Ketika sedang memandikan mayat itu,mulut wanita itu tidak henti-henti memaki-maki jasad yang sudah tidak bernyawa di hadapannya itu.Dengan lantang mulut wanita itu berkata "Faraj inilah yang banyak dipakainya untuk berzina".Masya Allah ,dengan tidak semena-mena,kedua-dua tangan wanita itu terlekat pada tubuh si mayat.Dia berusaha melepaskan tangannya,tetapi ternyata ianya hanya sia-sia.Semantara orang yang di luar sudah resah gelisah kerana jenazah itu dimandikan dengan begitu lama.
Setelah pihak keluarga menyusul,akhirnya mereka mengetahui apa yang berlaku.Mereka segera mengirimkan beberapa orang untuk menanyakan kepada beberapa orang alim ulama di Madinah apakah yang sedang berlaku.
Ada seorang ulama mengusulkan agar kedua-dua tangan wanita itu dipotong dan ditanamkan bersama-sama si mayat.Manakala ada pula yang mengatakan agar tubuh mayat itu sahaja yang dipotong demi menyelamatkan wanita itu.Akhirnya para ulama pening memikirkan masalah tersebut.Mereka tidak dapat membuat pilihan untuk masalah itu.Samada memotong tangan wanita itu ataupun memotong sebahagian tubuh mayat itu.
Akhirnya,mereka menemui jalan buntu dan pergi kepada Imam Malik bin Anas r.a.
Setelah mendengar kisah ini,Imam Malik r.a segera datang ke tempat kejadian.Beliau meminta izin untuk mengusul juru mandi dari sebalik hijab.Beliau bertanya kepada wanita itu "Katakab terus terang,apa yang telah kau tuduhkan kepada si mayat ini?"
Dengan nada yang sedih,wanita itu berkata "Aku telah menuduhnya membuat zina ketika aku sedang memandikannya."
Setelah jelas dengan kedudukan yang sebenar,Imam Malik r.a berkata kepada anggota keluarga dan sahabat karib si mayat "Wanita ini telah melanggar hak si mayat.Dia telah melanggar hudud Allah dengan menuduh seorang muslimah yang baik melakukan zina tanpa disertai empat orang saksi dan bukti.Oleh sebab itu,wanita si pemandi mayat ini harus menjalani hukuman 80 kali deraan.Sesudah habis hukuman itu dilaksanakan,barulah kedua tangan wanita akan terlepas dari tubuh si mayat.."
Setelah hukuman itu dijalankan,barulah kedua-dua tangan wanita itu terlepas dengan sendirinya!..
-JANGANLAH KITA MEMFITNAH MANUSIA SAMADA KETIKA HIDUP ATAU MATINYA.-
*Di ambil daripada sumber lain dan diolah oleh saya.Maaf sekiranya ayt2 di atas sukar untuk difahami.
4 comments:
tu la.. kerana mulut badan binasa...
btol3...so lps ni jgnlah kite mengata org...jom sama2 berubah..hehehehe
erm xperlu kut nk mengata org dah meninggal..jgn kata fitnah, ngumpat pon jgn la..nnt kena kt keluarga sendiri br tahu langit tggi ke rendah =)
subhanallah
kena jaga percakapan sentiasa
Allah akan sentiasa melindung orang2 yg dikasihinya walaupun sudah tidak bernyawa
cerita yg menarik fitrah
=]
Post a Comment