Nama sy..rsanya anda semua sudah tahu...Umur?? hehehehe still sweet six teen kta org putih..
Jom sy bw anda mgenenali sy dgn lbh lanjut..Agar kte spt sdh knl lama gtu...Dan mbuatkan tali silaturrahim itu lebih erat..hehehe...
Saya suka mbaca novel..bg sy novel mmbuatkan sy brada i dunia yg tdk pnh kte bygkan..kdg kala novel juga mengajar kte sesuatu yg kte boleh jdkan pedoman...
Bg sy..hidup tdk ubah spt sbuah novel...sbb novel jga wujud kerana kehidupan..ianya saling brkait...Wujud kerana antara satu sma lain...
Hidup=novel...mengapa sy bkata bgitu??
Hidup ni sama spt kte mmbca novel..kerana kte nak tau ending dia,kte kne bce crita dia..kte kne rsa skit,sedih dan gembira sbelum smpi ke pghujung...sma la spt khidupan...Anda nmpkkan kaitannya??
Selalunya di akhir cerita,hero dan heroin akn mndpt kbahagiaan(ada jga yg tdk spt cinta mreka mati di ctu shj,nmun sma jga spt khidupan) sama spt dnia realiti..stiap dugaan yg dtg akn diselangi dgn kbahagian mskipun kbahagian itu sbntr...
Namun bak kata pepatah..PAHIT JGN TERUS DITELAN DAN MANIS JGN TERUS DI BUANG...kerana tdk smstinya kbahagian itu musibah bg kte dan tdk smstinye kedukaan itu elok utk kte...
sesetengah situasi,kbhgiaan adalah yg elok dan molek utk kte..nmun ada jga yg sbaliknya..kdg kala kbhagiaan itu sndri yg mbuat kte sesat di dnia yg serba smntara ini..Namun apa2 pun yg blaku..pcyala pd yg Maha Pencipta..kerana tnpa izinnya..mustahil bg kte utk ada di dlm dnia ciptaanNya ini...Begitu jga dgn kedukaan..Benar!!..mnusia mpnyai ego yg tggi shgga ble musibah dikenakan ke ats mereka bru mereka mgakui wujudnya tuhan ataupun sang Pencipta...namun terlalu bnyk duka akn mnyebbkan dnia hlg serinya.sdgkan ALLAH mhukan yg tbaik dlm stiap diri hambaNya..ALLAH tdk pnh mduga hmbanya lbh dr kmampuan hmbanya itu sndiri..
Dan sbb itulah..sy amt minat mmbca novel..namaun itu tdk bererti sy tdk mnyukai bahan bacaan lain...Kerana stiap bhan bacaan,mpunyai identitinya tsndiri...yg di mana dpt mgajar mnusia dgn cra yg berlainan..samada ilmu fardu kifayah ataupun ilmu fardhu ain...
Inilah srba sdikit mgenai sy yg amat meminati novel sbg bahan bcaan...Sy tdk memilih siapa penulisnya..sama ada penulis yg bpengalaman ataupun yg baru shj bjinak2 memasuki dunia pnulisan...Oleh itu..kpd sesiapa yg ingin mghadiahkan sy tp tdk mgetahui apa yg tbaik?? sle2lah la ye?? novel apa2 pun ok jer....tdk kre buku apa2 pun kerana sy amat meminati nilai sbuah buku..huhuhu..
Sebelum undur diri,terimalah slogan ini...
BANGSA YG MEMBACA,BANGSA YG BJAYA...
Monday, June 28, 2010
Puisi_Kasih dan Sayang
Kasih sayang..
Kasih sayang hanya beputik bila ikhlas??
atau dipaksa??
atau tiada jawapannya??
Erti kasih sayang sungguh bermakna
bagi seseorang yang benar2 menyayangi seseorang
TAPI...
Adakalanya kasih sayang itu disia2kan
oleh manusia yang tidak mengerti
erti kasih sayang yang sebenar
Itu akan menyebabkan insan lain
merana dan kecewa terhadap tindakannya
kasih sayang lain ertinya bagi manusia
setiap manusia mempunyai pendapatnya sendiri
Namun apa yang pasti...
Kasih sayang itu tidak boleh dijual beli
Cerpen_Mutiara Hidup eps.1
Pagi ini hilang segala semangatku.Sedih semalam masih belum hilang.Mengapa aku?? Mengapa mesti aku?? Persoalan itu kerap bermain di fikiranku.Mampukah aku meneruskan hidup ini setelah duka semalam datang menemaniku?? Kata-kata itu telah membunuh hati dan jiwaku juga telah merampas kegembiraan aku sekeluarga.Arghh!!..Pedulikan semua itu.Aku mampu menghadapinya.Aku kuat!!...
Kata-kata yang keluar daripada mulut Doktor Khairul benar-benar telah meruntun hati aku.Lebih perit hati ibu dan abahku.
"Maafkan saya.Puan tuan..Keadaannya amat kritikal..." Tersekat -sekat suara Dr.Khairul ketika ingin menyampaikan berita yang bakal mengubah hidup keluarga di hadapannya itu.
"Dia kini sudah berada di stage four.Situasi di mana dia sudah tidak dapat diselamatkan lagi". Sambung Dr.Khairul.
Seraya doktor Khairul menghabiskan kata-katanya.Suasana sunyi mula menyelubungi bilik itu.Terasa panas walaupun penghawa dingin di dalam bilik itu berfungsi dengan baik.
Dapatku lihat wajah tegas abah menjadi sayu.Begitu juga wajah manis ibu berubah menjadi pucat.Bertambah sakit hati ini apabila melihat abah mengalirkan air mata jantannya.Sesungguhnya aku memang berdosa kerana telah melukakan hati kedua ibu bapaku.Puas aku mencari kekuat di dalam diri ini.Tapi mengapa tiada?? Semuanya hampa.Perkara ini telah membuat aku mengambil satu keputusan yang drastik.Keputusan bodoh yang ditentang oleh angah apabila aku menyatakan hasratku itu.
"Jangan alang!!..Angah tak setuju langsung.You are more clever than that!.Stop making stupid decision.I am not with you.Never!!.."Aufa menyatakan rasa tidak puas hatinya itu terhadap kata-kata Farahana yang dianggapnya sesuatu yang tidak matang dan tidak patut dilakukannya.Ingin menyakiti hati orang yang berada di sisinya hanya kerana tidak ingin mereka meratapi pemergiannya memang sesuatu keputusan yang bodoh.Tidak matang bagi seorang gadis yang berumur 16 tahun.Mungkin niatnya baik.Namun ingatlah,niat tidak menghalalkan cara.Mungkin caranya tidak berdosa.Namun itu akan mengundang umpat dan juga celaan masyarakat sekeliling.Bukankah ketika itu yang akan lebih sedih adalah keluarganya sendiri??.Kerana itulah Nur Aufa Hana membantah keputusannya.
