri adalah seorang pemuda yang dianggap 'anak' kerana perhubungan yang sudah lama terjalin di tambahkan pula dengan nasib pemuda itu yang merupakan anak yatim yang kematian ayah.
Puan Azizah hanya mampu mengeluh.Bukannya dia dan anak-anaknya tidak pernah menasihati Encik Harris namun segala usaha mereka anak beranak separti mencurah air ke daun keladi.Apa yang boleh dilakukan sekarang ialah bertawakal sahaja kepada Allah S.W.T.
"Kakak,kakak marah abah ke?" Tanya Puan Azizah selepas kelibat Nazri sudah tidak kelihatan.
"Nope.Kakak cuma kesian dengan Naz bu.Abah tu tegas sangat.Kakak tahu Naz tu kadang-kadang takut dengan abah." Ucap Farah dengan muka yang sedikit muram.Dia kesal.Benar-benar kesal akan sikap Encik Harris.Lalu dia mengeluh kecil.Puan Azizah yang terdengar keluhan itu pantas memujuk.
"Sudahlah tu kakak.Rombongan lelaki dah sampai tu.Nanti muka dah tak manis.Terpaksa ibu ambil gula kat dapur" Kata Puan Azizah separuh bergurau.Dia tidak mahu anaknya itu berwajah muram apatah lagi disaat ini.Saat yang berbahagia bagi mereka sekeluarga.
"Ishh...Ibu ni.Ada-ada saja." Balas Farah sambil tersenyum.Senyuman yang manis dan ikhlas.
Di ruang tamu,beberapa orang wakil daripada pihak lelaki berborak sesama sendiri.Suasananya tidaklah sebising tadi.Di tengah-tengah ruang tamu itu terdapat dua belas dulang yang terbahagi dua.Di sebelah kanan terdapat lima dulang daripada pihak lelaki.Hantarannya digubah cantik dengan warna hijau muda.Manakala,di sebelah kiri pula terdapat tujuh dulang yang bertemakan warna goldish.Majlis yang ringkas namun meriah.Itulah harapan Farah dan impiannya menjadi kenyataan walaupun ada sedikit salah faham di antara dia dengan Azam Syawal.
"But sayang...Mak I suka warna gold.Infect bagi I warna gold tu suit for engagement.Merah tu terlalu teranglah sayang.Too daring.My mom doesn't like it.Bolehlah sayang.I janji wedding kita nanti you punya favourite jadi tema.I janji." Azam Syawal memberi penjelasan agar gadis di depannya itu tidak lagi merajuk ataupun menyangkal kata-katanya.Sebenarnya dia sudah berjanji dengan mamanya bahawa warna pilihan mamanya akan menjadi tema majlis pertungannya dengan Farah.Dia sebenarnya tersepit dengan kedua-duanya.Mamanya dia sayang,Farah dia cinta.Kadang-kala dia sedikit rimas dengan mamanya.Bukankah yang bertunang itu dia? Dan bukannya mama dia.Azam melepaskan keluhannya.
"Tapi...yang bertunang tu kita bukan mama you." Balas Farah.Dia yakin itu semua alasan Azam semata-mata.Apa tunangnya itu tidak mengerti bahawa dia mahukan seorang teman hidup yang boleh menjadi ketua keluarga?.Kalau mummy's boy ni dia tidak pasti.Namun kerana cinta dia turutkan saja.Lagi pun bakal ibu mertuanya itu seorang yang sporting cuma kadang kala bertukar menjadi seorang yang pusher.
"Hurm...Okey.I ikut cakap you tapi ingat kahwin nanti warna merah bagi pihak I." Sambung Farah.Dia mengerti kedudukan lelaki di hadapannya itu.Jejaka itu berada di dalam dilema.Lagipun dia tidak mahu bergaduh hanya disebabkan perkara kecil sahaja sedangkan masalah itu boleh diselesaikan.Azam yang tadi hanya berdiam diri kini mampu tersenyum selepas mendengar kata-kata gadis di hadapannya itu.Dalam diam dia mengakui bahawa Farah adalah gadis yang sangat memahami jiwa lelakinya dan itulah yang membuatnya tertarik kepada Farah.Dan kerana sikap Farah itu jugalah hubungan mereka mencecah dua tahun.Satu tempoh yang tidak pernah dia lalui bagi perhubungan sebagai kekasih sepanjang hidupnya.Farah adalah gadis pertama yang memecah rekod.
"Thanks sayang I janji." Azam Syawal berterusan berjanji agar hati kekasihnya itu tidak terluka.
"Kakak." Panggil Puan Azizah.
"Kakak.." Puan Azizah terus memanggil setelah melihat tiada reaksi daripada puterinya itu.Farah yang tersedar hanya tersenyum sumbing bagi menutup kesalahannya itu.Dalam diam dia mengutuk dirinya kerana berangan jauh.Apalah aku.Buat malu aje.Nasib baik ibu tegur cepat.Malunya.Farah bermonolog sendiri.
