Sunday, February 13, 2011

Valentine Vs Maulidur Rasul

Well rasanya korang sume dah tau yang hari valentine dan maulidur rasul akan menjelang tak lama lagi*ayat menjelang macam nak raya je rasanya.

Dan saya pasti semua dah tau PENGHARAMAN menyambut hari valentine.Well saya pun tau sebab hari jumaat hari tu sekolah saya ada buat ceramah pasal hari valentine ni diharamkan bagi umat islam.Nasib saya baik  sebab saya tau perkara ni ketika saya masih muda.*almaklumlah...kalau dah tua payah nak terima nasihat hik3...

Untung juga sebab ini boleh mengelakkan saya daripada terjebak ke arah keburukan lebih2 pada usia ni*asal skema sangat ayat aku hari ni???????

Arghhhh!!!!...

Apa2 pun..Jauhila perkara yang boleh mengarahkan ke penzinaan.Ada hikmah valentine ni diHARAMkan.Mungkin ada yang kata.

"What the chicken?? Valentine tuka hari berkasih sayang.Bukannya salah pun.Tu pun haram??"

Jawapan saya:oiii chicken pop!..Valentine tu cuma setahun sekali.Habis kow sayang pakwe/makwe/suami/isteri/tunang korang hanya sehari dalam 365 hari?? Kenapa haram?? sebab ianya mengarah ke zina.Lagipun ada 1 kata2 yang menyebut.

"Barang siapa yang menyerupai sesuatu kaum tu maka dia menjadi sebahagian daripada kaum itu"

atau bahasa kasarnya.MURTAD!...mungkin juga kita telah menjadi kufur.Saya bukanlah ustazah yang pandai memberi ceramah mengenai agama.Cuma hanya ingin berkongsi rasa dan ilmu.

Ada seorang cikgu memberi ucapan,kadar pembuangan bayi di negara kita semakin meningkat.Manakala kadar kelahiran bayi luar nikah yang DIDAFTARKAN di sekitar selangor adalah sebenayak xxxxx <--- kalau saya sebut anda mesti tak percaya...pssstttt...sebenarnya lupa.Tapi yang pasti hampir mencecah 5 angka.Itu hanya yang didaftarkan,macam mana yang belum didaftarkan?? dan ingat!! itu hanya di sekitar selangor bukannya seluruh Malaysia.

Tambah cikgu saya lagi,"Maka tidak hairanlah 1 hari nanti kamu (kami para pelajar) akan menerima menantu yang tidak sah taraf di sisi agama dan undang2 iaitu anak luar nikah."

Yup! bunyi agak kejam bukan?? Tapi secara realistik dan rasionalnya saya percaya kata2 cikgu saya tu.Mungkin kelak negara kita penuh dengan anak2 yang tak sah taraf.Mungkin juga dia nanti adalah pemimpin kita,menteri kita,doktor kita,dan lain2.Mungkin juga nanti nisbah anak tidak sah taraf sama banyak dengan anak halal.*macam tajuk filem plak.

Renung2kanlah.Bayangakan sekiranya kita adalah anak yang tidak sah taraf.Kerana ibu bapa kita sendiri masa depan kita gelap.Sepandai mana pun kita.Setinggi mana pun kita belajar,kerana status di sisi agama masa depan kita gelap.

Tuntasnya*ayat SPM...valentine mengarah ke zina.Bukankah baik jika kita bermuhasabah diri?? dan menyambut hari kelahiran Rasulullah?? Sedangkan rasulullah mengingati kita sepanjang hidupnya kenapa tidak kita??

Maka saya,dengan ini mengucapkan selamat menyambut maulidur rasul...

Valentine atau Maulidur Rasul?? Mana 1kah idaman hati?? tepuk dada tanya hati hentak kepala sampai keluar mentol

3 comments:

Anonymous said...

dpd sambut valentine baik sambut maulidur rasul

Raji and Yeen said...

kalau berkasih2 dgn isteri xapa juga ;D
ini dgn org yg belum ad apa2 hubungan yg sah lagi.. ish2
salam maulidur Rasul~
sama2 kita selawat keatas Nabi

Fitrah Adnan said...

stuju2..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...