Thursday, February 24, 2011
I'm Happy??
Hurmm...godek2 lappy tak tau nak buat apa carik gambar berkaitan keyword "lonely"..saya jumpa ni..
Kalau kita gembira dengan hidup kita,ada yang lebih gembira dengan hidup mereka.
Begitu juga dengan bila kita sedih dan putus asa dalam hidup,ada yang keadaannya lebih teruk daripada mereka.
Kalau mereka boleh menghadapinya kenapa tidak kita??
Kita sunyi dan bosan dengan hidup kita,tapi pernahkah kita terfikir dengan mereka yang lebih sunyi daripada kita??
Pernahkah kita terfikir nasib seseorang yang menjadi sebatang kara??
Motif entri kali ni??
"Mari kita buat perubahan kepada dunia dengan senyuman.Biarlah sesakit mana dan sepedih mana.Hanya senyuman yang mampu mengubati kedukaan.Yet,memang susah nak buat daripada cakap.Cakap senang je tak perlu modal sedangkan untuk melakukannya adalah susah.Kerana itulah kita perlu mencuba."
SEMOGA HARI ANDA SEMUA ADALAH HARI2 YANG MENCERIAKAN >o<
Saturday, February 19, 2011
Bila Hujan Turun
~Ini hanyalah rekaan semata-mata.Tiada kena mengena dengan yang hidup,sedang makan mahupun sedang tengok kartun doraemon~
Awak hari ni saya pergi ke tempat "kita".Untu pengetahuan awak tempat kita dah berubah.Dia dah tak semeriah dulu.Mungkin juga kerana awak telah tiada,tempat "kita" itupun hilang serinya.Awak dan tempat "kita" tu telah tinggalkan saya seorang diri.Saya sedang berjalan-jalan sambil mengingati kembali kenangan kita.Masa tu hati saya sedih sangat.
Langit biru sudah bertukar mendung.Bunyi guruh menggantikan bunyi kicauan burung.Hujan turun.Air mata daya dan hujan telah bersatu.Saya berharap sangat awan memahami saya.Mungkin juga awan menurunkan hujan kerana sedang bersedih sama seperti saya??.
Ketika ini saya lihat tiada matahari di langit.Kini situasi awan sama seperti saya.Matahari yang selama ini menyinarinya menghilang dalam sekelip mata.Awan pun menangis.Awak,cerita saya ni tidak masuk akal bukan??.
Awaklah matahari saya selama ini.Sepanjang perkenalan kita awak menyinari saya.Tapi pada satu hari,cahaya yang dibawa awak hilang sekelip mata.Hilang bersama-sama dengan awak.
Awak,setiap kali hari hujan akan membuatkan saya teringat kepada awak.Masa kita bertemu cuacanya hujan bukan?? awak ingat tak?? Awak berlari-lari untuk mengelakkan diri awak daripada basah.Kita berteduh di bawah satu bumbung yang sama.Ketika itulah cerita kita bermula.Tak sangka ada jodoh antara kita.
Awak ingat tak lagi pada satu hari ketika kita sudah berjanji untuk keluar bersama??. Hari hujan tapi disebabkan janji awak pada saya,awak sanggup redah hujan semata-mata nak belikan saya coklat.Awak kata bila dah janji kena kotakan agar tak bawa sampai mati.
Dan bila hujan turun jugalah punca awak tidak lagi di sisi saya.Bukankah saya dah pesan tunggu hujan berhenti??.Awak...adakah ini yang dikatakan takdir??
Kerana hujan kita berjumpa dan kerana hujan jugalah kita terpisah.
~~~~~~~~
Kini awak di depan mata saya,tapi awak seperti tidak wujud.Sedangkan satu ketika dulu kehadiran awak membawa rasa hangat.Membawa sinaran dan gelak tawa.Tapi kini semuanya telah tiada.Awak di depan mata.Nafas awak ada,dada awak turun naik tapi sayangnya awak sudah tidak bernyawa.
Sayang,
Maafkan saya kerana membuat keputusan ini.
Saya tidak mahu menanti perkara yang tak pasti.
Bukannya kerana saya sudah berputus asa,
tapi kerana kenyataannya telah tiba.
Bayi kita ini akan saya jaga dengan sebaik-baiknya.
Akan saya tunjuk gambar ayahnya kelak.
Akan saya didik bayi ini.
Akan saya ceritakan bayi ini tentang awak.
Agar dia dapat rasakan seolah-olah dia pernah melihat awak
dan seolah-olah awak pernah melihat dia.
Maafkan saya sayang,
kerana buat begini.
