Friday, April 29, 2011

Gadis yang pekak,buta dan bisu

Ini hanya cerita.Sekirang ada persamaan sekadar kebetulan.

Seorang gadis berusia 16 tahun telah kehilangan ahli keluarga dalam sebuah kebakaran.Seorang wartawan wanita berasa hairan melihat akan reaksi gadis itu.Reaksi yang ditonjolkannya berbeza berbanding mangsa2 kebakaran yang lain.Selalunya si mangsa akan mengalami trauma tapi tidak gadis itu.Lalu wartawan wanita itu mendekati gadis itu.

Wanita:Adik,kamu ialah ahli keluarga mangsa bukan??

Gadis itu hanya menggangguk.

Wanita:Kamu sungguh tabah.Saya bersimpati.

Gadis itu hanya membisu.

Wanita:Siapa nama kamu?.

Gadis itu tidak memberikan reaksi.

Wanita:Saya Fadilah,seorang wartawan.

Wanita itu mencuba untuk menarik minat si gadis untuk berbual.Niatnya untuk menenangkan si gadis.Agar si gadis tidak berasa kesunyian.

Wanita:Kamu mahu menangis?? Saya sedia untuk itu.Saya akan berada di sisi kamu.

Gadis itu mendongak ke arah wanita itu.

Gadis:Kenapa saya perlu menangis??

Wanita itu berasa hairan dengan pertanyaan gadis di depannya itu.

Wanita:Tidakkah kamu berasa sedih akan kematian ahli keluargamu??

Gadis:Saya sedih tapi saya tak perlu menangis.Mengapa perlu menangis di dalam dunia yang indah ini??

Wanita:Kalau benar kamu bersedih bukankah kamu perlu menangis?? Sama seperti kamu bergembira kamu perlu ketawa.Benarkah dunia ini indah?? Apa yang menyebabkan kamu kata begitu wahai gadis??

Gadis:Dunia ini indah apabila kita ketawa tetapi tidak apabila kita menangis wahai kakak.Selama 16 tahun saya hidup di dunia ini dan saya tahu bahawa dunia ini indah.

Wanita:Kamu sungguh aneh.

Gadis:Ianya aneh apabila manusia menangis kesedihan kerana kehilangan dalam dunia ini kakak.

Wanita:Apa petua kamu dalam melihat dunia ini??

Gadis:Ibu saya telah meninggal dunia ketika saya berumur 13 tahun.Ayah saya jatuh sakit akibat kemalangan di tempat kerja.Manakala kakak saya berhenti sekolah untuk menyara hidup kami.Setiap kali saya ingin menangis kesedihan,kakak saya halang.Katanya...

"Seandainya kamu mendengar tangisan kesedihan,jeritan ketakutan dan kelemahan manusia tutuplah telingamu dengan rapat.Agar kamu tidak mendengar tentang kesedihan hidup ini.
Sekiranya kamu melihat peperangan,kesedihan,kebencian dan kelakuan buruk manusia tutuplah matamu dengan erat agar kamu tidak melihat tompok hitam hidup ini.
Seandainya kamu ingin menangis kesedihan,menjerit dan memarahi sesuatu tutuplah mulutmu kuat agar kamu dapat menahan diri dan mendapat kesabaran dalam menjalani hidup ini."

Dialah akan menutup telinga,mata dan mulut saya.
Jadi saya menahan tangisan kesedihan saya sekarang agar saya dapat kekuatan untuk menangis kegembiraan pada masa akan datang.

Wanita:Ibu kamu pun sering kata begitu??

Gadis itu mengangguk.

Wanita:Tetapi kini ibumu dan kakakmu sudah tiada.Siapa yang akan menutup mata,telinga dan mulutmu??

Gadis:Saya sendiri.Kini sudah tiba masa saya menghadapinya.

Wanita:Jadi kamu tidak menangis kesedihan kerana kehilangan??

Gadis:Tidak kerana saya mendapat kelebihan.

Wanita itu hairan

Gadis:Kesabaran dalam hati dan kasih sayang daripada Allah.Bukankah Allah tidak akan menguji hamba-Nya lebih daripada kemampuan mereka?? Apabila kita diuji ini menandakan kita diingati oleh Allah.Dugaan juga bererti Allah sayang pada kita.Bukankah begitu kakak??

Wartawan wanita itu menggangguk perlahan dan tersenyum.Tidak ada lagi kasih sayang yang paling besar daripada kasih sayang seorang ibu kepada anaknya melainkan kasih sayang pencipta kepada hamba-nya.

"Hidup memang tak mudah kerana itulah kita perlu berusaha gar ianya mudah.Semoga hari2 anda yang mendatang adalah hari2 yang menggembirakan."

Saturday, April 16, 2011

Sebab Hidup Memang Begitu

Halooppp....
Lama tak dengar citer...
Sihat??

Lama tak jenguk blog ni..
Almaklumlah...budak spm...bizi3....

Sapa pernah menangis dalam hidup dia??
Sapa pernah ketawa dalam hidup dia??
Sapa pernah buat salah dalam hidup dia??

Anda pernah bukan??
saya pun sama..
Sebabnya?? Kita ni manusia yang bukan maksum(terpelihara drpd melakukan dosa)

Dalam beberapa bulan dah banyak perkara berlaku...cuma saya tak sempat nak kongsi jer...

Cuma apa yang saya nak simpulkan di sini ialah..

walau macam mana sekali pun susahnya hidup ini...kita perlu harunginya..
tapi SABAR itu bukan kuncinya..

Aik??

Pelik??

Berapa orang yang ada sifat sabar yang banyak??
Kadanga kala orang yang benar2 sabar pun boleh kalah dalam hidup ini..

Jad apa kuncinya??

Kepercayaan dalam diri

Contoh:
kalau kita sakit tapi kita sabar jer...sedangkan hati kita meraung kesakitan...sakit tu lambat nak hilang

tapi kalau kota percaya dalam diri kita yang kita mampu harungi kesakitan tu..tengoklah kadang2 kita sendiri tak sangka yang esoknya rasa skit itu dah berkurangan..

Orang yang panas baran pun mampu menahan amarahnya kalau dia percaya dalam dirinya yang dia mampu menahan nafsu berbanding daripada dia asyik menahan sabar...silap2 bila meletus kalah gunung merapi kat Indonesia sana tu

Jadi mulai hari ini..percayalah pada diri...kerana itu akan memberi impak yg besar kepada hidup kita...percayalah kata saya...

Kadang kala bila kita jatuh kita boleh terus kekal jatuh tapi kenapa kita bangun??

~~Sebab kita percaya kita boleh bangun~~

Sekian wassalam...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...