Kata-kata angah memang benar.Mengapa harus aku persiakan sisa-sisa terakhir aku ini dengan menyakiti hati orang disekelilingku ini?? Maafkan aku angah.Aku berjanji esok aku adalah Nurul Farahana Dahlia yang baru.
BERSAMBUNG...
Puisi Untuk Kekasih
Andainya aku mampu berbicara denganmu
Akan aku pastikan kamu mengetahui akan isi hatiku
supaya
sengketa kita ini tidak membinasakan rasa cinta kita
Dan aku tidak keseorangan dalam mempertahankan cinta ini dan
supaya aku mengetahui bahawa kamu masih lagi menjadi
milikku kerana cintaku ini masih menjadi milikmu
Andainya aku mampu berbicara denganmu akan aku pastikan
kamu mengetahui betapa dalamnya cintaku ini
sedalam yang tidak pernah engkau fikirkan
serta berapa setia cintaku ini
sesetia cinta dan kasih Hawa kepada Adam
walaupun dugaannya sebesar langit
walaupun manisnya sekecil biji sawi
Andainya aku mampu berbicara denganmu
ingin aku menyatakan betapa seksanya aku setelah
kamu mendiamkan diri dan betapa peritnya
hatiku ini setelah aku cuba mendekatimu sedangkan kamu
jauh dariku
Izinkan aku meneruskan cinta ini bersama kenangan lalu yang tersemat di fikiranku walaupun tanpa kamu yang bergelar KEKASIHKU
Akan aku pastikan kamu mengetahui akan isi hatiku
supaya
sengketa kita ini tidak membinasakan rasa cinta kita
Dan aku tidak keseorangan dalam mempertahankan cinta ini dan
supaya aku mengetahui bahawa kamu masih lagi menjadi
milikku kerana cintaku ini masih menjadi milikmu
Andainya aku mampu berbicara denganmu akan aku pastikan
kamu mengetahui betapa dalamnya cintaku ini
sedalam yang tidak pernah engkau fikirkan
serta berapa setia cintaku ini
sesetia cinta dan kasih Hawa kepada Adam
walaupun dugaannya sebesar langit
walaupun manisnya sekecil biji sawi
Andainya aku mampu berbicara denganmu
ingin aku menyatakan betapa seksanya aku setelah
kamu mendiamkan diri dan betapa peritnya
hatiku ini setelah aku cuba mendekatimu sedangkan kamu
jauh dariku
Izinkan aku meneruskan cinta ini bersama kenangan lalu yang tersemat di fikiranku walaupun tanpa kamu yang bergelar KEKASIHKU
Sunday, June 27, 2010
Takdir Cinta:Bab 2
Johan melepaskan keluhan yang berat.Entah untuk berapa kali.Dia gusar.Hatinya tidak tenteram.Azam yang berada di sebelahnya hanya memandang dengan wajah berkerut.Menggambarkan hatinya yang dilanda perasan hairan dan ingin tahu.Ikutkan hati ingin sekali dia bertanya tetapi dibatalkan saja niat 'sucinya' itu.Biarlah Johan yang bercerita sendiri kepadanya.Johan yang mengerti hasrat Azam hanya mendiamkan diri seolah-olah tidak mengerti akan mimik muka sahabatnya itu yang meminta penjelasan.Bukannya dia tidak tahu apa yang yang berlaku terhadap dirinya.Cuma dia belum bersedia dan mungkin tidak akan bersedia menberikan penjelasan terhadap perubahan yang berlaku terhadap dirinya hari ini.Dia tahu akan jawapan yang diinginkan oleh Azam .Segalanya dia tahu.Biarlah masa yang menentukannya.Lantas dia mengeluh lagi.Azam yang tidak mampu menahan perasaan ingin tahunya itu segera berkalih ke posisi yang lebih selesa.
"Kau ni kenapa? Resah semacam je aku tengok." Tanya Azam pantas.Itulah persoalan yang bermain di fikirannya sejak tadi.Johan hanya mengeluh perlahan.Soalan yang ditakutinya akhirnya diutarakan jua oleh sahabatnya yang seorang itu,Azam.
"Kau tak jelous ke tengok Farah rapat dengan member dia tu? Aku tengok rapat semacam je." Sengaja soalan Azam tidak di jawab.Biarlah dia sendiri yang mengetahui apa yang tersirat di hatinya.Soalan dibalas soalan.Itu saja yang muncul di benak fikirannya untuk melarikan diri daripada soalan Azam yang boleh membawa ‘maut’ kepda dirinya itu.
"Tu ke yang kau fikirkan dari tadi? Sapa tunang Farah yang sebenarnya ni? Aku ke kau?" Balas Azam tenang.Dia tidak perlu melenting.Dia kenal Farah dan Nazri lebih daripada Johan.Bahkan dia merasakan dia tidak perlu cemburu kepada pemuda itu.Dia punya segalanya.Apa yang Nazri ada.Aku punya kereta dan pendidikan tapi dia? Katanya sendiri.Lalu dia tersenyum sinis.Johan yang menyedari senyuman itu segera mengerut mukanya.Apalah yang difikir oleh dia.Johan tertanya-tanya.
"Kau tak perlu risau pasal tu.Pasal hubungan Farah dengan si Nazri tu dah lama aku peratikan.Dorang memang camtu.Masa aku nak tackle si Farah tu aku kena tackle Nazri dulu.Dulu aku ingat Nazri tu abang dia rupanya kawan je.Masa aku tau status Nazri yang sebenar memang menyirap je aku.Tapi rupanya Nazri ni bukan sekadar kawan je tapi dah jadi part of family Farah.So aku rasa okeylah balik.Malah mak Farah pun dah anggap Nazri tu anak dorang.Kesimpulannya,aku rasa tak salah.Lagipun hanya lelaki tahu pandangan mata lelaki.Aku tengok cara dia tengok Farah tak lebih daripada sekadar kawan.Lagi pun aku kenal perangai dia camne.Dia ni good boy." Jelas Azam membetulkan tanggapan Johan.Johan yang mendengar tersedak.Ada sebab mengapa dia tersedak.Hatinya mula dilanda resah.Mukanya berubah pucat.Ada sesuatu yang dikatakan oleh Azam yang menganggunya.Azam yang menyedari perubahan rakannya itu hanya tersenyum sumbing.Apakehalnya lagi ni.
