Friday, April 29, 2011

Gadis yang pekak,buta dan bisu

Ini hanya cerita.Sekirang ada persamaan sekadar kebetulan.

Seorang gadis berusia 16 tahun telah kehilangan ahli keluarga dalam sebuah kebakaran.Seorang wartawan wanita berasa hairan melihat akan reaksi gadis itu.Reaksi yang ditonjolkannya berbeza berbanding mangsa2 kebakaran yang lain.Selalunya si mangsa akan mengalami trauma tapi tidak gadis itu.Lalu wartawan wanita itu mendekati gadis itu.

Wanita:Adik,kamu ialah ahli keluarga mangsa bukan??

Gadis itu hanya menggangguk.

Wanita:Kamu sungguh tabah.Saya bersimpati.

Gadis itu hanya membisu.

Wanita:Siapa nama kamu?.

Gadis itu tidak memberikan reaksi.

Wanita:Saya Fadilah,seorang wartawan.

Wanita itu mencuba untuk menarik minat si gadis untuk berbual.Niatnya untuk menenangkan si gadis.Agar si gadis tidak berasa kesunyian.

Wanita:Kamu mahu menangis?? Saya sedia untuk itu.Saya akan berada di sisi kamu.

Gadis itu mendongak ke arah wanita itu.

Gadis:Kenapa saya perlu menangis??

Wanita itu berasa hairan dengan pertanyaan gadis di depannya itu.

Wanita:Tidakkah kamu berasa sedih akan kematian ahli keluargamu??

Gadis:Saya sedih tapi saya tak perlu menangis.Mengapa perlu menangis di dalam dunia yang indah ini??

Wanita:Kalau benar kamu bersedih bukankah kamu perlu menangis?? Sama seperti kamu bergembira kamu perlu ketawa.Benarkah dunia ini indah?? Apa yang menyebabkan kamu kata begitu wahai gadis??

Gadis:Dunia ini indah apabila kita ketawa tetapi tidak apabila kita menangis wahai kakak.Selama 16 tahun saya hidup di dunia ini dan saya tahu bahawa dunia ini indah.

Wanita:Kamu sungguh aneh.

Gadis:Ianya aneh apabila manusia menangis kesedihan kerana kehilangan dalam dunia ini kakak.

Wanita:Apa petua kamu dalam melihat dunia ini??

Gadis:Ibu saya telah meninggal dunia ketika saya berumur 13 tahun.Ayah saya jatuh sakit akibat kemalangan di tempat kerja.Manakala kakak saya berhenti sekolah untuk menyara hidup kami.Setiap kali saya ingin menangis kesedihan,kakak saya halang.Katanya...

"Seandainya kamu mendengar tangisan kesedihan,jeritan ketakutan dan kelemahan manusia tutuplah telingamu dengan rapat.Agar kamu tidak mendengar tentang kesedihan hidup ini.
Sekiranya kamu melihat peperangan,kesedihan,kebencian dan kelakuan buruk manusia tutuplah matamu dengan erat agar kamu tidak melihat tompok hitam hidup ini.
Seandainya kamu ingin menangis kesedihan,menjerit dan memarahi sesuatu tutuplah mulutmu kuat agar kamu dapat menahan diri dan mendapat kesabaran dalam menjalani hidup ini."

Dialah akan menutup telinga,mata dan mulut saya.
Jadi saya menahan tangisan kesedihan saya sekarang agar saya dapat kekuatan untuk menangis kegembiraan pada masa akan datang.

Wanita:Ibu kamu pun sering kata begitu??

Gadis itu mengangguk.

Wanita:Tetapi kini ibumu dan kakakmu sudah tiada.Siapa yang akan menutup mata,telinga dan mulutmu??

Gadis:Saya sendiri.Kini sudah tiba masa saya menghadapinya.

Wanita:Jadi kamu tidak menangis kesedihan kerana kehilangan??

Gadis:Tidak kerana saya mendapat kelebihan.

Wanita itu hairan

Gadis:Kesabaran dalam hati dan kasih sayang daripada Allah.Bukankah Allah tidak akan menguji hamba-Nya lebih daripada kemampuan mereka?? Apabila kita diuji ini menandakan kita diingati oleh Allah.Dugaan juga bererti Allah sayang pada kita.Bukankah begitu kakak??

Wartawan wanita itu menggangguk perlahan dan tersenyum.Tidak ada lagi kasih sayang yang paling besar daripada kasih sayang seorang ibu kepada anaknya melainkan kasih sayang pencipta kepada hamba-nya.

"Hidup memang tak mudah kerana itulah kita perlu berusaha gar ianya mudah.Semoga hari2 anda yang mendatang adalah hari2 yang menggembirakan."