~~~~~~~~~~
"Puan,kami nak tutup tangki oksigen ni.Puan bersedia ye??" Hana hanya mengangguk.Dilihatnya sekujur badan yang masih bernafas kini telah pergi selama-lamanya.Sebaik sahaja tangki oksigen itu dimatikan tiada lagi deruan nafas yang keluar daripad tubuh itu.Jatuh air mata seorang isteri melihat suaminya mati kerana dia.Ya! kerana dia.Diusapnya perut yang semakin membesar itu.
"Maafkan mama ye sayang.Mama terpaksa.Mama telah bunuh papa.Maafkan mama sayang." Hana berkata sambil mengusap perutnya berulang kali.Air matanya makin galak menitis keluar.
"Puan,saya bersimpati dengan keadaan puan.Tapi ini adalah yang terbaik.Otaknya telah mati kerana kemalangan itu.Menunggu dan terus menunggu adalah perkara yang sia-sia.Mustahil untuk suami puan bangun semula.Maafkan saya."
Sesak dadanya.Melihat suami yang dicintainya pergi meninggalkan dirinya terkontang-kanting sendirian.Tapi demi anak yang dikandungnya,hidup akan diteruskan.Apabila matinya salah seorang daripada pasangan yang bercinta,seorang lagi harus teruskan hidup demi agar cinta mereka sentiasa mekar dan HIDUP.
"Abang,Hana nak sangat makan coklat yang abang pernah belikan untuk Hana dulu.Sudah dah nak dapat sekarangkam??"
"Sayang coklat tu jarang ada kat kedai biasa.Sayang nak ke?? Abang nak pergi beli ni."
"Boleh juga.Jauh ke tempatnya??"
"Awak tak payah ikutlah.Hujan ni.Lagipun tempatnya jauh.Kalau awak letih abang susah nanti."
"Kalau macam tu tunggulah esok bang.Saya boleh tunggu.Lagipun bukannya teringin sangat pun"
"Orang perempuan kalau mengandung apa yang dia nak makan,suami kena belikan.Abang pergi dulu ye sayang."
"Abang pergi esok jelah."
"Tak boleh sayang.Dah sampai masanya.Tak boleh lambat-lambat.Janga risau abang pasti akan datang balik."
"Abang datang balik rumah bawa coklat untuk Hana.Abang janjikan??"
"Abang janji sayang."
~~~~~~~~
Sekujur badan berlumuran darah.Dadanya naik turun dengan deras sekali.
"Kami jumpa ni di sebelah tempat duduk pemandu.Kami pasti ini untuk puan keran tertulis di atas kertasnya"
Satu bungkusan yang berwarna merah diserahkan kepada Hana.Bungkusan yang tertulis "Untukmu sayang,jaga bayi kita elok2.Jangan makan coklat banyak sangat.Nanti gemoxx >u<"
Bungkusan itu digenggam dengan erat sekali.Sekali lagi,hujan mulai turun membasahi bumi.
P/S:cerita ni hanyalah rekaan semata-mata...rasanya ni first time habiskan cerpen dalam satu entri betul x?? selalunya cerpen bersiri je..hehehe dah lah tu tak pernah2 nak siapkan?? hahaha...sabarlah ye? ada masa saya akan buat sambungan..
~Orang yang kita sayang adalah orang yang kita tak perlukan ketika bersama.Tetapi bila kesunyian dialah di fikiran kita~
Sunday, February 13, 2011
Valentine Vs Maulidur Rasul
Well rasanya korang sume dah tau yang hari valentine dan maulidur rasul akan menjelang tak lama lagi*ayat menjelang macam nak raya je rasanya.
Dan saya pasti semua dah tau PENGHARAMAN menyambut hari valentine.Well saya pun tau sebab hari jumaat hari tu sekolah saya ada buat ceramah pasal hari valentine ni diharamkan bagi umat islam.Nasib saya baik sebab saya tau perkara ni ketika saya masih muda.*almaklumlah...kalau dah tua payah nak terima nasihat hik3...
Untung juga sebab ini boleh mengelakkan saya daripada terjebak ke arah keburukan lebih2 pada usia ni*asal skema sangat ayat aku hari ni???????
Arghhhh!!!!...
Apa2 pun..Jauhila perkara yang boleh mengarahkan ke penzinaan.Ada hikmah valentine ni diHARAMkan.Mungkin ada yang kata.
"What the chicken?? Valentine tuka hari berkasih sayang.Bukannya salah pun.Tu pun haram??"
Jawapan saya:oiii chicken pop!..Valentine tu cuma setahun sekali.Habis kow sayang pakwe/makwe/suami/isteri/tunang korang hanya sehari dalam 365 hari?? Kenapa haram?? sebab ianya mengarah ke zina.Lagipun ada 1 kata2 yang menyebut.