"Kau kenapa?" Seraya Azam bertanya.
"Resah semacam je aku tengok.Kau risaukan apa?" Sambung Azam.Johan hanya menggeleng kecil.Segera dia berdehem.Membetulkan semula suaranya.Soalan Azam hanya dipandang sepi.Azam Syawal hanya memerhatikan gelagat sahabatnya itu.Ada sesuatu yang difikirkan olehnya.Perilakunya menimbulkan pelbagai tanda tanya.Tapi jawapan langsung tiada.Perangai Johan mula berubah sejak petang tadi.Dia jumpa sesiapakah?.Azam blur fikirannya kosong.Bunyi cengkerik seakan-akan berbunyi di dalam kepalanya tanda sunyi .Dia tidak dapat jawapan yang diinginkan.Keluhan kecil keluar daripada mulutnya.Segera kepalanya dipicit gara-gara berfikir terlalu mendalam tadi.Lapangan terbang KLIA itu kini mula melemaskannya.Pengumuman mengenai pesawat yang akan berlepas mula kedengaran.Segera Azam Syawal memulakan langkahnya menuju ke pintu masuk pesawat. Sebelum berpisah,kedua sahabat itu saling berpelukan tanda salam perpisahan.
Kini Azam Syawal telah pun memasuki pesawat yang menuju ke London,negara kelahiran bapanya,Encik Rashid.Di dalam fikirannya mula terbayangkan perangai Johan yang sedikit berubah tadi.Bahkan menambah curiga Azam apabila pemuda itu ingin menetap di Malaysia untuk beberapa hari lagi.Bukannya dia tidak tahu bahawa Johan tidak suka akan negara kelahirannya sendiri.Ada sesuatu yang dia sorokkan daripada akukah? Soal Azam kepada dirinya sendiri.Kosong.Dia buntu memikirkan perubahan temannya yang seorang itu.Sekali lagi dia tewas dengan dirinya sendiri.Arrgghh..gerutu Azam sendirian.Segera dia meraup mukanya dengan kasar.Keluhannya juga berbunyi kasar.
Sebuah kereta Toyota Rush yang berwarna biru meluncur laju di jalan raya.Dari segi pemanduannya ramai yang tidak menyangka bahawa pemandu kereta tersebut tengah berperang dengan dirinya sendiri.Arghh!!!....Johan menjerit.Mukanya tegang.Tiada secalit senyuman pun di mukanya.Johan menyumpah seranah dirinya sendiri.Segera dia memecut laju keretanya di jalan raya.Sekarang pemanduannya tidak ubah seperti pemandu F1.Bezanya dia kini berlumba dengan dirinya sendiri.Tiada pemandu lain yang menyainginya.
"Hanya lelaki yang tahu pandangan mata lelaki." Suara Azam berulang kali terngiang-ngiang di telinganya.Ingin sahaja dia menekup telinganya namun menyedari dia berada di jalan raya segera dibatalkan saja niatnya tadi.Damn it!.Johan memaki.Kepada siapa? Dia sendiri tidak tahu.Mungkin juga kepada dirinya sendiri.Kenapa sekarang Johan.Kenapa sekarang?.Dia bertanya kepada diri sendiri.Kau hanya menempah bahana.Kusut dan serabut.Itulah keadaan fikirannya sekarang
Fitrah,Farah dan Fatihah
Nama sebenar Nur Fitrah...Ganjil sgt ke nama saya ni??
Sbb sume org akn trtukar nama sy ni...lbh2 sedara mara yg jauh n jrg2 jmpe...
tp still ok r x ler jauh beza sgt...huruf F nye still berbunyi tp yg lainnya...
Hurmmm...no komen ler...
Cmni cternye..smlm...26/6 g ke rmh sedara..spupu ibu n mak cik sy..tp kmi jrg bjmpe...
Masa smpi2 tu mak ulong ada tgur sy n pggl sy Farah..urmm..ibu pun btolkanlah...nama sy bkn Farah tp Fitrah...Mula2 2 bleyh la tahan nak btolkan..tp lama2 ibu biarkan je...sbb da btolkan bnyk kali da tp ttp nama Fitrah 2 dtkarkan kpd nama Farah...Hurmm...sabar je r...
Fikir pny fikir...sy ttp x dpt cri jwpn knapa nama sy dtkarkan dan skar utk diingati?? Aiyaiyai...
SESIAPA YG ADA JAWAPANNYA...sila britahu sy ye...i really need it...
Pastu ble mlm...anak ptama mak ulong pun smpi ke rmhnya...Dia tgur la sy n nama yg dpggilnye pula adalah Fatihah...Hurm....thingking again...y???
Tp nama Fatihah 2 slalu la sy dgr...kwn2 ibu pun slalu tersasul n tsilap pggl ngan nama 2...Malah suami kwn ibu pun pggl sy Fatihah..smpi la ni...cek x tau nak habaq cmne laei...Tp Farah 2??? still new...bru smlm dgr...hurmmm..nmpknye skang sy ada nma bru la...Nur Farah...wah!!!!...
Fitrah,Farah,Fatihah n Fifi...
bnyknyer...
...............................................
sukar2...
kat rmh mak ulong smlm..hny kak ngah a.k.a kak Nor je yg pggl nma sy dgn btol..huhuh...
terharunye...
Apa2 pun..kte tggu msa akn dtg...kte lihat...ada x lg nma tbru sy...
jgn lpe nantikannye...(da mcm iklan wyg filem lak)hehehehe....
Sbb sume org akn trtukar nama sy ni...lbh2 sedara mara yg jauh n jrg2 jmpe...
tp still ok r x ler jauh beza sgt...huruf F nye still berbunyi tp yg lainnya...
Hurmmm...no komen ler...
Cmni cternye..smlm...26/6 g ke rmh sedara..spupu ibu n mak cik sy..tp kmi jrg bjmpe...
Masa smpi2 tu mak ulong ada tgur sy n pggl sy Farah..urmm..ibu pun btolkanlah...nama sy bkn Farah tp Fitrah...Mula2 2 bleyh la tahan nak btolkan..tp lama2 ibu biarkan je...sbb da btolkan bnyk kali da tp ttp nama Fitrah 2 dtkarkan kpd nama Farah...Hurmm...sabar je r...
Fikir pny fikir...sy ttp x dpt cri jwpn knapa nama sy dtkarkan dan skar utk diingati?? Aiyaiyai...
SESIAPA YG ADA JAWAPANNYA...sila britahu sy ye...i really need it...
