Saturday, August 6, 2011

Bintang Tak Mungkin Bergabung:I'll try

Ini merupakan sinambungan bagi bintang tak mungkin bergabung

"Awak ikhlas menyintai saya??"

"Ikhlas."balasku sepatah.

"Tapi mengapa seperti ada jurang antara kita?"

"Maksud awak?"tanyaku.

"Seperti awak tidak menyintai saya dengan sepenuh hati.Seperti terpaksa."

"Kenapa kata begitu?"tanyaku sekali lagi.

"Adakah kerana saya tidak memberi perhatian kepada awak?"tanyaku menahan geram.

"Atau saya tidak seperti perempuan lain yang mementingkan kekasih mereka lebih daripada hidup mereka?"sambungku.

"Awak tahu saya bukan begitu.Saya bukan perempuan yang mengagungkan kekasihnya."sambungku geram.

"Awak lupa?? bahawa saya memang begini?"

"Maaf...saya minta maaf kalau kata-kata saya buat awak marah."balas lelaki itu setelah lama menyepi.

"Saya cuma mahu perhatian daripada awak.Daripada kekasih saya.Mungkin salah saya kerana meminta daripada yang sepatutunya.Maaf."sambung lelaki itu.

Abang,
Maafkan saya.
Saya akui hati ini belum terisi lagi,
tapi hati ini masih belum mahu untuk diisi,
maaf untuk cinta yang tak ikhlas di hati ini.
Tapi saya janji,
pada awak dan diri ini,
yang saya akan cuba..
cuba untuk menyintai awak seperti mana awak menyintai saya...

Abang,berilah saya masa...

~~Cerita ini hanya rekaan semata-mata tau~~

P/S:Maaflah lama tak masuk blog...almaklumla...bizi memanjang..kelas sana kelas sini..saya ada urusan dan tanggungjawab lagi...insyaallah akhir taun nanti saya kembali aktif..tunggu saya yang COMEL  ni tau...

hehehe...

4 comments:

Bidadari Syurga said...

ya... rindu sgt... maklumlah org tu spm tahun nie... its ok.. :) tahun depan yeak?

Bidadari Syurga said...

wewit.... kalo hati tu dah tak boleh masukkan rasa memang payah nak bersatu...

applemint said...

perrrrggghhhh...citer cinta la...leh jadi novelist gak aaaa...

Fitrah Adnan said...

bidadari syurga:ehehehe...rindu erk??

yup memang kalau hati tak rasa memang susah nak satukan... x masuk langsung



applemint:haiiii...hehehe...terima kasih terima kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...