Saturday, April 16, 2011

Sebab Hidup Memang Begitu

Halooppp....
Lama tak dengar citer...
Sihat??

Lama tak jenguk blog ni..
Almaklumlah...budak spm...bizi3....

Sapa pernah menangis dalam hidup dia??
Sapa pernah ketawa dalam hidup dia??
Sapa pernah buat salah dalam hidup dia??

Anda pernah bukan??
saya pun sama..
Sebabnya?? Kita ni manusia yang bukan maksum(terpelihara drpd melakukan dosa)

Dalam beberapa bulan dah banyak perkara berlaku...cuma saya tak sempat nak kongsi jer...

Cuma apa yang saya nak simpulkan di sini ialah..

walau macam mana sekali pun susahnya hidup ini...kita perlu harunginya..
tapi SABAR itu bukan kuncinya..

Aik??

Pelik??

Berapa orang yang ada sifat sabar yang banyak??
Kadanga kala orang yang benar2 sabar pun boleh kalah dalam hidup ini..

Jad apa kuncinya??

Kepercayaan dalam diri

Contoh:
kalau kita sakit tapi kita sabar jer...sedangkan hati kita meraung kesakitan...sakit tu lambat nak hilang

tapi kalau kota percaya dalam diri kita yang kita mampu harungi kesakitan tu..tengoklah kadang2 kita sendiri tak sangka yang esoknya rasa skit itu dah berkurangan..

Orang yang panas baran pun mampu menahan amarahnya kalau dia percaya dalam dirinya yang dia mampu menahan nafsu berbanding daripada dia asyik menahan sabar...silap2 bila meletus kalah gunung merapi kat Indonesia sana tu

Jadi mulai hari ini..percayalah pada diri...kerana itu akan memberi impak yg besar kepada hidup kita...percayalah kata saya...

Kadang kala bila kita jatuh kita boleh terus kekal jatuh tapi kenapa kita bangun??

~~Sebab kita percaya kita boleh bangun~~

Sekian wassalam...

Saturday, March 12, 2011

Saya Sedih...Berani Dorang Sentuh Saya??

Badan saya tetibe je kaku...Bila nampak dorang gerenti saya akan larikan diri...Apa salah saya?? Saya tak kacau dorang pun.Sampai ati dorang sentuh saya..

Bila saya disentuh tu,nafas saya terhenti...Bayangkan macam mana keadaan saya.Sedangkan kalau saya nampak dorang pun saya dah lari inikan bila dorang betul2 kat tepi saya tambahan pula,dorang SENTUH saya...

Tapi saya bukan boleh buat apa2 pun.Series saya takut dan cuak giler dengan dorang...

Dah lama dah saya tak jumpa dorang..Tahun ni mungkin semalam baru saya jumpa.Bukan satu tapi TIGA!!!...wah2...bawak geng kot.Dorang mungkin tau saya takut dengan dorang sebab tu dorang berani kacau saya lebih2 lagi bila mak saya takde.Bermaharajalela betul!...

Series dam aji!

Dorang ni memang saya dah jadikan musuh tradisi sejak kecil lagi.Well tak tau nape memang saya tak leh cope dengan dorang..tapi apa hak dorang nak sentuh2 saya?? stupid tol!

Saya tak kacau pun hidup dorang...berani je tetiba datang serang saya.Mentang2lah saya takut dengan dorang..

Citernye begini:
Semalam,dorang datang memula 1 je yang datang pastu datang lagi 1 dan 1 lagi tapi dorang serang saya asing2...yang buat saya shot bertambah bengang tu,yang nombor 3...berani dia sentuh saya?? Dam aji betul!...
pastu boleh dia antar yang kecik nak serang saya tak lama kemudian...wah!! walaupun dia tu kecik cinonet..saya tetap takut...Masa tu darah gemuruh saya datang.Lepas kena serang dengan yang pertama tu saya jadi ati2...hope yang lain tak nampak saya...tapi sangkaan saya jauh meleset dan terpesong..Dorang power..ada kuasa telepati gamaknya.Lepas kena serang tangan saya jadi sejuk.saya jadi sedih..saya takut sangat dan berdebar2..well of coz lah takut an??..korang takkan tak takut biler jumpa musuh?? saya takut..jujur ni memang saya takut

Ya saya takut...
Saya betul2 takut..
Saya takut dengan LIPAS!!!