Pastu ble mlm...anak ptama mak ulong pun smpi ke rmhnya...Dia tgur la sy n nama yg dpggilnye pula adalah Fatihah...Hurm....thingking again...y???
Tp nama Fatihah 2 slalu la sy dgr...kwn2 ibu pun slalu tersasul n tsilap pggl ngan nama 2...Malah suami kwn ibu pun pggl sy Fatihah..smpi la ni...cek x tau nak habaq cmne laei...Tp Farah 2??? still new...bru smlm dgr...hurmmm..nmpknye skang sy ada nma bru la...Nur Farah...wah!!!!...
Fitrah,Farah,Fatihah n Fifi...
bnyknyer...
...............................................
sukar2...
kat rmh mak ulong smlm..hny kak ngah a.k.a kak Nor je yg pggl nma sy dgn btol..huhuh...
terharunye...
Apa2 pun..kte tggu msa akn dtg...kte lihat...ada x lg nma tbru sy...
jgn lpe nantikannye...(da mcm iklan wyg filem lak)hehehehe....
Saturday, June 19, 2010
Days With Family...Always In Memory
Pada 13 hrbln Jun tahun ni,hari keluarga Hj Harun kali ke-2 telah bjaya dlaksanakan mengikut perancangan..Kali ni berlakunya di Melaka,tempat yv sama blakunya sukan Sukma Malaysia..Kehadiran kali ni lbh meningkat berbanding tahun lepas...Tapi kemeriahannya agak kurang(bg Fit la...).What ever it is..it still part of memory that i would never 4get n erase from my mind...SWEET MEMORY...
Hari pertama sampai pd waktu tgh hari,waktu 2 aktiviti tdk dijalankan lg kerana ada ahli keluarga yg belum smpi ketika itu...
Ketika waktu malam,selepas Maghrib,aktiviti bacaan yassin dijalankan...
Malam itulah bermula segalanya.....
Aktiviti berbeku mula dijalankan...wah!!...mcm2 ada...
Malam itu,kami dibantu dgn ahli keluarga tdk rasmi..hehehehe...iaitu kawan kpd kakak sepupu saya iaitu kak pika yg mngundang kawan2nye...kesian mereka..kne buli ngan kami...
Penghargaan utk anda semua..saya besarkan gambar...wah!!....kalah mak dia..ok dia ank mak cik...
hehehehe...BTW..thanks abg2 sume...Cayalah korg!!...hidup abg!!!...sori x tau namalah...
Malam 2 aktiviti yg dijalankan ialah berlatih tarian poco2...kerana terlebih berlatih la,saya tdk dpt menyertai pertandingan itu esok malamnye kerana sakit kaki yg terlampau(huhu sadisnyer...)
Tapi x pe...tahun depan...i'm back,n Chae...u better watch out!!..hahahaha...melampaunyer..... Apa2 pun tahun ni still de bestla...dpt berkumpul ramai2...jrg utk kami semua berkumpul ini kerana berlainan kerjaya dan juga faktor keluarga yg menyekat kami utk berkumpul sbg 1 keluarga...
Selalunya pada hari raya shj...tetapi kini pada masa cuti pun kami sdh dpt bersama...Semoga Allah menjaga p'hubungan kekeluargaan ini...Aminnnn............
Oh..lupa pula..pada hari pertama Fit smpi ke sana,Fit berkesempatan utk melihat keindahan ciptaan Allah...Masa 2..wah!!...terasa asyik dengan suasana itu...Apa yg menyebabkan Fit rasa begitu?? hahaha..inilah dia...
Lawakan?? ni Fit yang tgkp..mungkin keadaan asal jauh lebih menarik drpd gambar2nya shj..
Gambar yang lebih kurang sama tetapi berbeza...
Urmmm....rasa mcm baru stadi je berkumpul berramai2...Tahun depan agaknyer macam mana la erk??
Tak sabarnye nak tggu...
Pada 15 hrbln Jun,kami semua berpisah..huhuhu...Sebelum berpisah,kami semua sempat bergambar kenang-kenangan...(acara WAJIB! kami ni...)
Lihatlah aksi kami di bawah...Mengalahkan model...hehehe..
Atas:duta senyum kami...
Dalam bnyk2 gambar,Fit plg suka gmbr yang ni dgn gmbr yg di ats sbelah kanan....D
Dalam gmbr di ats ini,Fit dpt lihat wajah pak cik Fit,pak itam kelihatan sgt comel..hehehe..kan??
Tdk boleh dinafikan lagi..sbb 2 Fit suka gmbr ni....Love it so much...
Akhir tibalah gambar kami semua...ini yg saya ada..tp dlm gambar ini tdk semua ada..pak cik saya tdk kelihatan pun..kesian pak cik.....huhu..
Semoga tahun depan kita bertemu lagi...Amin....
Wednesday, June 9, 2010
Kehidupan Dan Coklat
Coklat...Hurm...sekali dengar terus terliur kita dibuatnya....
Coklat dengan kehidupan ini tidak boleh dipisahkan.Ia umpama pelengkap kehidupan kita.Tidak kiralah ketika kita menangis ataupun ketawa,coklat sentiasa ada di sisi kita.Lelaki dan perempuan sama2 menyukainya.Tidak kira umr.Muda atau tua sama2 menggemarinya walaupun berbeza citarasa..Ada yang suka coklat sepenuhnya dan ada yang suka berkacang.Walaupun apa jua citarasanya,Ianya tetap 1...Coklat..
Tangisku,sukaku,kau tetap disisiku,
Mengisi hari2ku tanpa rasa je
Berbeza isi kandunganmu,berbeza hargamu namun bagiku itulah keistimewaanmu,
Apa yang pasti!..kau akan tetap menjadi pilihanku hngga akhir nafasku,
Agar hari2ku tidak kosong seperti dulu...
*Coklat2..napelah kau ni sedap sangat??
-Kerana aku dicipta untuk membawa kemanisan dalam kehidupan seharianmu..
*Coklat,tidakkah merasa sedih kerana riwayat hidupmu begitu singkat??
-Tidak!!..sebaliknya aku gembira kerana sepanjang hidupku,aku membawa kebahagian kepada manusia.Kadangkala aku yang menjadi teman mereka disaat duka.Aku rela,kerana hidupku ini tidak pernah sia2...Bahkan manusia mengajar aku bahawa hidup ini terlalu singkat untuk ditangisi..
Oh coklat,andai aku mampu menjadi sepertimu.Hidupmu penuh bermakna,seluruh riwayat hidupmu digunakan untuk membawa kebahagian kepada kami.
Terima kasih coklat kerana menyerikan hari2 kami...
