Monday, January 31, 2011

Ketahuilah 25 Perkara Mengenai Saya

Tag...Hurmmm..Apa jadahnya benda nih?? Gua pun tak tau


Nak kata akaun tagged tu bukan...Tapi kiranya benda ni macam game dalam blog la..*ye la kot..main hentam jerk~


Saya takdelah pandai sangat tentang menda2 nih..akaun tagged saya tu pun dah lama tak buka*takde kena mengena pun~


ok! kita bermula step by step...


"Once you have been tagged,you are suppose to write a note, with 25 random thing, fact, habits or goal about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tag you, it's because I want to know more about you. Your cooperation is highly appreciated.


Nak Translatekan ke??
Tak payahlah...Saya sungguh tak baik hati pada hari ni*sengal~


Ok! tarik nafas pelan2 dan baca info tentang diri saya ni sampai muntah!!
pssstt...dah muntah pandai2 lah bersihkan sendiri ye?? mekasih..n_n


1.saya amat mengilai warna merah!..dulu waktu kecik2*bajet skang dah besarlah
saya suke warne kuning sampai bergaduh dengan kawan2 kat tadika sapa ada pensil warna kuning yang 2B punya 2...bila da semakin matured*erkkk??
saya minat warna hijau tapi semakin lama saya semakin sedar bahawa merahlah warna yang paling menawan dalam dunia nih! hahaha...


2.Nama adik beradik saya sume bermula daripada huruf F.Sedangkan perents saya nama mereka bermula daripada huruf A.


3.Aiza Izati adalah nama yang ingin ibu saya berikan pada saya tapi dibantah oleh ayah yang mahu legasi huruf F disambung.Cari punya cari dapatlah nama saya yang sekarang ni Nur Fitrah


4.Nama Nur Fitrah ini adalah pilihan saya sendiri(tipu jerk budak ni)<--suara hati korang.
hahaha..bukanlah betul2 dipilih oleh saya tetapi sipi2 jer*pening~~
hal ini berlaku apabila ibu dan ayah nak pilih nama untuk saya.Macam2 nama dorang sebut sehinggalah sampai kepada nama Fitrah,saya yang ketika itu sedang tidur terus buka mata dan tersenyum comel*ok! takdelah comel mana pun,cantek jer! hahaha


5.Kebanyakan anak2 orang yang jaga saya anak mereka bermula daripada huruf F.Contohnya Fahmi,Farhana,Fairuz..oh ya! mereka bukan daripada keluarga yang sama.


6.Hari lahir saya adalah 2 hari selepas hari lahir kakak saya.Manakala hari lahir kakak saya 2 hari selepas hari lahir anaknya yang kedua.


7.Saya BENCI! ANTI! GELI! kepada lipas,cicak dan tarantula(spesis labah2).Saya akan menjerit comel ketika bertemu mereka.


8.Saya anak nombor 3 hasil daripada ibu bapa yang merupakan anak nombor 3 dalam keluarga masing2.Saya juga lahir pada bulan 3!


9.Ketika kecil saya seorang yang sangat petah bercakap.Sehinggakan 1 tadika tahu siapa saya.Glamerkan??


10.Saya tak pandai guna komputer sehinggalah pada tahun ni apabila ibu membelikan netbook untuk saya.Ketika itulah saya dah pandai guna internet*banggerrr~~~


11.Saya seorang yang santai namun boleh bertukar menjadi series ketika melakukan pekerjaan dan apabila ianya berkaitan dengan masa!.saya menyirap dengan orang yang tak menepati masa sehingga ada masanya saya sengaja berlengah2 untuk bersiap tetapi akhirnya tetap saya yang menunggu mereka sebab mereka lagilah lambat kuaasa 2 daripasa saya TT_TT


12.Seorang yang suka memendam rasa.


13.Selalu bercadang dan berazam untuk jadi garang tapi tak pernah kesampaian!


14.Mudah menangis.Ini semuanya gara2 ayah! hahaha...gen cepat nangis datang daripada ayah.


15.Muka saya macam ibu tetapi sifat saya banyak mengikut ayah! kecuali tentang menepati masa,saya ikut ibu.


16.Rapat dengan sepupu2 kedua2 belah keluarga sebab saya tak rapat dengan siblings saya.


17.saya lahir pada bulan puasa iaitu,18 ramadhan manakala 14 tahun kemudian arwah opah meninggal sehari sebelum hari lahir saya iaitu 17 ramadhan(nuzul quran)


18.Seorang yang kuat makan pedas.Walaupun anak jati kolumpo.


19.Cik B dan Miss A adalah orang yang bertanggungjawab membawa saya ke dunia blog ini.