"Barang siapa yang menyerupai sesuatu kaum tu maka dia menjadi sebahagian daripada kaum itu"
atau bahasa kasarnya.MURTAD!...mungkin juga kita telah menjadi kufur.Saya bukanlah ustazah yang pandai memberi ceramah mengenai agama.Cuma hanya ingin berkongsi rasa dan ilmu.
Ada seorang cikgu memberi ucapan,kadar pembuangan bayi di negara kita semakin meningkat.Manakala kadar kelahiran bayi luar nikah yang DIDAFTARKAN di sekitar selangor adalah sebenayak xxxxx <--- kalau saya sebut anda mesti tak percaya...pssstttt...sebenarnya lupa.Tapi yang pasti hampir mencecah 5 angka.Itu hanya yang didaftarkan,macam mana yang belum didaftarkan?? dan ingat!! itu hanya di sekitar selangor bukannya seluruh Malaysia.
Tambah cikgu saya lagi,"Maka tidak hairanlah 1 hari nanti kamu (kami para pelajar) akan menerima menantu yang tidak sah taraf di sisi agama dan undang2 iaitu anak luar nikah."
Yup! bunyi agak kejam bukan?? Tapi secara realistik dan rasionalnya saya percaya kata2 cikgu saya tu.Mungkin kelak negara kita penuh dengan anak2 yang tak sah taraf.Mungkin juga dia nanti adalah pemimpin kita,menteri kita,doktor kita,dan lain2.Mungkin juga nanti nisbah anak tidak sah taraf sama banyak dengan anak halal.*macam tajuk filem plak.
Renung2kanlah.Bayangakan sekiranya kita adalah anak yang tidak sah taraf.Kerana ibu bapa kita sendiri masa depan kita gelap.Sepandai mana pun kita.Setinggi mana pun kita belajar,kerana status di sisi agama masa depan kita gelap.
Tuntasnya*ayat SPM...valentine mengarah ke zina.Bukankah baik jika kita bermuhasabah diri?? dan menyambut hari kelahiran Rasulullah?? Sedangkan rasulullah mengingati kita sepanjang hidupnya kenapa tidak kita??
Maka saya,dengan ini mengucapkan selamat menyambut maulidur rasul...
Valentine atau Maulidur Rasul?? Mana 1kah idaman hati??tepuk dada tanya hati hentak kepala sampai keluar mentol

Valentine atau Maulidur Rasul?? Mana 1kah idaman hati??
Wednesday, February 2, 2011
Keadaan Sebenar Di Egypt
Salam semua...
http://luahan-hati-matika.blogspot.com/2011/01/krisis-mesirnasib-pelajar-malaysia.html (videos at egypt. must see!)
Minta jasa baik semua yang berada di Malaysia,
Tolong, tolong, tolong, sebarkan pada semua.
Tingkatkan kesedaran.
Rakyat Malaysia di Egypt perlukan bantuan kerajaan.
Secepat mungkin.
Keadaan di Egypt adalah lebih buruk dari yg anda semua tahu.
Kami lihat, media utama di Malaysia tidak ketengahkan langsung hal Egypt.
Kata TPM, "Pelajar Malaysia selamat, tidak perlu dibawa pulang."
Please, jangan bergantung pada media tempatan dah.
Go online, bukak BBC, Al-Jazeera.
BUKA MATA, banyak lagi penting dari hal pilihanraya Tenang tu.
Kenapa, kenapa, student abroad je yg banyak sebarkan hal ni???
Lepas tu, keluarga pelajar Egypt yg kt Malaysia je risau.
Korang tak risau ke?
Tolong la, aku merayu ni.
Okay, wanna know the truth???
Airport di Alexandria dah tak boleh pakai.
Balai polis di sekitar Mansoura dan Alexandria dah dipecah.
Angkatan polis diarahkan untuk tidak mengawal, kononnya untuk susahkan lagi protes.
Penjara-penjara, yes, PLURAL, di sekitar Egypt dah dipecah masuk; lebih 6000 banduan terlepas di jalan-jalan Egypt.
Pelajar2 perempuan terpaksa bergantung dengan pelajar2 lelaki untuk mengawal rumah mereka.
picture credit to krisis mesir
Aduh, tak boleh tidur aku malam ni, menunggu updates dari Egypt.
Korang, please. Aku merayu ni. Sama2 kita tolong. InshaAllah, semua akan selamat.
http://luahan-hati-matika.blogspot.com/2011/01/krisis-mesirnasib-pelajar-malaysia.html (videos at egypt. must see!)
and you. yang sedang membaca. please copy and paste entry ini di blog, di facebook, di twitter in everywhere social network you have. spread it please.
thank you. :'(
kredit to:Sherah
...Risau keadaan kak ma dan kak eru di sana...Macam manalah mereka agaknya?? Semoga selamat belaka...
Subscribe to:
Posts (Atom)