Coklat dengan kehidupan ini tidak boleh dipisahkan.Ia umpama pelengkap kehidupan kita.Tidak kiralah ketika kita menangis ataupun ketawa,coklat sentiasa ada di sisi kita.Lelaki dan perempuan sama2 menyukainya.Tidak kira umr.Muda atau tua sama2 menggemarinya walaupun berbeza citarasa..Ada yang suka coklat sepenuhnya dan ada yang suka berkacang.Walaupun apa jua citarasanya,Ianya tetap 1...Coklat..
Tangisku,sukaku,kau tetap disisiku,
Mengisi hari2ku tanpa rasa je
Berbeza isi kandunganmu,berbeza hargamu namun bagiku itulah keistimewaanmu,
Apa yang pasti!..kau akan tetap menjadi pilihanku hngga akhir nafasku,
Agar hari2ku tidak kosong seperti dulu...
*Coklat2..napelah kau ni sedap sangat??
-Kerana aku dicipta untuk membawa kemanisan dalam kehidupan seharianmu..
*Coklat,tidakkah merasa sedih kerana riwayat hidupmu begitu singkat??
-Tidak!!..sebaliknya aku gembira kerana sepanjang hidupku,aku membawa kebahagian kepada manusia.Kadangkala aku yang menjadi teman mereka disaat duka.Aku rela,kerana hidupku ini tidak pernah sia2...Bahkan manusia mengajar aku bahawa hidup ini terlalu singkat untuk ditangisi..
Oh coklat,andai aku mampu menjadi sepertimu.Hidupmu penuh bermakna,seluruh riwayat hidupmu digunakan untuk membawa kebahagian kepada kami.
Terima kasih coklat kerana menyerikan hari2 kami...
Monday, June 7, 2010
Friends All The Way...
Orang kata,melihat peribadi seseorang itu daripada kawan-kawannya.Baik kawan2nya..baiklah peribadinya...Logik ke??...Ntah la...Fit x pandai sgt dalam hal2 macam ni...Fit hanya mendengar saja...bagi Fit,memadailah kawan2 Fit memahami Fit...sbb ssh nk mncari seseorg utk memahami kita...I admit that!!...Frens are parts of our life right??....So,come!! follow me find new frens...hahaha...
Skang Fit nk cter psl kwn2 Fit...Ramai n mcm2 ragam ada...Sesekali ddk semeja bleyh pening kepala...ish3!!....Kawan2 Fit tidak t'diri drpd gurls shj...boys pun ada gak...N dorg sume ni..mmg!!...gler..!!hahaha...bkn gler apa..prangai dorg yg gler2...sporting even,understanding...Pelikkan?? 'boys'...understanding??hahaha...but they do!!...Wlaupun kdg2 mnyakitkan ati...cam sengal jer....hahahaha!!....tp 2 yg mewarnai lg phubungan psahabatan ni...Klau sume 'kaler sama' mna nak menarik kan??Kne ada yg warne hitam,warne merah..etc...supaya hidup kte pnuh dgn warna-warni...ni pntg!!...Kerana,stiapa org mpnyai warna yg lain...n stiap warna memainkan peranan msg2...Kte bleyh blajar sesuatu dr stiap khidupan kwn2 kte ni..Mgkin ada crita g sma n srupa...namaun cara hadapinye brbezaa...so?? sntiasalah blajarr sesuatu drpd kwn2 kte...Kerana secara tdk lgsg,merekalah kehidupan dan guider kte...huhuhu....
Bagi Fit,kwn2 itu antara harta kita di dunia..Ianya perlu dijaga dan disyg...Sma spt emas..cuma kwn ini ssh utk dicari...So,hargailah mereka slagi b'peluang...
I LOVE ALL MY FRIENDS
I SWARE!!..
CROSS MY HEART...
MUAHXXX....!!!!
Hahaha....
FRENS ARE 4 EVER!!!!...
Sunday, June 6, 2010
Sampai Akhir Nanti
Aq pny ksah cnta sndiri....hurmm...dia bkn kekasihku...dia hnylah sahabatku....Seorg sahabat yg slalu mgerti aku...Seolah2 dia tlah mgenali aq dgn bgitu lma...Hurmmm...prasaan sdih mla mnyelubungi diri dsaat aq menaip crita ini...Ksah cinta yg tdk kesampaian..
Dua hamba Allah tlah dprtemukan dlm 1 prtemuan yg tdk djanggka...Seorg adam dan seorg hawa...Mnjadi sahabat secara tdk sengaja...Aq dan A slalu berbeza pndapat dan cara...Bertelagah x tntu msa...Geram d ati sntiasa ada...Namun tdk thu mgapa,pgtekaran mmbuatkan kmi lbh mgenali antara 1 sma lain...
Sweet Dream,Nite n Take Care...prkataan yg trakhir yg akn dia smskan kpdku stiap mlm...X pnh miss lgsg...Urmm...A ni mmg mnyakitkan ati..Keje dia nk pangkah org jer...Dahtu,slalu jer nk mng...grrrr....geram je ngan A ni...Tp yg syoknyer....wlaupun dia mnyakitkan ati,dia slalu hrmat aq...Memahami aq...Aq pun plik mcm mna...Dia ni mmg misteri...
Syok kwn ngan dia...Hapenning dia ni...kuat mnyakat...ske crik gduh..oklah 2...Sekepala ngan aq...huhuhu...Aq rindu dia....Nak je crik gduh ngan dia lg...Tapi da x boleh...Sbb....DIA DAH TIADA....
Ye!!...aq mnyayanginya...namun tuhan tlebih dahulu mnyayangi dia....Kini dia sdh prgi mnggalkan aq sndiri bsama2 knangan kami...
Hubungan kami tputus tnpa kerelaan ati...Namun aq redha....Semoga tuhan prtemkan aq dgn seseorg yg mirip spt dia...
Akhirnya,cinta kami tpts bgitu shj...Hahaha....CINTA? yup...CINTA sbg seorg shabat...cinta yg d mna ssh utk dcari....Cinta yg lahir dr hati tnpa dmnta blasannya...Cinta shabat ini lbh manis drpd cinta spsg kasih...
Cinta shabat ssh utk dtkar ganti..Cinta yg suci dan murni...
Rasa cinta ini akn aq smpan d dlm knangan dan rasa ini akn sntiasa mbimbing aq spaya mncari kwn dan bknnyer lawan...Rasa cinta yg akan kekal smpai akhir hayat aq nanti...
Kpd A....Semoga d tmptkan d ccNya...amin.....