20.Ketika kecil merupakan orang yang sangat garang dan lebih banyak kawan lelaki daripada kawan perempuan.Manakala sekarang sebaliknya.


21.Apabila bersama dengan kak aufa(sepupu) kami sering disalah anggap sebagai kembar.Kebetulan ada sepupu kami yang merupakan kembar sebenar.


22.Sehingga ke usia 5 tahun,saya tak reti nak sebut nama saya.Sebab semua ahli keluarga saya memanggil saya dengan nama adik.Kerana itulah pada permulaan tadika kawan2 dan cikgu2 pun memanggil saya dengan nama adik.Sehinggalah saya reti menyebut nama saya sendiri kawan2 saya tetap memanggil saya dengan nama adik.Tetapi mereka berhenti memanggil begitu setelah saya selalu tak memberi respon apabila mereka memanggil saya dengan nama "adik".


23.Sejak saya kecil,ayah dan ibu sering masuk dan keluar hospital.Maka kerana itu saya tidak terlalu rapat dengan mereka.


24.Ramai orang beranggapan saya anak manja sedangakan ianya sebaliknya.Ini berlaku kerana saya sahaja yang rapat dengan kedua2 ibu bapa saya.Kenyataannya adalah tidak benar! saya boleh membuktikannya namun ianya hanya akan memberi aib kepada keluarga saya.Yang pasti! saya bukan anak manja.Tapi best jugak kalau jadi anak manja~~~~ hehehehe...


25.Saya sentiasa senyum pada nenek2 dan atok2 setiap kali saya jumpa golongan ini di luar sebab orang akan mengubati rindu saya pada arwah nenek2 dan atok2 saya.Lebih2 lagi saya tak sempat melihat atok belah ibu dan belah ayah pula meninggal ketika saya masih comel a.k.a masih kecil.hahahaha...


YESSS!!!!!!!!! dah habis.Tak sangka payah juga buat benda ni.Sebijik macam nak ambil exam.hahaahaha...Bezanya dapat guling2 sambil cari idea.


Maka dengan kuasa veto yang diberikan kepada saya,Saya Nur Fitrah bt Adnan ingin meng'tag' beberapa orang untuk menjawab tag ini..hahahaha...


Cik Bidadari
Apple Mint
Yana MIB
Mr. Pamek
Zaini Zainudin

Maka arakian,sudilah tuan hamba semua menjawab tag ini.
Mekasih~~~

Belajar Pun Banyak Dugaan

Entri kali ni takde kena mengena dengan saya secara langsunglah.Sipi-sipi ada la kot*pening~~

ini pasal Keherah (Cairo) yang berada dalam keadaan darurat sekarang ni.Saya pasti orang sume dah tau pasal keadaan di sana.*kalau belum tau g baca cepat!!

Kenapa saya lak gelabah tahap lebah??
Sebabnya,ada ahli keluarga saya yang belajar di sana,dan kami risau sebab tak dapat dengar kabar berita daripada mereka.

Ayah lak asyik suruh saya on FB kot2 dorang online so kena tanya kabar..masalahnya dah sah2 dorang punya talian internet dan talipon dihentikan.Nak suruh saya tanya kabar macam mana.

Kakak2 sepupu saya ni sambung pengajian mereka ke kaherah dalam jurusan medik.6 tahun di sana.Dahla sedia maklum risau ditambahkan lagi dengan keadaan darurat di sana jadilah risau kuasa 2.

Apa yang kami boleh buat ialah mendoakan kesejahteraan mereka dari sini saja.

To:
Asma' Nusaibah & Khairul Bariyyah
Be strong!...kami sentiasa ada di belakang anda.Bila keadaan kembali reda cepat2 hubungi kami.We are getting crazy at here.

Friday, January 28, 2011

Cuti Yang Tak Cuti

Cakkk!!!...

Hahahaha..Apa kabar sume?? sihat?? Bagus2...

Esok ari sabtu.Kalau sekolah biasa ari sabtu adalah ari cuti sekolah..tapi kalau sekolah luar biasa macam sekolah saya..ari-ari sekolah...mencik!! >0<  hahaha...

Esok bermulah ari meronggeng dengan kawan2 bagi yang tak bersekolah...tapi bagi insan yang teristimewa seperti saya ni,cuti hanya dalam mimpi*chewwaahhh

Sekolah saya bagi cuti seminggu minggu depan sempena raya tahun baru cina.Tapi bagi cuti kepada mereka yang berkelayakan jelah.Budak nakal macam saya ni mana layak nak dapat cuti2 ni sume.Cuitan a.k.a cubitan dapat lah..*alahhh...kassim(nyonya mansur)

Ari-ari ada kelas,kelas ada ari-ari...
Takpe2...heroin memang kalah dulu*apa kena mengena??
Sekarang nak tido pun tak cukup,
Nak tengok katun spongebob pun tak sempat apatah lagi shinchan,
Tunggulah..lepas SPM nanti nak cuti setahun..Tak nak g mana2...