Ini ibulah ni...Ibu g serang rumah dorang pastu dorang serang saya ramai2..apa kes??
Dah macam movie dah...nak lumpuhkan musuh gunekan orang terdekat...
Masyarakat lipas ni berdendam dengan ibu saya,saya pula yang dijadikan mangsa...ToT
Tak pasal2 semalam tak cukup tidur...Asyik2 kena serang je...Berani betul mereka sekarang...Sampai ke atas katil saya dorang naik...Siot kuasa dua!

Napalah ibu dengan masyarakat lipas berperang saya yang kena?? Haiissshhh...= ="
Kalaulah boleh mengadu perkara ni ke pihak berwajib dah lama saya lakukan...haishhh....

Soalan SPM 2022;
Korang takut lipas tak??

P/s:tajuk entri ni power x??

Tuesday, March 8, 2011

Mood saya sekarang


Lamakan saya tak post entri?? well miggu exam kini kembali...
Ada masa kita borak2 lagi..muaxxx...

Tuesday, March 1, 2011

Happy Birthday!!

happy besday to me...
happy besday to me...
happy besday to me~~~.....
happy besday to me...hahaha..



p/s:tak sangka umur dah 17 pasal perangai masih lagi macam budak2...

grrr lepas ni kena bertaubat nak kacau2 orang*harapan~~..

P/S lagi: Esok ada perlawanan bowling  doakan saya berjaya ye?? menang kalah belakang citer hope saya buat yang terbaik..hahahaha..muaaaxxxxx

Thursday, February 24, 2011

I'm Happy??


Hurmm...godek2 lappy tak tau nak buat apa carik gambar berkaitan keyword "lonely"..saya jumpa ni..

Kalau kita gembira dengan hidup kita,ada yang lebih gembira dengan hidup mereka.
Begitu juga dengan bila kita sedih dan putus asa dalam hidup,ada yang keadaannya lebih teruk daripada mereka.

Kalau mereka boleh menghadapinya kenapa tidak kita??

Kita sunyi dan bosan dengan hidup kita,tapi pernahkah kita terfikir dengan mereka yang lebih sunyi daripada kita??

Pernahkah kita terfikir nasib seseorang yang menjadi sebatang kara??

Motif entri kali ni??

"Mari kita buat perubahan kepada dunia dengan senyuman.Biarlah sesakit mana dan sepedih mana.Hanya senyuman yang mampu mengubati kedukaan.Yet,memang susah nak buat daripada cakap.Cakap senang je tak perlu modal sedangkan untuk melakukannya adalah susah.Kerana itulah kita perlu mencuba."

SEMOGA HARI ANDA SEMUA ADALAH HARI2 YANG MENCERIAKAN >o<

Saturday, February 19, 2011

Bila Hujan Turun




~Ini hanyalah rekaan semata-mata.Tiada kena mengena dengan yang hidup,sedang makan mahupun sedang tengok kartun doraemon~


Awak hari ni saya pergi ke tempat "kita".Untu pengetahuan awak tempat kita dah berubah.Dia dah tak semeriah dulu.Mungkin juga kerana awak telah tiada,tempat "kita" itupun hilang serinya.Awak dan tempat "kita" tu telah tinggalkan saya seorang diri.Saya sedang berjalan-jalan sambil mengingati kembali kenangan kita.Masa tu hati saya sedih sangat.

Langit biru sudah bertukar mendung.Bunyi guruh menggantikan bunyi kicauan burung.Hujan turun.Air mata daya dan hujan telah bersatu.Saya berharap sangat awan memahami saya.Mungkin juga awan menurunkan hujan kerana sedang bersedih sama seperti saya??.

Ketika ini saya lihat tiada matahari di langit.Kini situasi awan sama seperti saya.Matahari yang selama ini menyinarinya menghilang dalam sekelip mata.Awan pun menangis.Awak,cerita saya ni tidak masuk akal bukan??.

Awaklah matahari saya selama ini.Sepanjang perkenalan kita awak menyinari saya.Tapi pada satu hari,cahaya yang dibawa awak hilang sekelip mata.Hilang bersama-sama dengan awak.

Awak,setiap kali hari hujan akan membuatkan saya teringat kepada awak.Masa kita bertemu cuacanya hujan bukan?? awak ingat tak?? Awak berlari-lari untuk mengelakkan diri awak daripada basah.Kita berteduh di bawah satu bumbung yang sama.Ketika itulah cerita kita bermula.Tak sangka ada jodoh antara kita.

Awak ingat tak lagi pada satu hari ketika kita sudah berjanji untuk keluar bersama??. Hari hujan tapi disebabkan janji awak pada saya,awak sanggup redah hujan semata-mata nak belikan saya coklat.Awak kata bila dah janji kena kotakan agar tak bawa sampai mati.