SAHABAT ADALAH SEORG YG ADA D HATI WLAUPUN TIADA D CC...SEMANGATNYA ADA BSAMA WLAUPUN JAUH DMATA...SAHABAT SKAR UTK DCARI GANTI WLAUPUN 1 DUNIA INI DJELAJAHI....Hargailah kwn2 anda slagi anda masih dberi kesempatan...Masa yg hilang tdk boleh dganti...Akhirnya pnyesalan muncul d ati....
Dua hamba Allah tlah dprtemukan dlm 1 prtemuan yg tdk djanggka...Seorg adam dan seorg hawa...Mnjadi sahabat secara tdk sengaja...Aq dan A slalu berbeza pndapat dan cara...Bertelagah x tntu msa...Geram d ati sntiasa ada...Namun tdk thu mgapa,pgtekaran mmbuatkan kmi lbh mgenali antara 1 sma lain...
Sweet Dream,Nite n Take Care...prkataan yg trakhir yg akn dia smskan kpdku stiap mlm...X pnh miss lgsg...Urmm...A ni mmg mnyakitkan ati..Keje dia nk pangkah org jer...Dahtu,slalu jer nk mng...grrrr....geram je ngan A ni...Tp yg syoknyer....wlaupun dia mnyakitkan ati,dia slalu hrmat aq...Memahami aq...Aq pun plik mcm mna...Dia ni mmg misteri...
Syok kwn ngan dia...Hapenning dia ni...kuat mnyakat...ske crik gduh..oklah 2...Sekepala ngan aq...huhuhu...Aq rindu dia....Nak je crik gduh ngan dia lg...Tapi da x boleh...Sbb....DIA DAH TIADA....
Ye!!...aq mnyayanginya...namun tuhan tlebih dahulu mnyayangi dia....Kini dia sdh prgi mnggalkan aq sndiri bsama2 knangan kami...
Hubungan kami tputus tnpa kerelaan ati...Namun aq redha....Semoga tuhan prtemkan aq dgn seseorg yg mirip spt dia...
Akhirnya,cinta kami tpts bgitu shj...Hahaha....CINTA? yup...CINTA sbg seorg shabat...cinta yg d mna ssh utk dcari....Cinta yg lahir dr hati tnpa dmnta blasannya...Cinta shabat ini lbh manis drpd cinta spsg kasih...
Cinta shabat ssh utk dtkar ganti..Cinta yg suci dan murni...
Rasa cinta ini akn aq smpan d dlm knangan dan rasa ini akn sntiasa mbimbing aq spaya mncari kwn dan bknnyer lawan...Rasa cinta yg akan kekal smpai akhir hayat aq nanti...
Kpd A....Semoga d tmptkan d ccNya...amin.....
SAHABAT ADALAH SEORG YG ADA D HATI WLAUPUN TIADA D CC...SEMANGATNYA ADA BSAMA WLAUPUN JAUH DMATA...SAHABAT SKAR UTK DCARI GANTI WLAUPUN 1 DUNIA INI DJELAJAHI....Hargailah kwn2 anda slagi anda masih dberi kesempatan...Masa yg hilang tdk boleh dganti...Akhirnya pnyesalan muncul d ati....
Hari Baru,Azam Baru
Semalam hny kenangan dan juga sejarah......Hari ini adalah anugerah....dan Esok adalah msa dpn...Aq x nak da bpaling ke blakang yg pnuh dgn dugaan dan hati yg skit...Aq jge bruntung dpt kwn2 yg memahami...Aq bknlah bdk yg tggl di dlm rmh banglo...aq bdk biasa yg mnjalani khidupan biasa...Thanks all my fren...luv u all....Semoga korg bhagia dgn khidupan korg spt mna aq bhagia dgn khdupan aq wlaupun hdup kte ni pnh dgn dugaan yg kdg kala kte x jangkakan pun...Semoga ari yg mndtg mgajar kte erti khidupan dan mbuat kte mnjadi matang...Luv u all..!!!!...
Takdir Cinta:Bab 1
Suasana di rumah dua tingkat itu sungguh meriah bagaikan ada majlis besar.Gelak tawa pelbagai peringkat umur menghiasi majlis pertunangan Nurul Farahana dengan jejaka pilihannya, Azam Syawal.Sedari awal pagi lagi Farah sudah bersedia.Walaupun hanya majlis pertunangan,debarannya tetap terasa.
"Huh..Sabar Farah.You can do it.Chaiyok! chaiyok!..Bertenang..." Farah memujuk hatinya yang dilanda resah.
"Alo adik manis.." Ucap Nazri seraya tersenyum.Dia yang dari tadi hanya memerhati kini bersuara setelah melihat Farah bermonolog sendirian.
"Naz ingatkan tadi Farah dah gila sebab cakap sorang diri tadi” Ejek Nazri sambil tersenyum.
"Eleh kalau Farah gila pun kawan siapa? Kawan Naz jugakkan?..." Balas Farah yang tidak mahu kalah.Lalu jari jemarinya yang halus dan runcing itu pantas mencubit lengan Nazri.
"Aduh! Sakitlah Farah..Camnelah nasib Azam nanti erk? Agaknya mau naik bengkak tangan dia hari-hari kena cubit ngan Farah.Kesian dia.." Balas Nazri sambil tersenyum sumbing.Sengaja dia mahu mengusik gadis itu pada waktu itu.Mahu melihat muka manis itu kemerahan.Apatah lagi kemungkinan selepas ini mereka tidak dapat berbuat demikian disebabkann status Farah yang sudah bertukar.Sahabatnya yang seorang itu jodohnya terlalu cepat.Di usia 23 tahun sudah bertemu jodoh.Bukan seperti dia,teman wanita pun tiada.
Farah yang menahan malu dan marah tadi pantas berpaling.Persis anak kecil yang merajuk.Perhubungan persahabatan mereka yang mencecah puluhan tahun telah membuatkan mereka kelihatan seperti adik-beradik tidak kurang juga ada yang beranggapan bahawa mereka ini pasangan kekasih.Semua ini disebabkan kemesraan mereka.Namun begitu hubungan itu hanya sampai ke situ.Tidak lebih dan tidak kurang.
"Ala...baby jangan nangis erk..Nanti uncle Azam tengok dia cabut lari" Sambung Nazri setelah melihat Farah berpaling daripadanya.Dia pantas mengelak setelah melihat Farah mencari peluang untuk mencubit dirinya.Berlaku kejar mengejar di antara dua sahabat itu.Nazri yang sedari tadi tergelak kini keletihan namun digagahi jua dirinya daripada menjadi mangsa cubitan Farah.
