Sunday, January 2, 2011

Cinta Dari Pandangan Saya.

Ramai orang tanya pendapat saya.Tentang apa?? Macam2 perkara.Pelbagai.Selagi ada masalah dalam dunia ni selagi tulah orang akan tanya.Persoalan demi persoalan selagi ada persoalan yang boleh ditimbulkan.

Tapi akhir2 ni ramai lak tanya pendapat tentang cinta dari saya.Pendapat je ye.Bukan pengalaman.Pelik jugak.Sekarang ni musim cinta berbuah ke?? huk3..Jangan pikir yang lain tau.

Sekarang tv tayang cerita yang bergenre cinta ke??

Semua orang sibuk nak tahu pasal cinta.Apa?? Korang ingat perlawan bola antara Malaysia dengan Indonesia je isu hangat sekarang ni??

Cinta daripada pandangan saya?? Ialah...hurm..ntah personally saya sendiri pun tak tau.

Tapi ada orang cakap,cinta tu bila hati kite berdebar2 dan rasa tak keruan bila jumpa dengan orang yang kita saya.TAPI SAYA TAK PERCAYA sebab takkan pengetua tu orang yang kita cinta?? Faham tak?? Kalau kita dipanggil berjumpa dengan pengetua or cikgu displin hati kita akan berdebar2 dan tak keruan.Adakah itu bermaksud anda telah berjumpa cinta sejati*pergghhh ayat jiwang betul.

Ada orang cakap cinta ni jadi kita teringat kat seseorang tu setiap masa.Kadang2 kita nampak orang yang kita suka tu kat situ padahal orang lain.TAPI BAGI SAYA tu bukan cinta bro/sis tu angau.Hehehehe...

Ada jugak orang kata yang cinta ni terhasil daripada perasaan benci.Seperti bila girl gaduh dengan boy dan dorang gaduh hari2.Pantang berjumpa.Asal jumpa gaduh asal gaduh je mesti jumpa.Dalam novel pun ada cakap yang perasan benci dan sayang ni sebenar saling berkait.Benci dan suka ni dihalang oleh 1 dinding yang nipis.Sebab tu kadang2 kita ingat kita benci orang tu tapi sebenarnya kita sayang orang.Betul ke?? Yang ni saya tak berani nak komen sebab saya tak berani.Hehehehe

Ada orang kata cinta ni best.Ada yang kata leceh.

Tapi bagi saya,lahirnya anak adam ke dalam dunia ni kerana cinta tak kiralah secara halal atau sebaliknya.Wujudnya khalifah bernama manusia ni pun kerana cinta.Keamanan pun wujud sebab cinta.Islam masih teguh berdiri pun sebab cinta.

Ada orang cakap:
Cinta bila kita bahagia
Cinta bila kita bahagia selepas mengharungi pelbagai rintangan
Cinta pandang pertama
Cinta pandang berkali
Cinta pilihan keluarga
Cinta pilihan hati
Cinta dari rasa suka
Cinta dari rasa benci
Cinta dari persamaan
Cinta dari perbezaan

Tapi yang pasti cinta tu bila:
Kaum adam telah menemui rusuknya.
Kaum hawa telah jumpa penyelamatnya
Kaum adam telah jumpa ladangnya
Kaum hawa telah jumpa petaninya
Dan apabila sepasang hati telah disatukan
{Adoii ayat jiwang banyak sangat nih}

Cinta ni perkara yang am.Apa yang pasti untuk mencintai kita kena dicintai.*pening kepala otak
Kena memberi untuk menerima.Kena tak sempurna untuk jadi sempurna.*dah la wei..malas nak taip dah nih

Arggghhh!!!!! senang kata lu pikir la sendiri.G tanya Dato' Dr. Haji Fadzilah Kamsah sana nuh.Shuh...shuh.. g main jauh2.

Sekian,Harap korang tak muntah sebab entri ni berbunga sangat.Hahahaha...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...