"Nak duduk rumah!!" Jeritku penuh comel.

"PLKN datang memanggil" Satu suara sumbang membalas kata2 ku..

"Cheese cake sungguh!.." Kataku penuh amarah~~~~...

Cikgu2...Cikgu tak letih ke datang sekolah ari-ari?? Cikgu pergilah berehat sehari dua*bodek2...

Cikgu nak pergi bercutilah...Jadi cikgu ingat nak off beberapa ari(yes! dah berkira2 dah tak nak datang sekolah ari sabtu and ahad)

Cikgu nak pergi bercuti lepas cikgu pencen nanti(down! diri ini terasa seperti dihempap konkrit)

Aku berkata dalam hati "Masa cikgu pencen nanti saya dah habis sekolah dah cikgu."

Cuti,
Inilah takdir kita,
Takdir yang memisahkan kita,
Janglah kau tangisi perpisahan ini,
Kelak kita akan berjumpa lagi,
Lepas SPM nanti. hehehehe*ayat bajet romantik lak...

Thursday, January 20, 2011

Merinduimu

Berisgthifar saya sebentar tadi apabila terjaga dari mimpi.Kenapa?? Kerana saya mimpikan seseorang yang telah pergi...

OPAH!...

Bukannya sekali..bukannya malam tadi sahaja..Tapi sudah 2 hari.Dan mimpi tadi benar2 memberi kesan kepada saya.

Saya mimpi..kami semua(famili belah ibu dan ayah) berkumpul dalam 1 rumah yang kecil.Kalau dilihat dari segi fizikalnya..Tapi saya pasti rumah tu besar kerana dapat memuatkan kedua2 belah ahli keluarga.

Pada permulaan mimpi tiada yang ganjil..sehinggalah perkara yang membawa saya kembali kepada realiti.
opah..Tiba2 dalam mimpi tu ada tetamu datang naik kereta.Pada mulanya saya tak hiraukannya kerana sibuk dengan perkara lain.Dan apabila saya berpaling ke depan.Opah sedang duduk selesa di atas kerusi kayu.Wajahnya tenang sangat.Dia senyum.Secara tiba2 saya berlari ke arahnya sehingga saya terjatuh kerana tangan saya tersekat pada sesuatu.Tapi opah masih ada.Saya teruskan larian yang terhenti tadi.Saya peluk opah.Terasa seperti nyata.Saya menangis dan katakan kepadanya bahawa saya rindu dia.Lama kita tak berjumpa.Tapi dalam mimpi tu saya lupa bahawa opah telah lama pergi menghadap illahi.Saya menangis.Begitu juga opah.Dia kata dia rindukan saya.

Tiba2 ada 1 suara mak cik saya mengatakan "Eh nape peluk nenek tu?? Opahkan dah meninggal dunia.".Saya terkesima.Saya berpaling ke arah mak cik saya yang berada di belakang.Saya katakan kepadanya."Apa pulak?? ni opah ni." Sejurus saya berpaling semula ke belakang.Wajah opah tiada.Yang ada hanya seorang nenek tua.Yang saya tak kenal pun siapa.Nenek itu hanya tersenyum saja.Dan semuanya hilang dari pandangan mata.Kerana saya buka mata saya dan kembali ke alam nyata.

Air mata hampir keluar apabila saya tersedar dari tidur.Terus saya pergi mandi.Air yang sejuk tadi pun tak terasa dinginnya.Sebab saya leka menangis dan bertanya kepada diri sendiri.

"Kenapa aku bermimpi begitu??"

Akhir2 ni saya selalu bermimpi tentang orang sekeliling saya.Haritu kawan2 saya.Pastu ada arwah wan pula.Lepas tu semua ahli keluarga saya.Saya pelik.Apa petunjuknya??

+adakah sebab akhir2 ni saya selalu ponteng solat isyak??
-merujuk kepada apa yang saya sering doakan.Lindungi orang sekelilingku.Mungkin kerana saya tak mendoakan mereka dengan cukup sebab ponteng sembahyang.Mungkin juga tanda doa saya hampir termakbul tetapi saya perlu cukupkan waktunya.

+adakah kerana saya demam??
-dah 3 hari saya demam.tak pernah kena demam macam ni.badan menggigil kesejukkan.yelah apabila kita sakit minda kita dah tak betul.hormon semuanya entah ke mana.