"Maaf bu.Kakak tak perasan tadi." Kata Farah sambil tersenyum yang dibuat-buat.Puan Azizah hanya tersenyum simpul.Apalah yang difikir budak ni.Puan azizah tertanya-tanya.Tanpa disedari oleh sesiapa,jauh di penjuru dinding ada sepasang mata yang memerhatikan Farah sedari tadi.
"Cantik" Mulut pemilik mata itu berbicara.Majlis berjalan lancar seperti yang dikehendaki oleh Farah dan keluarganya.Usai majlis selesai sepasang kaki mula menggerakkan langkahnnya.
"Hai sayang.You looks so beautifull today.I wish I could hug you." Kedengaran satu suara.Farah amat mengenali suara itu.Mana tidak kenal suara itulah suara yang selalu menjadi temannya sejak dua tahun yang lalu.Lantas dia berpaling ke arah suara itu datang.Melihat wajah di hadapannya itu dia tersenyum gembira.Sudah tiga bulan wajah itu dirindui.Langkah kakinya dihayun menuju ke arah Azam Syawal.
"Hai.Kata tak dapat balik.You tipu I erk? How could you." Farah terus memukul lengan jejaka yang berada di depannya itu.Azam yang terkejut hanya mampu mengundurkan kakinya beberapa langkah ke belakang.Tiba-tiba muncul seorang lelaki di belakang Azam Syawal.Lelaki itu hanya mampu tersenyum.
"Sorry for bothering." Ringkas sahaja ayat yang keluar daripada mulut jejaka itu.Farah yang menyedari kehadiran lelaki itu hanya mampu tersenyum nipis.
"Sayang.Ini Johan,office-mate I.Merangkap sahabat I masa di London hari tu.Dia ni dulu kawan seuniversiti I.Tapi tahun akhir dia terus pindah.Masa I outstation hari tu baru I jumpa dia balik." Azam Syawal memperkenalkan jejaka yang berada di hadapan mereka.Farah tersenyum lalu menundukkan sedikit kepalanya tanda salam perkenalan.Johan yang memahami turut melakukan perkara yang sama.Persis orang Jepun pulak.Bezanya mereka perbuatan Farah dan Johan itu tadi seperti mengangguk kepala sekali.Farah yang ternampak kelibat Nazri segera meninggikan kepalanya lalu lagaknya seperti mencari orang.Setelah dapat apa yang dicari Farah tersenyum puas.Lantas tangannya ditinggikan bagi menjadi isyarat bagi Nazri.Azam dan Johan yang memerhatikan segala pergerakkan Farah berpaling ke arah yang dilihat oleh Farah.Azam yang mengerti siapa yang dicari oleh Farah segera tersenyum ke arah Nazri yang menghampiri mereka.Nazri menghulurkan tangan kepada Johan tanda salam perkenalan.Johan menyambut salam itu lalu menghadiahkan senyuman kepada Nazri.Walaupun tidak mengenali siapa lelaki yang berdiri di hadapannya itu.Nazri melakukan perkara yang sama kepada Azam Syawal yang kini bergelar tunang kepada sahabat sepermainannya semenjak kecil,Farah.
"Johan,ni bestfriend Farah,Nazri.Dia ni juga anak angkat pak cik Harris.Dorang ni dah lama kenal since kecik lagi.Naz,ni kawan I,Johan." Azam menjawab segala persoalan yang bermain di fikiran Nazri dan Johan.
Selepas berborak seketika,Azam mengundurkan diri.Katanya dia perlu balik awal kerana esok dia akan terbang kembali ke London.Farah yang tidak berpuas hati segera berjalan ke arah laman yang lengang.Ramai tetamu berada di bawah khemah yang terletak di hadapan rumahnya.Azam yang menyedari akan sikap Farah itu segera mengekori gadis itu.Dia tahu Farah sedikit terasa hati dengan dirinya.Dia selalu saja sibuk.Sentiasa outstation.Kadang-kala memakan masa berbulan-bulan.Namun dia bersyukur kerana Farah amat memahami kerjayanya lantas perhubungan mereka sentiasa berjalan lancar.
"Marah?" Tanya Azam ketika menghampiri Farah.Farah yang mengetahui siapa pemilik suara itu hanya berdiam diri.
"Sorry honey.I really need to go.I minta maaf sangat-sangat.Luckily I boleh balik hari ni.Kalau tak you akan jadi sasau sebab rindukan I." Sambung Azam setelah melihat tiada reaksi daripada gadis kesayangannya itu.Sengaja dia ingin mengusik gadis yang bertahta di hatinya itu.Nun jauh daripada mereka,Johan memerhati segala perilaku Azam dan Farah.Matanya tidak lepas daripada memandang Farah.Nazri yang ternampak mula tidak sedap hati.Wajah dia...Nazri hanya mampu berkata di dalam hati.Arghh...mungkin andaian aku saja katanya sendirian.Mustahil.
No comments:
Post a Comment