Monday, January 31, 2011

Ketahuilah 25 Perkara Mengenai Saya

Tag...Hurmmm..Apa jadahnya benda nih?? Gua pun tak tau


Nak kata akaun tagged tu bukan...Tapi kiranya benda ni macam game dalam blog la..*ye la kot..main hentam jerk~


Saya takdelah pandai sangat tentang menda2 nih..akaun tagged saya tu pun dah lama tak buka*takde kena mengena pun~


ok! kita bermula step by step...


"Once you have been tagged,you are suppose to write a note, with 25 random thing, fact, habits or goal about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tag you, it's because I want to know more about you. Your cooperation is highly appreciated.


Nak Translatekan ke??
Tak payahlah...Saya sungguh tak baik hati pada hari ni*sengal~


Ok! tarik nafas pelan2 dan baca info tentang diri saya ni sampai muntah!!
pssstt...dah muntah pandai2 lah bersihkan sendiri ye?? mekasih..n_n


1.saya amat mengilai warna merah!..dulu waktu kecik2*bajet skang dah besarlah
saya suke warne kuning sampai bergaduh dengan kawan2 kat tadika sapa ada pensil warna kuning yang 2B punya 2...bila da semakin matured*erkkk??
saya minat warna hijau tapi semakin lama saya semakin sedar bahawa merahlah warna yang paling menawan dalam dunia nih! hahaha...


2.Nama adik beradik saya sume bermula daripada huruf F.Sedangkan perents saya nama mereka bermula daripada huruf A.


3.Aiza Izati adalah nama yang ingin ibu saya berikan pada saya tapi dibantah oleh ayah yang mahu legasi huruf F disambung.Cari punya cari dapatlah nama saya yang sekarang ni Nur Fitrah


4.Nama Nur Fitrah ini adalah pilihan saya sendiri(tipu jerk budak ni)<--suara hati korang.
hahaha..bukanlah betul2 dipilih oleh saya tetapi sipi2 jer*pening~~
hal ini berlaku apabila ibu dan ayah nak pilih nama untuk saya.Macam2 nama dorang sebut sehinggalah sampai kepada nama Fitrah,saya yang ketika itu sedang tidur terus buka mata dan tersenyum comel*ok! takdelah comel mana pun,cantek jer! hahaha


5.Kebanyakan anak2 orang yang jaga saya anak mereka bermula daripada huruf F.Contohnya Fahmi,Farhana,Fairuz..oh ya! mereka bukan daripada keluarga yang sama.


6.Hari lahir saya adalah 2 hari selepas hari lahir kakak saya.Manakala hari lahir kakak saya 2 hari selepas hari lahir anaknya yang kedua.


7.Saya BENCI! ANTI! GELI! kepada lipas,cicak dan tarantula(spesis labah2).Saya akan menjerit comel ketika bertemu mereka.


8.Saya anak nombor 3 hasil daripada ibu bapa yang merupakan anak nombor 3 dalam keluarga masing2.Saya juga lahir pada bulan 3!


9.Ketika kecil saya seorang yang sangat petah bercakap.Sehinggakan 1 tadika tahu siapa saya.Glamerkan??


10.Saya tak pandai guna komputer sehinggalah pada tahun ni apabila ibu membelikan netbook untuk saya.Ketika itulah saya dah pandai guna internet*banggerrr~~~


11.Saya seorang yang santai namun boleh bertukar menjadi series ketika melakukan pekerjaan dan apabila ianya berkaitan dengan masa!.saya menyirap dengan orang yang tak menepati masa sehingga ada masanya saya sengaja berlengah2 untuk bersiap tetapi akhirnya tetap saya yang menunggu mereka sebab mereka lagilah lambat kuaasa 2 daripasa saya TT_TT


12.Seorang yang suka memendam rasa.


13.Selalu bercadang dan berazam untuk jadi garang tapi tak pernah kesampaian!


14.Mudah menangis.Ini semuanya gara2 ayah! hahaha...gen cepat nangis datang daripada ayah.


15.Muka saya macam ibu tetapi sifat saya banyak mengikut ayah! kecuali tentang menepati masa,saya ikut ibu.


