Saturday, August 21, 2010

Cerpen: Dia Sekarang Sedang Bersama Isterinya,Bidadari Syurga

          Aswad al-Habsyi adalah seorang yang berkulit gelap yang bekerja sebagai pengembala kambing orang Yahudi.Ibnu Ishaq berkata bahawa Aswad telah datang kepada Nabi Muhammad SAW.Dia terkepung di benteng Khaibar bersama beberapa ekor kambing yang digembalanya.Dengan mengembala kambing ini,dia mendapat upah daripada seorang lelaki Yahudi.Aswad al-Habsyi berkata "Wahai Rasulullah,terangkanlah Islam kepadaku".Maka Rasulullah SAW pun menerangkan Islam kepadanya.Lalu, Aswad al-Habsyi pun memeluk agama Islam agama Allah sedangkan Rasulullah tidak pernah memaksa sesiapa untuk masuk Islam.

Aswad berkata "Aku telah diupah oleh pemilik kambing-kambing ini.Mereka adalah amanahku.Apa yang harus aku lakukan terhadapnya?"

Nabi Muhammad menjawab "Pukullah muka! Dia akan pulang kepada pemiliknya.

          Kemudian Aswad pun mengambil segenggam pasir dan melemparkan ke muka kambing-kambing itu.Lalu kambing-kambing itu bergerak secara berkumpulan menuju masuk ke kandangnya seolah-olah ada pengiringnya.Kemudia Aswad pun mengepung benteng tersebut untuk berperang bersama-sama kaum muslimin.

          Ketika Aswad al-Habsyi sedang berperang,dia terkena lemparan batu sekaligus,memisahkan roh dengan jasadnya.Aswad al-Habsyi meninggal dunia sedangkan dia saudara baru yang belum pernah mendirikan solat.

          Maka,orang ramai membawa jenazahnya kepada Nabi Muhammad dan diletakkan di belakangnya.Aswad diselimutkan dengan jubah yang diperbuat daripada bulu kambing yang biasa dipakainya ketika hidup.Rasulullah menolah kepadanya sedangkan ketika itu baginda sedang bersama seorang sahabatnya.Kemudian baginda berpaling daripadanya  dengan pantas.Ini menimbulkan pertanyaan sahabat.Sahabat bertanya "Wahai Rasulullah,apakah engkau berpaling daripadanya?".Lalu Rasulullah berkata "Sesungguhnya dia sedang bersama isterinya,bidadari syurga."


*diambil daripada  sumber lain dan diolah sendiri oleh saya.maaf sekiranya bahasanya sukar untuk difahami.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...