Monday, June 28, 2010
Cerpen_Mutiara Hidup eps.1
Pagi ini hilang segala semangatku.Sedih semalam masih belum hilang.Mengapa aku?? Mengapa mesti aku?? Persoalan itu kerap bermain di fikiranku.Mampukah aku meneruskan hidup ini setelah duka semalam datang menemaniku?? Kata-kata itu telah membunuh hati dan jiwaku juga telah merampas kegembiraan aku sekeluarga.Arghh!!..Pedulikan semua itu.Aku mampu menghadapinya.Aku kuat!!...
Kata-kata yang keluar daripada mulut Doktor Khairul benar-benar telah meruntun hati aku.Lebih perit hati ibu dan abahku.
"Maafkan saya.Puan tuan..Keadaannya amat kritikal..." Tersekat -sekat suara Dr.Khairul ketika ingin menyampaikan berita yang bakal mengubah hidup keluarga di hadapannya itu.
"Dia kini sudah berada di stage four.Situasi di mana dia sudah tidak dapat diselamatkan lagi". Sambung Dr.Khairul.
Seraya doktor Khairul menghabiskan kata-katanya.Suasana sunyi mula menyelubungi bilik itu.Terasa panas walaupun penghawa dingin di dalam bilik itu berfungsi dengan baik.
Dapatku lihat wajah tegas abah menjadi sayu.Begitu juga wajah manis ibu berubah menjadi pucat.Bertambah sakit hati ini apabila melihat abah mengalirkan air mata jantannya.Sesungguhnya aku memang berdosa kerana telah melukakan hati kedua ibu bapaku.Puas aku mencari kekuat di dalam diri ini.Tapi mengapa tiada?? Semuanya hampa.Perkara ini telah membuat aku mengambil satu keputusan yang drastik.Keputusan bodoh yang ditentang oleh angah apabila aku menyatakan hasratku itu.
"Jangan alang!!..Angah tak setuju langsung.You are more clever than that!.Stop making stupid decision.I am not with you.Never!!.."Aufa menyatakan rasa tidak puas hatinya itu terhadap kata-kata Farahana yang dianggapnya sesuatu yang tidak matang dan tidak patut dilakukannya.Ingin menyakiti hati orang yang berada di sisinya hanya kerana tidak ingin mereka meratapi pemergiannya memang sesuatu keputusan yang bodoh.Tidak matang bagi seorang gadis yang berumur 16 tahun.Mungkin niatnya baik.Namun ingatlah,niat tidak menghalalkan cara.Mungkin caranya tidak berdosa.Namun itu akan mengundang umpat dan juga celaan masyarakat sekeliling.Bukankah ketika itu yang akan lebih sedih adalah keluarganya sendiri??.Kerana itulah Nur Aufa Hana membantah keputusannya.
Kata-kata angah memang benar.Mengapa harus aku persiakan sisa-sisa terakhir aku ini dengan menyakiti hati orang disekelilingku ini?? Maafkan aku angah.Aku berjanji esok aku adalah Nurul Farahana Dahlia yang baru.
BERSAMBUNG...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
ala.. citer sedih.. iisshh.. iisshh.. tgh syok baca tau2 dah abis.. hhhmmmmm.... jgn lupa war2 kan kat fb kalau dah ada sambungan...
ok..insyaallah...
menarik... satu motivasi kepada orang yang sedang menempuhinya
hahahaha..mekaseh ats sokongan anda...sy amt mghargainya..
Post a Comment