Saturday, February 19, 2011
Bila Hujan Turun
~Ini hanyalah rekaan semata-mata.Tiada kena mengena dengan yang hidup,sedang makan mahupun sedang tengok kartun doraemon~
Awak hari ni saya pergi ke tempat "kita".Untu pengetahuan awak tempat kita dah berubah.Dia dah tak semeriah dulu.Mungkin juga kerana awak telah tiada,tempat "kita" itupun hilang serinya.Awak dan tempat "kita" tu telah tinggalkan saya seorang diri.Saya sedang berjalan-jalan sambil mengingati kembali kenangan kita.Masa tu hati saya sedih sangat.
Langit biru sudah bertukar mendung.Bunyi guruh menggantikan bunyi kicauan burung.Hujan turun.Air mata daya dan hujan telah bersatu.Saya berharap sangat awan memahami saya.Mungkin juga awan menurunkan hujan kerana sedang bersedih sama seperti saya??.
Ketika ini saya lihat tiada matahari di langit.Kini situasi awan sama seperti saya.Matahari yang selama ini menyinarinya menghilang dalam sekelip mata.Awan pun menangis.Awak,cerita saya ni tidak masuk akal bukan??.
Awaklah matahari saya selama ini.Sepanjang perkenalan kita awak menyinari saya.Tapi pada satu hari,cahaya yang dibawa awak hilang sekelip mata.Hilang bersama-sama dengan awak.
Awak,setiap kali hari hujan akan membuatkan saya teringat kepada awak.Masa kita bertemu cuacanya hujan bukan?? awak ingat tak?? Awak berlari-lari untuk mengelakkan diri awak daripada basah.Kita berteduh di bawah satu bumbung yang sama.Ketika itulah cerita kita bermula.Tak sangka ada jodoh antara kita.
Awak ingat tak lagi pada satu hari ketika kita sudah berjanji untuk keluar bersama??. Hari hujan tapi disebabkan janji awak pada saya,awak sanggup redah hujan semata-mata nak belikan saya coklat.Awak kata bila dah janji kena kotakan agar tak bawa sampai mati.
Dan bila hujan turun jugalah punca awak tidak lagi di sisi saya.Bukankah saya dah pesan tunggu hujan berhenti??.Awak...adakah ini yang dikatakan takdir??
Kerana hujan kita berjumpa dan kerana hujan jugalah kita terpisah.
~~~~~~~~
Kini awak di depan mata saya,tapi awak seperti tidak wujud.Sedangkan satu ketika dulu kehadiran awak membawa rasa hangat.Membawa sinaran dan gelak tawa.Tapi kini semuanya telah tiada.Awak di depan mata.Nafas awak ada,dada awak turun naik tapi sayangnya awak sudah tidak bernyawa.
Sayang,
Maafkan saya kerana membuat keputusan ini.
Saya tidak mahu menanti perkara yang tak pasti.
Bukannya kerana saya sudah berputus asa,
tapi kerana kenyataannya telah tiba.
Bayi kita ini akan saya jaga dengan sebaik-baiknya.
Akan saya tunjuk gambar ayahnya kelak.
Akan saya didik bayi ini.
Akan saya ceritakan bayi ini tentang awak.
Agar dia dapat rasakan seolah-olah dia pernah melihat awak
dan seolah-olah awak pernah melihat dia.
Maafkan saya sayang,
kerana buat begini.
~~~~~~~~~~
"Puan,kami nak tutup tangki oksigen ni.Puan bersedia ye??" Hana hanya mengangguk.Dilihatnya sekujur badan yang masih bernafas kini telah pergi selama-lamanya.Sebaik sahaja tangki oksigen itu dimatikan tiada lagi deruan nafas yang keluar daripad tubuh itu.Jatuh air mata seorang isteri melihat suaminya mati kerana dia.Ya! kerana dia.Diusapnya perut yang semakin membesar itu.
"Maafkan mama ye sayang.Mama terpaksa.Mama telah bunuh papa.Maafkan mama sayang." Hana berkata sambil mengusap perutnya berulang kali.Air matanya makin galak menitis keluar.
"Puan,saya bersimpati dengan keadaan puan.Tapi ini adalah yang terbaik.Otaknya telah mati kerana kemalangan itu.Menunggu dan terus menunggu adalah perkara yang sia-sia.Mustahil untuk suami puan bangun semula.Maafkan saya."
Sesak dadanya.Melihat suami yang dicintainya pergi meninggalkan dirinya terkontang-kanting sendirian.Tapi demi anak yang dikandungnya,hidup akan diteruskan.Apabila matinya salah seorang daripada pasangan yang bercinta,seorang lagi harus teruskan hidup demi agar cinta mereka sentiasa mekar dan HIDUP.
"Abang,Hana nak sangat makan coklat yang abang pernah belikan untuk Hana dulu.Sudah dah nak dapat sekarangkam??"
"Sayang coklat tu jarang ada kat kedai biasa.Sayang nak ke?? Abang nak pergi beli ni."
"Boleh juga.Jauh ke tempatnya??"
"Awak tak payah ikutlah.Hujan ni.Lagipun tempatnya jauh.Kalau awak letih abang susah nanti."
"Kalau macam tu tunggulah esok bang.Saya boleh tunggu.Lagipun bukannya teringin sangat pun"
"Orang perempuan kalau mengandung apa yang dia nak makan,suami kena belikan.Abang pergi dulu ye sayang."
"Abang pergi esok jelah."
"Tak boleh sayang.Dah sampai masanya.Tak boleh lambat-lambat.Janga risau abang pasti akan datang balik."
"Abang datang balik rumah bawa coklat untuk Hana.Abang janjikan??"
"Abang janji sayang."
~~~~~~~~
Sekujur badan berlumuran darah.Dadanya naik turun dengan deras sekali.
"Kami jumpa ni di sebelah tempat duduk pemandu.Kami pasti ini untuk puan keran tertulis di atas kertasnya"
Satu bungkusan yang berwarna merah diserahkan kepada Hana.Bungkusan yang tertulis "Untukmu sayang,jaga bayi kita elok2.Jangan makan coklat banyak sangat.Nanti gemoxx >u<"
Bungkusan itu digenggam dengan erat sekali.Sekali lagi,hujan mulai turun membasahi bumi.
P/S:cerita ni hanyalah rekaan semata-mata...rasanya ni first time habiskan cerpen dalam satu entri betul x?? selalunya cerpen bersiri je..hehehe dah lah tu tak pernah2 nak siapkan?? hahaha...sabarlah ye? ada masa saya akan buat sambungan..
~Orang yang kita sayang adalah orang yang kita tak perlukan ketika bersama.Tetapi bila kesunyian dialah di fikiran kita~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
amboi bestnya cerita. mana datang idea nie? dah semakin bagus.
hahaha..cik b..masa tu tgh dgr lagu...tetibe je idea dtg..buat je..trima kasih...
fda suka ujan! fda suka entry ni!
fda:hahaha..terima kasih...ujan memang best..sbb dapat main ujan..
huhu sedihnya cerita der T.T
best2 wat lagi cerpen ak nk baca owh..
raji:hahaha..mekasih..t kalau ada masa adala lagi..
good.. teruskan lagi..
kat sini pun asyik hujan jer..huhuhu
Post a Comment