Semalam (17/6/11) saya pergi medical check up.Of coursela masa tu kena ambik nombor giliran dan tunggu serta tunggukan??
Masa saya sedang unggu nama untuk ambik nombor saya ada nampak 1 kapel cina ni tau.Sweet sangat.Yang lakinya pegang tangan isteri dia masa nak menjalani prosedur ambik nombor.Sementara nak tunggu tu si suaminya suruh isteri dia duduk dulu.Padahal masa ada 2 tempat duduk sebelah saya.Saya tak faham apa yang dorang cakap tapi saya rasa suami dia kata "awak duduklah dulu.biar saya yang handle perkara ni".
Saya rasa ini first time dorang buat rawatan kat situ sebabnya banyak dokumen dorang bawak..mungkin benda ni perkara kecik namun bagi seorang yang berkromosom XX sperti saya ianya sungguh tacing..hahahaha...
Pastu nama saya dipanggil dan nombor telah diberi.Saya tunggu la di ruangan menunggu..yelah takkan nak menunggu kat tempat ambik nombor lak an?? memang tempah cacian,makian dan yang sewaktu dengannya.
Masa saya tunggu tu kapel tu muncul kembali di depan saya.Walaupun mereka tak melihatkan aksi2 yang manja namun ianya sudah mampu menunjukkan kasih sayang yang kuat dalam diri mereka.Seolah-olah aura kasih sayang itu muncul sendiri dan bersinar..*perggghh ayat.
Masa nombor dorang dipanggil,si suami memimpin tangan si isteri masuk ke bilik rawatan.Masa tu hati saya berbunyi.."Ahhh...so sweet"
"Tak heranlah Fitrah.Aku dah selalu tengok dah benda2 macam ni.Naif betul kow ni"
Tapi macam mana kalau saya cakap yang kapel tu warga emas??
Si suami dan si isteri sama2 tak larat.Tapi mereka masih ada bersama untuk antara satu sama lain.Tetiba saya tertanya..mana anak mereka.Si ayahnya bukan larat sangat kalau saya tengok tapi demi si isteri dia sanggup lupakan keletihan,kesusahan untuk berjalan.Bahkan dia sanggup memimpin tangan isterinya yang memang lagi tak larat untukberjalan.Berbeza dengan sesetengah orang.Isteri sakit depa buat tak tau.Tiba2 terimbas satu peristiwa masa saya masuk hospital taun lepas..Jiran katil saya tu seorang mak cik.Dia baik,bahkan ramah walaupun dia sakit.bila menjelang tengah hari dia dah tak larat dan tertidur.Bila suami dia datang melawat dia pula yang kena marah dengan suami dia sebab tak bangun makan.Pastu mak cik tu cakap yang dia pening kepala dan tak larat.Pak cik tu bebel sorang2.Masa tu saya rasa kesian dengan mak cik tu dan takut dengan pak cik tuh.Saya tak sanggup nak pandang sebelah masa tu.Takut tengok wajah pak cik tu yang macam nak telan orang,
Tiba2 mak cik tu panggil suami dia,dia cakap dia dahaga tapi tak larat nak bangun.Pak cik tu tuang air dalam penutup botol dan suap mak cik tu.Mak cik tu tersedak dan muntah.Pak cik tu terkejut bangun dan menjerit.Ramai orang terkejut masa tu.Doktor marah dan berlakulah pertengkaran antara pak cik tu dan doktor mak cik tu.
Bila doktor tu dah blah,pak cik tu marah mak cik tu.
"Tulah kau,aku suruh bangun tak nak tak pasal2 aku kena marah.Lain kali kalau kau nak buat apa2 buat sendiri."
Pak cik tu bersihkan baju dia dan kemas sikit barang2 mak cik tu dan blah lepas sume dah selesai.Waktu melawat time petang tu pak cik tu tak datang.Anak2 dia laki 2 orang je yang datang.Agaknye pak cik malas nak jumpe doktor tu kot.Bertengkar teruk giler.
Lepas saya kuar wad saya asyik teringat je kejadian tu.Saya tak tipu.Saya tak tau apa yang terjadi esok tu sebab malam tu saya discaj.Tapi saya tau mak cik tu sedih.Nasib baik anak2 dia baik walaupun muke dorang agak garang dan badan dorang agak besar.
Bukankah kalau seseorang tu sakit kita kena berlemah lembut??..Lebih2 kalau orang tu ahli keluarganya.
Sekarangkan sibuk dengan isu poligami...buat saya terfikir..betapa utuhkan institusi kekeluarga pada masa akan datang??
Orang melayu kita sibuk nak cari pucuk muda..tapi dorang lupa yang muda tu tetap akan jadi tua.Bila yang tua tu sakit dorang buat apa?? Carik yang muda upah anak2 atau orang gaji jaga bini yang sakit.Di mana janji setia dan kasih sayang mereka dulu??
Kan bagus kalau mereka pentingkan kualiti daripada kuantiti...
Apa2 pun saya salute kapel tua cina yang saya lihat semalam...Saya berharap saya tua nanti saya mampu jadi macam mereka...Aminnn..
Korang macam mana?? Apa ciri2 lelaki/wanita korang??
1 comment:
mak aii panjangnya...
Post a Comment