Andainya aku mampu berbicara denganmu
Akan aku pastikan kamu mengetahui akan isi hatiku
supaya
sengketa kita ini tidak membinasakan rasa cinta kita
Dan aku tidak keseorangan dalam mempertahankan cinta ini dan
supaya aku mengetahui bahawa kamu masih lagi menjadi
milikku kerana cintaku ini masih menjadi milikmu
Andainya aku mampu berbicara denganmu akan aku pastikan
kamu mengetahui betapa dalamnya cintaku ini
sedalam yang tidak pernah engkau fikirkan
serta berapa setia cintaku ini
sesetia cinta dan kasih Hawa kepada Adam
walaupun dugaannya sebesar langit
walaupun manisnya sekecil biji sawi
Andainya aku mampu berbicara denganmu
ingin aku menyatakan betapa seksanya aku setelah
kamu mendiamkan diri dan betapa peritnya
hatiku ini setelah aku cuba mendekatimu sedangkan kamu
jauh dariku
Izinkan aku meneruskan cinta ini bersama kenangan lalu yang tersemat di fikiranku walaupun tanpa kamu yang bergelar KEKASIHKU
6 comments:
hurmm... biasalah... drg mana fhmpun...
hhmmm gak... adus... saya ni memang kurang arif dalam bab2 tersirat ni...
derita dalam diam..
sunyi dalam tawa..
mengapa kau berdemdam..
hilang tanpa berita..
alih2 muncul membawa bencana..
ni bdsrkan pglaman seorg kwn...sdih...cinta utk sang arjuna nmun sang arjunanya hny pergi jauh...mereka sama2 ego...akhirnya cinta mati tkubur bgitu shj...sayang..
kawan diikat sebelum cinta..kadangkala kawan juga seiring dengan cinta..
jadi sebaik sahaja cinta dilepaskan.. begitu juga kawan.. mengikut kemana saja cinta mengembara...
cinta hanya tinggal pada nama... yg akan di lupakan begitu sahaja... tidak berpenghuni tiada jiwa..
cinta yg tidak berjiwa terkubur begitu saja.. membawa lara bersama duka..
kdg kala cinta mnyeksakan..
tp smakin sakit,smkin kte mahukannya..
btol ke??
kta syg tp npe bdiam diri?
sjk ini didedikasikan kpd kwn sy...semoga bahagia..
Post a Comment