Thursday, July 15, 2010

Cerpen_Gadis Di Anjung eps.1

  
                        Di sana terlihat seorang gadis yang membaca novel di tangannya.Leka seakan kini dia berada di dunianya sendiri.Dari mata kasar dia seperti gadis-gadis lain yang seusia dengannya.Namun dalam hati tersimpan banyak kisah yang menyebabkan dia hanya berada di situ.Di anjung rumahnya.Di satu sudut lain,di luar rumah gadis itu,seorang lelaki berdiri di bawah pokok yang rendang.Matanya tidak lari daripada melihat wajah gadis yang keseorangan itu.Dia tidak mengerti.Ya! lelaki itu tidak mengerti mengapa di sebalik wajah yang manis itu tersimpan satu garis sendu?.Mengapa?.Siapakah yang melahirkan garis itu di wajah gadis secantik itu?.Tidakkah mereka berasa bersalah?.Mewujudkan kedukaan di wajah gadis yang baru setahun jagung itu?.Lelaki itu binggung.Di hatinya tidak wujud rasa cinta.Dia tidak mencintai gadis yang dilihatnya itu.Cuma rasa kasihan yang mendorongnya untuk mengetahui kebenaran.

                         Gadis itu tersenyum riang.Mungkin ada sesuatu yang dibacanya melucukan hati.Manis sungguh senyumannya.Namun sukar untuk melihat gadis itu tersenyum seperti tadi.Apa yang ditonjolkan olehnya hari-hari wajahnya yang muram.Kerana tiada senyuman yang menghiasi bibir gadis itu,sesetengah manusia menganggapnya sombong.Tanpa diketahui oleh mereka.Dulu gadis itu bukan seperti dulu.Namun satu demi satu peristiwa telah membunuh senyuman dibibirnya.Dia boleh lagi senyum namun senyumannya itu hanyalah untuk dirinya sahaja.Bukan lelaki itu ataupun kawan-kawannya tetapi dia.Ya! hanya dia.

                          Indahnya ciptaan tuhan.Tapi sayang,tidak semua menghargainya.Kalau mereka menghargai setiap ciptaan tuhan sudah semestinya gadis manis yang duduk di anjung itu tidak akan keseorangan.Sudah tentu dia bersama teman-temannya.Sudah tentu dia sekarang sedang bergelak ketawa.Sayang seribu kali sayang.Bubur tidak mungkin akan menjadi nasi.

BERSAMBUNG....

4 comments:

Papermint said...

sesungguhnya sabar itu separuh daripada iman... sy sedang cuba bersabar... sy akan cuba utk tidak menghentakkan laptop kakak sy ini ke dinding.. sy juga takkan cuba simbah air ke laptop kesayangan kakak sy ini.. sy takkan melalukan sesuatu yg tidak masuk akal hanya kerana TIDAK SABAR MENUNGGU KESEMUA CERPEN YG ADA SIRI INI...

Fitrah Adnan said...

hahahaha...wah!!..cepatnye..terkezot saya...hahahahah...bsiri bru syok...anda akn berdebar2...

Papermint said...

hhmm.. sama la awak ngan cik bidadari tu...

Fitrah Adnan said...

hahahaha..sbr2...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...