Dan bila hujan turun jugalah punca awak tidak lagi di sisi saya.Bukankah saya dah pesan tunggu hujan berhenti??.Awak...adakah ini yang dikatakan takdir??

Kerana hujan kita berjumpa dan kerana hujan jugalah kita terpisah.

~~~~~~~~

Kini awak di depan mata saya,tapi awak seperti tidak wujud.Sedangkan satu ketika dulu kehadiran awak membawa rasa hangat.Membawa sinaran dan gelak tawa.Tapi kini semuanya telah tiada.Awak di depan mata.Nafas awak ada,dada awak turun naik tapi sayangnya awak sudah tidak bernyawa.

Sayang,
Maafkan saya kerana membuat keputusan ini.
Saya tidak mahu menanti perkara yang tak pasti.
Bukannya kerana saya sudah berputus asa,
tapi kerana kenyataannya telah tiba.

Bayi kita ini akan saya jaga dengan sebaik-baiknya.
Akan saya tunjuk gambar ayahnya kelak.
Akan saya didik bayi ini.
Akan saya ceritakan bayi ini tentang awak.
Agar dia dapat rasakan seolah-olah dia pernah melihat awak
dan seolah-olah awak pernah melihat dia.

Maafkan saya sayang,
kerana buat begini.
~~~~~~~~~~

"Puan,kami nak tutup tangki oksigen ni.Puan bersedia ye??" Hana hanya mengangguk.Dilihatnya sekujur badan yang masih bernafas kini telah pergi selama-lamanya.Sebaik sahaja tangki oksigen itu dimatikan tiada lagi deruan nafas yang keluar daripad tubuh itu.Jatuh air mata seorang isteri melihat suaminya mati kerana dia.Ya! kerana dia.Diusapnya perut yang semakin membesar itu.
"Maafkan mama ye sayang.Mama terpaksa.Mama telah bunuh papa.Maafkan mama sayang." Hana berkata sambil mengusap perutnya berulang kali.Air matanya makin galak menitis keluar.

"Puan,saya bersimpati dengan keadaan puan.Tapi ini adalah yang terbaik.Otaknya telah mati kerana kemalangan itu.Menunggu dan terus menunggu adalah perkara yang sia-sia.Mustahil untuk suami puan bangun semula.Maafkan saya."

Sesak dadanya.Melihat suami yang dicintainya pergi meninggalkan dirinya terkontang-kanting sendirian.Tapi demi anak yang dikandungnya,hidup akan diteruskan.Apabila matinya salah seorang daripada pasangan yang bercinta,seorang lagi harus teruskan hidup demi agar cinta mereka sentiasa mekar dan HIDUP.
"Abang,Hana nak sangat makan coklat yang abang pernah belikan untuk Hana dulu.Sudah dah nak dapat sekarangkam??"

"Sayang coklat tu jarang ada kat kedai biasa.Sayang nak ke?? Abang nak pergi beli ni."

"Boleh juga.Jauh ke tempatnya??"

"Awak tak payah ikutlah.Hujan ni.Lagipun tempatnya jauh.Kalau awak letih abang susah nanti."

"Kalau macam tu tunggulah esok bang.Saya boleh tunggu.Lagipun bukannya teringin sangat pun"

"Orang perempuan kalau mengandung apa yang dia nak makan,suami kena belikan.Abang pergi dulu ye sayang."

"Abang pergi esok jelah."

"Tak boleh sayang.Dah sampai masanya.Tak boleh lambat-lambat.Janga risau abang pasti akan datang balik."

"Abang datang balik rumah bawa coklat untuk Hana.Abang janjikan??"

"Abang janji sayang."

~~~~~~~~
Sekujur badan berlumuran darah.Dadanya naik turun dengan deras sekali.

"Kami jumpa ni di sebelah tempat duduk pemandu.Kami pasti ini untuk puan keran tertulis di atas kertasnya"

Satu bungkusan yang berwarna merah diserahkan kepada Hana.Bungkusan yang tertulis "Untukmu sayang,jaga bayi kita elok2.Jangan makan coklat banyak sangat.Nanti gemoxx >u<"

Bungkusan itu digenggam dengan erat sekali.Sekali lagi,hujan mulai turun membasahi bumi.

P/S:cerita ni hanyalah rekaan semata-mata...rasanya ni first time habiskan cerpen dalam satu entri betul x?? selalunya cerpen bersiri je..hehehe dah lah tu tak pernah2 nak siapkan?? hahaha...sabarlah ye? ada masa saya akan buat sambungan..

~Orang yang kita sayang adalah orang yang kita tak perlukan ketika bersama.Tetapi bila kesunyian dialah di fikiran kita~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...