16.Rapat dengan sepupu2 kedua2 belah keluarga sebab saya tak rapat dengan siblings saya.


17.saya lahir pada bulan puasa iaitu,18 ramadhan manakala 14 tahun kemudian arwah opah meninggal sehari sebelum hari lahir saya iaitu 17 ramadhan(nuzul quran)


18.Seorang yang kuat makan pedas.Walaupun anak jati kolumpo.


19.Cik B dan Miss A adalah orang yang bertanggungjawab membawa saya ke dunia blog ini.


20.Ketika kecil merupakan orang yang sangat garang dan lebih banyak kawan lelaki daripada kawan perempuan.Manakala sekarang sebaliknya.


21.Apabila bersama dengan kak aufa(sepupu) kami sering disalah anggap sebagai kembar.Kebetulan ada sepupu kami yang merupakan kembar sebenar.


22.Sehingga ke usia 5 tahun,saya tak reti nak sebut nama saya.Sebab semua ahli keluarga saya memanggil saya dengan nama adik.Kerana itulah pada permulaan tadika kawan2 dan cikgu2 pun memanggil saya dengan nama adik.Sehinggalah saya reti menyebut nama saya sendiri kawan2 saya tetap memanggil saya dengan nama adik.Tetapi mereka berhenti memanggil begitu setelah saya selalu tak memberi respon apabila mereka memanggil saya dengan nama "adik".


23.Sejak saya kecil,ayah dan ibu sering masuk dan keluar hospital.Maka kerana itu saya tidak terlalu rapat dengan mereka.


24.Ramai orang beranggapan saya anak manja sedangakan ianya sebaliknya.Ini berlaku kerana saya sahaja yang rapat dengan kedua2 ibu bapa saya.Kenyataannya adalah tidak benar! saya boleh membuktikannya namun ianya hanya akan memberi aib kepada keluarga saya.Yang pasti! saya bukan anak manja.Tapi best jugak kalau jadi anak manja~~~~ hehehehe...


25.Saya sentiasa senyum pada nenek2 dan atok2 setiap kali saya jumpa golongan ini di luar sebab orang akan mengubati rindu saya pada arwah nenek2 dan atok2 saya.Lebih2 lagi saya tak sempat melihat atok belah ibu dan belah ayah pula meninggal ketika saya masih comel a.k.a masih kecil.hahahaha...


YESSS!!!!!!!!! dah habis.Tak sangka payah juga buat benda ni.Sebijik macam nak ambil exam.hahaahaha...Bezanya dapat guling2 sambil cari idea.


Maka dengan kuasa veto yang diberikan kepada saya,Saya Nur Fitrah bt Adnan ingin meng'tag' beberapa orang untuk menjawab tag ini..hahahaha...


Cik Bidadari
Apple Mint
Yana MIB
Mr. Pamek
Zaini Zainudin

Maka arakian,sudilah tuan hamba semua menjawab tag ini.
Mekasih~~~

6 comments:

Anonymous said...

gambar untuk award mana? takdapun...? CIK B

Raji berkata said...

eh nombor enam mcm nak sama lah o.O
aku beza 2 hari dgn abg aku and 2 hari juga dgn adik aku xD

Amancits Sullen said...

banyak fakta bernombo pasal ko ni ye..yang lahir bulan 3 anak ke 3 dan parent anak ke 3 dari family masing2 tu sangat best.banyak betol kebetulan kt nombo tu..ni mesti pekse dapat nombo 3 ni..haha

Fitrah Adnan said...

raji..hahaha..kadang2 best kadang x best kalu besday dekat2 ni...best dapat sambut sma2 tapi x best kongsi kek sama2..hahaha*tamak!

amancits:hahaha..nak buat mcm mana..tetiba lak jd perfect msa nak taip tu...kalaulah peksa dapat nombor 3 pun best gak..hahaha

teh o ais milo said...

3, 7, 12, dan 24..sama ngn abg dik..huhu~~!!

Fitrah Adnan said...

teh o ais milo:hahaha...kalau mcm 2..jom buat bantahan beramai2 menentang pembiakan lipas di negara kte..hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...