2 April 2004
Dear Diary,
Lately mamat kerek tu acting very weirdly...sungguh!..
aku ada cuba nak korek rahsia daripada mamat kerek tu tapi dia macam bizi je so aku malas nak masuk campur...takpe2 nama pun penyiasatkan?? aku tak boleh mengalah..lagi pun baik aku selesaikan projek yang aku baru dapat ni..baru ada income...lebih berbaloi daripada aku selesaikan masalah mamat kerek 2...
Grrr tapi aku nak selesaikan hal mamat kerek tu dulu! dia penuh misteri!!!...aku nak tahu juga...well biasalah sifat seorang penyiasat...selama aku masuk dalam bidang spy2 ni pun tak pernah aku jumpa manusia yang begini punya misteri..kes2 aku yang sebelum ni aku rasakan misteri pun dah tak misteri...sebabnya?? mamat kerek tu lagi misteri..kalah kes2 aku yang lama dulu..
Lagipun aku tak dapat nak selidik latar belakang dia...semua biodata dia tidak wujud dalam fail2 syarikat..ini yang menambahkan misteri...nape erk??
Dia ni penjenayah yang dipaksa bekerja dengan pihak kami ke??? grrr creepy...
semoga misteri tentang mamat kerek tu terbongkar...sooner or later...
wish me ye my dear diary
12 April 2004
Dear Diary,
Dah 2 hari aku nak bongkar latar belakang mamat kerek 2...tapi hasilnya?? hurrmmm langsung tak mencapai tahap yang memuaskan hati aku...Habis semua office-mate aku tanya..tapi dorang pun tak tau sangat tentang mamat kerek yang bernama Adam ni..
tengok! nama penuh dia pun aku tak tau..Muhammad Adam ke?? Khairul Adam ke?
ntah2 kacang bAdam...keh..keh...keh..sebab tu dia sorok nama dia...
takpe2..dia cabar aku erk??
tengoklah kau...aku akan bongkarkan segalanya tentang kau...sebab aku rasa tak sedap hati sejak kau wujud dalam hidup aku...Adam...aku pasti dia ni ada niat jahat...
Tapi betul ke?? Diary..betul ke??
kalau tanya hati aku pun tak pasti..tapi secara realistiknya...mesti ada rahsia...sebabnya fail mengenai dia or latar belakang dia tak wujud dalam syarikat tu..seolah2 dia memang tak wujud...
Atau??
Aku sahaja yang melihat dia??
Oh tidak!!!...aku belum gila..
belumkan dear diary??
Terhenti Di Sini Eps.1
No comments:
Post a Comment