"Ehem..." Terdengar deheman daripada satu suara.Farah dan Nazri yang dari tadi leka berkejaran kini berhenti.Perlakuan yang tidah ubah seperti budak kecil tadi terhenti sekelip mata.Mereka berpandangan antara satu sama lain.Wajah Encik Harris kelihatan serius.Tiada senyuman.Dia memandang tajam ke arah wajah anaknya dan Nazri.Di belakangnya muncul Puan Azizah yang tersenyum manis.Dia yang mengetahui apa yang difikirkan oleh Encik Harris hanya tersenyum nipis.
"Kakak cepat siap.Pihak lelaki dah sampai tu.Naz,mari tolong ibu.I need your help." Puan Azizah berkata sambil membuat mimik muka.Mimik mukanya difahami oleh Nazri dan Farah.Mereka yang mengerti mula bergerak ke arah yang berlainan.Farah ke meja soleknya manakala Nazri pergi ke arah Puan Azizah.
Encik Harris mula bergerak ke ruang tamu rumahnya.Di dalam fikirannya terbayang macam-macam.Perhubungan anaknya dengan Nazri memang disenanginya tetapi apabila kedua-duanya menginjak dewasa,dia khuatir.Dia percaya bahawa Farah pandai menjaga diri dan Nazri budak yang baik namun apabila melihat keakraban keduanya dia hilang kepercayaan.Syaitan sentiasa mencari peluang.Kerana itulah semenjak tiga tahun yang lepas dia mula melarang Farah berkawan terlalu rapat dengan Nazri.Dia mula menjadi orang yang strict walaupun kadang kala dia kasihan melihat kedua-duanya.Dia bukan orang yang kejam yang ingin memutuskan tali persahabatan yang terlalu erat tetapi dia ingin menjadi orang yang sentiasa berwaspada.
"Naz..jangan ambil hati ye dengan sikap abah." Lembut sahaja suara Puan Azizah memujuk tetapi mampu didengari oleh Nazri.Nazri mengangguk perlahan.Dia akui sikap 'abahnya' itu semakin lama semakin menakutkannya.Dia mengerti segala tindak tanduk Encik Harris itu bersebab walaupun kadang kala tidak masuk akal.
"Naz okey je bu.No hurt feeling." Balas Nazri sambil tersenyum nipis.Dia kemudiannya berlalu pergi ke arah dapur.Puan Azizah yang hanya memerhati mengetahui bahawa 'anaknya ' yang seorang itu berkecil hati dengan sikap suaminya itu.Cuma sengaja tidak ditonjolkan keluar tidak seperti Farah,anak daranya yang seorang itu.Walaupun lembut tetapi apabila tidak berpuas hati dia akan meluahkannya.Mungkin kerana 'status'.Farahana adalah anak kandung dia dan suaminya manakala Nazri adalah seorang pemuda yang dianggap 'anak' kerana perhubungan yang sudah lama terjalin di tambahkan pula dengan nasib pemuda itu yang merupakan anak yatim yang kematian ayah.
Puan Azizah hanya mampu mengeluh.Bukannya dia dan anak-anaknya tidak pernah menasihati Encik Harris namun segala usaha mereka anak beranak separti mencurah air ke daun keladi.Apa yang boleh dilakukan sekarang ialah bertawakal sahaja kepada Allah S.W.T.
"Kakak,kakak marah abah ke?" Tanya Puan Azizah selepas kelibat Nazri sudah tidak kelihatan.
"Nope.Kakak cuma kesian dengan Naz bu.Abah tu tegas sangat.Kakak tahu Naz tu kadang-kadang takut dengan abah." Ucap Farah dengan muka yang sedikit muram.Dia kesal.Benar-benar kesal akan sikap Encik Harris.Lalu dia mengeluh kecil.Puan Azizah yang terdengar keluhan itu pantas memujuk.
"Sudahlah tu kakak.Rombongan lelaki dah sampai tu.Nanti muka dah tak manis.Terpaksa ibu ambil gula kat dapur" Kata Puan Azizah separuh bergurau.Dia tidak mahu anaknya itu berwajah muram apatah lagi disaat ini.Saat yang berbahagia bagi mereka sekeluarga.
"Ishh...Ibu ni.Ada-ada saja." Balas Farah sambil tersenyum.Senyuman yang manis dan ikhlas.
Di ruang tamu,beberapa orang wakil daripada pihak lelaki berborak sesama sendiri.Suasananya tidaklah sebising tadi.Di tengah-tengah ruang tamu itu terdapat dua belas dulang yang terbahagi dua.Di sebelah kanan terdapat lima dulang daripada pihak lelaki.Hantarannya digubah cantik dengan warna hijau muda.Manakala,di sebelah kiri pula terdapat tujuh dulang yang bertemakan warna goldish.Majlis yang ringkas namun meriah.Itulah harapan Farah dan impiannya menjadi kenyataan walaupun ada sedikit salah faham di antara dia dengan Azam Syawal.
"But sayang...Mak I suka warna gold.Infect bagi I warna gold tu suit for engagement.Merah tu terlalu teranglah sayang.Too daring.My mom doesn't like it.Bolehlah sayang.I janji wedding kita nanti you punya favourite jadi tema.I janji." Azam Syawal memberi penjelasan agar gadis di depannya itu tidak lagi merajuk ataupun menyangkal kata-katanya.Sebenarnya dia sudah berjanji dengan mamanya bahawa warna pilihan mamanya akan menjadi tema majlis pertungannya dengan Farah.Dia sebenarnya tersepit dengan kedua-duanya.Mamanya dia sayang,Farah dia cinta.Kadang-kala dia sedikit rimas dengan mamanya.Bukankah yang bertunang itu dia? Dan bukannya mama dia.Azam melepaskan keluhannya.
"Tapi...yang bertunang tu kita bukan mama you." Balas Farah.Dia yakin itu semua alasan Azam semata-mata.Apa tunangnya itu tidak mengerti bahawa dia mahukan seorang teman hidup yang boleh menjadi ketua keluarga?.Kalau mummy's boy ni dia tidak pasti.Namun kerana cinta dia turutkan saja.Lagi pun bakal ibu mertuanya itu seorang yang sporting cuma kadang kala bertukar menjadi seorang yang pusher.
