Thursday, January 20, 2011

Merinduimu

Berisgthifar saya sebentar tadi apabila terjaga dari mimpi.Kenapa?? Kerana saya mimpikan seseorang yang telah pergi...

OPAH!...

Bukannya sekali..bukannya malam tadi sahaja..Tapi sudah 2 hari.Dan mimpi tadi benar2 memberi kesan kepada saya.

Saya mimpi..kami semua(famili belah ibu dan ayah) berkumpul dalam 1 rumah yang kecil.Kalau dilihat dari segi fizikalnya..Tapi saya pasti rumah tu besar kerana dapat memuatkan kedua2 belah ahli keluarga.

Pada permulaan mimpi tiada yang ganjil..sehinggalah perkara yang membawa saya kembali kepada realiti.
opah..Tiba2 dalam mimpi tu ada tetamu datang naik kereta.Pada mulanya saya tak hiraukannya kerana sibuk dengan perkara lain.Dan apabila saya berpaling ke depan.Opah sedang duduk selesa di atas kerusi kayu.Wajahnya tenang sangat.Dia senyum.Secara tiba2 saya berlari ke arahnya sehingga saya terjatuh kerana tangan saya tersekat pada sesuatu.Tapi opah masih ada.Saya teruskan larian yang terhenti tadi.Saya peluk opah.Terasa seperti nyata.Saya menangis dan katakan kepadanya bahawa saya rindu dia.Lama kita tak berjumpa.Tapi dalam mimpi tu saya lupa bahawa opah telah lama pergi menghadap illahi.Saya menangis.Begitu juga opah.Dia kata dia rindukan saya.

Tiba2 ada 1 suara mak cik saya mengatakan "Eh nape peluk nenek tu?? Opahkan dah meninggal dunia.".Saya terkesima.Saya berpaling ke arah mak cik saya yang berada di belakang.Saya katakan kepadanya."Apa pulak?? ni opah ni." Sejurus saya berpaling semula ke belakang.Wajah opah tiada.Yang ada hanya seorang nenek tua.Yang saya tak kenal pun siapa.Nenek itu hanya tersenyum saja.Dan semuanya hilang dari pandangan mata.Kerana saya buka mata saya dan kembali ke alam nyata.

Air mata hampir keluar apabila saya tersedar dari tidur.Terus saya pergi mandi.Air yang sejuk tadi pun tak terasa dinginnya.Sebab saya leka menangis dan bertanya kepada diri sendiri.

"Kenapa aku bermimpi begitu??"

Akhir2 ni saya selalu bermimpi tentang orang sekeliling saya.Haritu kawan2 saya.Pastu ada arwah wan pula.Lepas tu semua ahli keluarga saya.Saya pelik.Apa petunjuknya??

+adakah sebab akhir2 ni saya selalu ponteng solat isyak??
-merujuk kepada apa yang saya sering doakan.Lindungi orang sekelilingku.Mungkin kerana saya tak mendoakan mereka dengan cukup sebab ponteng sembahyang.Mungkin juga tanda doa saya hampir termakbul tetapi saya perlu cukupkan waktunya.

+adakah kerana saya demam??
-dah 3 hari saya demam.tak pernah kena demam macam ni.badan menggigil kesejukkan.yelah apabila kita sakit minda kita dah tak betul.hormon semuanya entah ke mana.

+adakah kerana saya sememangnya merindui mereka akhir2 ini??
-akhir2 ni jiwa saya jadi sensitif.kerap saya teringatkan arwah wan dan arwah opah.

Mungkin juga sebab saya rindu mereka dan mungkin juga kerana saya demam.Wan opah...adik selalu mendoakan kesejahteraan korang berdua.Adakah pertemuan kita merupakan hadiah penghijrahan adik??
atau ianya hanya mainan minda dan perasaan adik?? atau hanya gangguan syaitan yang selalu mencari peluang untuk mengganggu anak2 dan cucu2 adam??

Sungguh adik rindu wan dengan opah.Wan...adik minta maaf akhir2 ni adik tak dapat pegang amanah yang yang berikan pada adik.Tapi insyaallah adik akan cuba sebaik mungkin.Opah...adik dah start sembahyang sejak akhir2 ni...Supaya dengan ni adik akan sentiasa rapat dengan wan dengan opah.Sebab korangkan sekarang berada di sisi Allah.Dengan bertemu Allah di atas sejadah sekali gus adik dapat mendekati korang.Sebab adik tahu Allah akan sentiasa meletakkan orang yang beriman di sisinya.

Tunggulah adik ye??.Insyaallah satu hari nanti kita akan bertemu lagi.

4 comments:

AppleMint said...

ala... sedih nya... semakin dekat kita denganNya semakin dekat hati kita dengan mereka yang tersayang.. walau pun mereka sudah tiada... dan ketahui lah.. sesuangguhnya kesakitan itu adalah penghapus dosa2 kecil.. dengan syarat kita redha dgn kesakitan itu...

Mata Hati said...

jangan sedih-sedih..
adakalanya mimpi itu sekadar mainan tidyr, adakalanya mimpi itu membawa maksud tertentu.
bila kita terlampau rindu seseorang pun boleh terbawak2 ke dalam mimpi

syahira ariff said...

kena bersyukur dear
bkn slalu tau dpt peluang jumpa org yg dah takde dlm mimpi
mgkin dia nk suh fitrah sedekah al fatihah kt dia kn
=)

Fitrah Adnan said...

terima kasih atas sokongan semua...n_n

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...