+adakah kerana saya sememangnya merindui mereka akhir2 ini??
-akhir2 ni jiwa saya jadi sensitif.kerap saya teringatkan arwah wan dan arwah opah.

Mungkin juga sebab saya rindu mereka dan mungkin juga kerana saya demam.Wan opah...adik selalu mendoakan kesejahteraan korang berdua.Adakah pertemuan kita merupakan hadiah penghijrahan adik??
atau ianya hanya mainan minda dan perasaan adik?? atau hanya gangguan syaitan yang selalu mencari peluang untuk mengganggu anak2 dan cucu2 adam??

Sungguh adik rindu wan dengan opah.Wan...adik minta maaf akhir2 ni adik tak dapat pegang amanah yang yang berikan pada adik.Tapi insyaallah adik akan cuba sebaik mungkin.Opah...adik dah start sembahyang sejak akhir2 ni...Supaya dengan ni adik akan sentiasa rapat dengan wan dengan opah.Sebab korangkan sekarang berada di sisi Allah.Dengan bertemu Allah di atas sejadah sekali gus adik dapat mendekati korang.Sebab adik tahu Allah akan sentiasa meletakkan orang yang beriman di sisinya.

Tunggulah adik ye??.Insyaallah satu hari nanti kita akan bertemu lagi.

Friday, January 14, 2011

The Beauty Butterfly

Hai sume!!!!!*bersorak ala2 setahun tak jumpa...

Korang apa kabar?? series weh rindu sama korang hahaha..Since new year aritu dah start bizi dengan studi.arini dekat 10 jam*memang 10 jam pun dekat sekolah.Dah la tu masih gak pakai baju sekolah dari pagi bawak ke petang*macam(masam) >o<...tak suke..tak suke..tak suke..

arini saya nak citer 1 petikan yang saya baca masa buat latihan kat sekolah tadi*perlu ke cakap kat sekolah?? bajet nak tunjuk wa rajin..hahaha..

Apa yang specialnya petikan ni?? Sebab for the first time in my life*perggghhh speaking london ma
ok2 sambung.Buat pertama kalinya dalam hidup saya buat latihan dalam keadaan sedih..Petikan ni betul2 memberi kesan kepada diri saya yang sungguh sensitippp ni*perlu ke bagitau??

Tanpa melengahkan masa...Jom skodeng!

"There was a time in my life when beauty meant something special to me.I guess that would have been when I was about six or seven years old,just several weeks or maybe a month before the orphanage turned me into an old man.I would get up every morning at the orphanage ,make my bed just like ,little soldier that I had become.Then I would get into one of the two straight lines and march to breakfast with the other twenty or thirty boys who also lived in my dormitory.


           After breakfast one Saturday morning I returned to the dormitory and saw the house parent chasing the beautiful monarch butterflies that lived by the hundred in the azalea bushes strewn around the orphanage.I carefully watched as he caught these beautiful creatures,one after the other,and then took them from the net and then stuck straight pins through their head and wings,pinning them onto a heavy cardboard sheet*Masa tu dah start feeling.I was like*speaking lagi..jahatnya "parent" tu.

           How cruel it was to kill something of such beauty.I had walked many times out into the bushes,all by myself,just so the butterflies could land on my head,face and hands so I could look at them up close.

           When the telephone rang the house parent laid the large cardboard paper down on the back cement step and went inside to answer the phone.I walked up to the cardboard and looked at the one butterfly which he had just pinned to the larger paper.It was still moving about so I reached down and touch it on the wing causing one of the pins to fall out.It started fluttering around and around trying to get away but it was still pinned by one wing with the other straight pin.Finally,its wing broke off and the butterfly fell to the ground and just quivered.*mata dah stat nak leleh masa ni.ToT

           I picked up the torn and the butterfly and I spat on its wing and tried to get it to stick back on so it could fly and be free before the house parent came back.But,it would not stay on the poor butterfly.*tacing....auchhh

           The next thing I knew the house parent came walking back out of the back door by the garbage room and started yelling me.I told him I did not do anything but he did not believe me.He picked up the cardboard paper and started hitting me on the top of the head.There were all kinds of butterflies pieces going everywhere.He threw the cardboard down on the ground and told me to pick it up and put it in garbage can inside the back room or the dormitory and then he left.


           I sat there in the dirt,by that big old tree,for the longest time trying to fit all the butterflies pieces back together so I could bury them whole,but it was too hard to do.So I prayed for them and the I put them in an old torn up shoe box and I buried them in the bottom of the fort that I had built in the ground,out of the large bamboos,near the blackberry bushes.