"Hurm...Okey.I ikut cakap you tapi ingat kahwin nanti warna merah bagi pihak I." Sambung Farah.Dia mengerti kedudukan lelaki di hadapannya itu.Jejaka itu berada di dalam dilema.Lagipun dia tidak mahu bergaduh hanya disebabkan perkara kecil sahaja sedangkan masalah itu boleh diselesaikan.Azam yang tadi hanya berdiam diri kini mampu tersenyum selepas mendengar kata-kata gadis di hadapannya itu.Dalam diam dia mengakui bahawa Farah adalah gadis yang sangat memahami jiwa lelakinya dan itulah yang membuatnya tertarik kepada Farah.Dan kerana sikap Farah itu jugalah hubungan mereka mencecah dua tahun.Satu tempoh yang tidak pernah dia lalui bagi perhubungan sebagai kekasih sepanjang hidupnya.Farah adalah gadis pertama yang memecah rekod.
"Thanks sayang I janji." Azam Syawal berterusan berjanji agar hati kekasihnya itu tidak terluka.
"Kakak." Panggil Puan Azizah.
"Kakak.." Puan Azizah terus memanggil setelah melihat tiada reaksi daripada puterinya itu.Farah yang tersedar hanya tersenyum sumbing bagi menutup kesalahannya itu.Dalam diam dia mengutuk dirinya kerana berangan jauh.Apalah aku.Buat malu aje.Nasib baik ibu tegur cepat.Malunya.Farah bermonolog sendiri.
"Maaf bu.Kakak tak perasan tadi." Kata Farah sambil tersenyum yang dibuat-buat.Puan Azizah hanya tersenyum simpul.Apalah yang difikir budak ni.Puan azizah tertanya-tanya.Tanpa disedari oleh sesiapa,jauh di penjuru dinding ada sepasang mata yang memerhatikan Farah sedari tadi.
"Cantik" Mulut pemilik mata itu berbicara.Majlis berjalan lancar seperti yang dikehendaki oleh Farah dan keluarganya.Usai majlis selesai sepasang kaki mula menggerakkan langkahnnya.
"Hai sayang.You looks so beautifull today.I wish I could hug you." Kedengaran satu suara.Farah amat mengenali suara itu.Mana tidak kenal suara itulah suara yang selalu menjadi temannya sejak dua tahun yang lalu.Lantas dia berpaling ke arah suara itu datang.Melihat wajah di hadapannya itu dia tersenyum gembira.Sudah tiga bulan wajah itu dirindui.Langkah kakinya dihayun menuju ke arah Azam Syawal.
"Hai.Kata tak dapat balik.You tipu I erk? How could you." Farah terus memukul lengan jejaka yang berada di depannya itu.Azam yang terkejut hanya mampu mengundurkan kakinya beberapa langkah ke belakang.Tiba-tiba muncul seorang lelaki di belakang Azam Syawal.Lelaki itu hanya mampu tersenyum.
"Sorry for bothering." Ringkas sahaja ayat yang keluar daripada mulut jejaka itu.Farah yang menyedari kehadiran lelaki itu hanya mampu tersenyum nipis.
"Sayang.Ini Johan,office-mate I.Merangkap sahabat I masa di London hari tu.Dia ni dulu kawan seuniversiti I.Tapi tahun akhir dia terus pindah.Masa I outstation hari tu baru I jumpa dia balik." Azam Syawal memperkenalkan jejaka yang berada di hadapan mereka.Farah tersenyum lalu menundukkan sedikit kepalanya tanda salam perkenalan.Johan yang memahami turut melakukan perkara yang sama.Persis orang Jepun pulak.Bezanya mereka perbuatan Farah dan Johan itu tadi seperti mengangguk kepala sekali.Farah yang ternampak kelibat Nazri segera meninggikan kepalanya lalu lagaknya seperti mencari orang.Setelah dapat apa yang dicari Farah tersenyum puas.Lantas tangannya ditinggikan bagi menjadi isyarat bagi Nazri.Azam dan Johan yang memerhatikan segala pergerakkan Farah berpaling ke arah yang dilihat oleh Farah.Azam yang mengerti siapa yang dicari oleh Farah segera tersenyum ke arah Nazri yang menghampiri mereka.Nazri menghulurkan tangan kepada Johan tanda salam perkenalan.Johan menyambut salam itu lalu menghadiahkan senyuman kepada Nazri.Walaupun tidak mengenali siapa lelaki yang berdiri di hadapannya itu.Nazri melakukan perkara yang sama kepada Azam Syawal yang kini bergelar tunang kepada sahabat sepermainannya semenjak kecil,Farah.
"Johan,ni bestfriend Farah,Nazri.Dia ni juga anak angkat pak cik Harris.Dorang ni dah lama kenal since kecik lagi.Naz,ni kawan I,Johan." Azam menjawab segala persoalan yang bermain di fikiran Nazri dan Johan.
Selepas berborak seketika,Azam mengundurkan diri.Katanya dia perlu balik awal kerana esok dia akan terbang kembali ke London.Farah yang tidak berpuas hati segera berjalan ke arah laman yang lengang.Ramai tetamu berada di bawah khemah yang terletak di hadapan rumahnya.Azam yang menyedari akan sikap Farah itu segera mengekori gadis itu.Dia tahu Farah sedikit terasa hati dengan dirinya.Dia selalu saja sibuk.Sentiasa outstation.Kadang-kala memakan masa berbulan-bulan.Namun dia bersyukur kerana Farah amat memahami kerjayanya lantas perhubungan mereka sentiasa berjalan lancar.
"Marah?" Tanya Azam ketika menghampiri Farah.Farah yang mengetahui siapa pemilik suara itu hanya berdiam diri.
"Sorry honey.I really need to go.I minta maaf sangat-sangat.Luckily I boleh balik hari ni.Kalau tak you akan jadi sasau sebab rindukan I." Sambung Azam setelah melihat tiada reaksi daripada gadis kesayangannya itu.Sengaja dia ingin mengusik gadis yang bertahta di hatinya itu.Nun jauh daripada mereka,Johan memerhati segala perilaku Azam dan Farah.Matanya tidak lepas daripada memandang Farah.Nazri yang ternampak mula tidak sedap hati.Wajah dia...Nazri hanya mampu berkata di dalam hati.Arghh...mungkin andaian aku saja katanya sendirian.Mustahil.
Kemaafan yg Diminta...
To all my frens...i beg u guys...plis...4giv me...kemaafan anda sume diminta...yes!!..i know it was my fault...i admit it...tp sle la fhm akan keadaan yg brada dsekeliling aq...seriously... pliss...there nothing i need more than u guys appologise...so pliss....n pliss..4giv me.... our frenship is precious to me...plis...4 the sake of our frenship....i admit!!..i admit..it was my fault...i'm Nur Fitrah Bt Adnan wanna say sorry to all my fren about the renioun...
Subscribe to:
Posts (Atom)