           Every year the butterflies would return to the orphanage and when they tried to land on me I would try and shoo them away because they did not know that the orphanage was a bad place to live and a very bad place to die."


Butterflies by Roger Dean Kiser.


Bad...tu je ayat yang mampu saya ucap.Bila baca cerita ni ala-ala cerita cinta.Seorang lelaki sanggup dibenci oleh seorang perempuan demi keselamatan dan kebahagiaan perempuan itu.Siapa pula yang menjaga keselamatan dan kebahagian lelaki tu??

hurmmm nampaknya sampai di sini sajalah perjumpaan kita pada hari ini.Tk boleh online lama2 keje sekolah menati dan memanggil mesra...tata...dan salam 1Malaysia

Sunday, January 2, 2011

Cinta Dari Pandangan Saya.

Ramai orang tanya pendapat saya.Tentang apa?? Macam2 perkara.Pelbagai.Selagi ada masalah dalam dunia ni selagi tulah orang akan tanya.Persoalan demi persoalan selagi ada persoalan yang boleh ditimbulkan.

Tapi akhir2 ni ramai lak tanya pendapat tentang cinta dari saya.Pendapat je ye.Bukan pengalaman.Pelik jugak.Sekarang ni musim cinta berbuah ke?? huk3..Jangan pikir yang lain tau.

Sekarang tv tayang cerita yang bergenre cinta ke??

Semua orang sibuk nak tahu pasal cinta.Apa?? Korang ingat perlawan bola antara Malaysia dengan Indonesia je isu hangat sekarang ni??

Cinta daripada pandangan saya?? Ialah...hurm..ntah personally saya sendiri pun tak tau.

Tapi ada orang cakap,cinta tu bila hati kite berdebar2 dan rasa tak keruan bila jumpa dengan orang yang kita saya.TAPI SAYA TAK PERCAYA sebab takkan pengetua tu orang yang kita cinta?? Faham tak?? Kalau kita dipanggil berjumpa dengan pengetua or cikgu displin hati kita akan berdebar2 dan tak keruan.Adakah itu bermaksud anda telah berjumpa cinta sejati*pergghhh ayat jiwang betul.

Ada orang cakap cinta ni jadi kita teringat kat seseorang tu setiap masa.Kadang2 kita nampak orang yang kita suka tu kat situ padahal orang lain.TAPI BAGI SAYA tu bukan cinta bro/sis tu angau.Hehehehe...

Ada jugak orang kata yang cinta ni terhasil daripada perasaan benci.Seperti bila girl gaduh dengan boy dan dorang gaduh hari2.Pantang berjumpa.Asal jumpa gaduh asal gaduh je mesti jumpa.Dalam novel pun ada cakap yang perasan benci dan sayang ni sebenar saling berkait.Benci dan suka ni dihalang oleh 1 dinding yang nipis.Sebab tu kadang2 kita ingat kita benci orang tu tapi sebenarnya kita sayang orang.Betul ke?? Yang ni saya tak berani nak komen sebab saya tak berani.Hehehehe

Ada orang kata cinta ni best.Ada yang kata leceh.

Tapi bagi saya,lahirnya anak adam ke dalam dunia ni kerana cinta tak kiralah secara halal atau sebaliknya.Wujudnya khalifah bernama manusia ni pun kerana cinta.Keamanan pun wujud sebab cinta.Islam masih teguh berdiri pun sebab cinta.

Ada orang cakap:
Cinta bila kita bahagia
Cinta bila kita bahagia selepas mengharungi pelbagai rintangan
Cinta pandang pertama
Cinta pandang berkali
Cinta pilihan keluarga
Cinta pilihan hati
Cinta dari rasa suka
Cinta dari rasa benci
Cinta dari persamaan
Cinta dari perbezaan

Tapi yang pasti cinta tu bila:
Kaum adam telah menemui rusuknya.
Kaum hawa telah jumpa penyelamatnya
Kaum adam telah jumpa ladangnya
Kaum hawa telah jumpa petaninya
Dan apabila sepasang hati telah disatukan
{Adoii ayat jiwang banyak sangat nih}

Cinta ni perkara yang am.Apa yang pasti untuk mencintai kita kena dicintai.*pening kepala otak
Kena memberi untuk menerima.Kena tak sempurna untuk jadi sempurna.*dah la wei..malas nak taip dah nih

Arggghhh!!!!! senang kata lu pikir la sendiri.G tanya Dato' Dr. Haji Fadzilah Kamsah sana nuh.Shuh...shuh.. g main jauh2.

Sekian,Harap korang tak muntah sebab entri ni berbunga sangat.Hahahaha...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...