Hari ini adalah permulaan baru bagi Nurul Farahana binti Mohd Harris.Semalam bagaikan satu mimpi bagi dirinya.Hari ini status dirinya berubah sekelip mata.Tunangan orang.Farah hanya tersenyum sendiri apabila menyebut status dirinya itu.Perasaannya bercampur baur.Ada gembira,ada takut dan ada juga perasaan malu.Malu kerana Nazri tidak habis-habis mengusiknya semalam sampai merah padam mukanya ketika itu.Ingin saja dia tutup mulut Nazri itu.Namun dia tahu mulut Nazri itu bukannya mulut tempayan yang boleh ditutup.Kalau mulut tempayan,dah lama aku simenkan.Percuma tak perlu bayar.Farah berkata sendiri.
"Malunya..." Jerit Farah apabila mengingati kembali kata-kata Nazri malam tadi.Bergema rumah dua tingkat itu dengan jeritan Farah yang tak ubah seperti suara Ziana Zain ketika menyanyi lagu not tinggi.
"Kenapa dengan anak dara awak tu,Zah.Kena sawan rindu ke?" Seloroh Encik Harris.Puan Azizah yang mendengar hanya tersenyum manis.
"Adalah tu yang tak kena.Lagipun dia tu kan anak abang jugak.Bukannya anak saya sorang." Balas Puan Azizah.Sesekali ingin juga dia mengenakan Encik Harris.Encik Harris yang menyedari dirinya disindir hanya tersenyum sumbing.Aduh! sekali terkena daa..
"Assalammualaikum..Morning bah,bu." Sapa Farah yang tiba-tiba saja muncul.Encik Harris dan Puan Azizah segera menjawab salam yang diberi.Farah yang baru saja muncul itu perasan akan suasana yang berlainan daripada biasa.Dipandang abah dengan ibunya.Ada sesuatu yang berlaku ni dan aku terlepas peristiwa itu.Apa yang berlaku.Ingin saja Farah menyatakan soalan itu namun tak terluah.
"Is there anything that you would like to know my dear?" Soal Puan Azizah setelah melihat perilaku anaknya yang seperti ingin bertanya sesuatu.Di tambahkan lagi,dengan wajah anaknya yang kelihatan blur.Awal-awal pagi lagi muka dah toya.Buruknya muka, silap hari bulan lagi lawa patung lembut pooh milik Laila itu.
"Yes! yes! yes!.Kakak yakin that only you guys have the answer." Balas Farah.Alang-alang orang sudah bertanya.Rezeki jangan ditolak,musuh jangan dicari.Kata Farah kepada diri sendiri.Seraya dia tersengih sendiri.
"Abah bukannya kaunter pertanyaan.Ask your mother,She might have the answer." Gurau Encik Harris.Farah yang mendengar segera menarik muka empat belas.Lalu berpaling ke arah Puan Azizah yang berada di sampingnya.Encik Harris yang melihat hanya tersenyum kecil.Puan Azizah hanya mampu bergeleng.Dua beranak ni,kalau bergurau,sakan tapi kalau bergaduh...masyaallah.Kucing dengan anjing tengok pun boleh pengsan.
"Oh ya.Apa yang kakak nak tanya tadi?" Soal Puan Azizah.Farah segera berkalih tempat yang lebih selesa.Di pandang ibunya dengan pandangan yang penuh mengharap.
"Did I miss something?"Soal Farah.
"Of course you do.Your fiance,Azam Syawal." Segera Encik Harris membalas dengan muka yang selamba.Dia tahu apa yang dimaksudkan oleh Farah namun sengaja tidak mengendahkannya.Farah yang mendengar ayat yang meluncur keluar daripada mulut Encik Harris berubah muka.Dia tidak sangka bahawa dia terkena lagi.Apatah berkaitan dengan tunangnya itu.Huh! abah ni kalau kenakan orang,nombor satu.Tapi kalau orang kenakan dia,seminggu pun belum tentu hilang rajuknya itu.Macam budak-budak.Farah berkata sendirian.Tak senonoh betul anak mengumpat bapanya sendiri.Farah mengutuk dirinya sendiri.
"Abang,sudahlah tu.Poor her.Farah,tadikan abah nak kenakan ibu,apa lagi ibu balaslah and guess what?abah kalah." Cerita Puan Azizah sambil ketawa kecil.Farah yang mendengar segera tersenyum kecil.Rasa ingin tahunya membuak-buak.
"Ceritalah bu,macam mana abah boleh kalah?” Tanya Farah sambil menjeling ke arah abahnya.
Puan Azizah menceritakan segalanya.Farah yang mendengar turut ketawa.Dia tahu bukan mudah untuk melawan kata dengan abahnya itu.Ada saja ayat yang akan keluar daripada mulut Encik Harris yang kadang kala tidak terfikir oleh kita semua.Encik Harris hanya memerhatikan kedua-dua wanita kesayangannya itu.Gembira rasa di hatinya melihat kedua-duanya ketawa.Dia tidak kisah jika wanita-wanita yang berada di hadapannya itu ketawa mengenainya asalkan kedua-duanya gembira.Tiba-tiba fikirannya melayang.Dia teringatkan Nazri.Satu-satunya ‘anak’ lelakinya.Sendu mula menguasai dirinya.Dia tahu pemuda itu sedikit terasa dengan perangainya semalam.Namun semuanya dilakukan bersebab.Encik Harris mengeluh perlahan.Adakah tindakannya wajar atau dia hanya sekadar mengikut rasa hatinya sahaja? Encik Harris tidak mendapat jawapannya.Puan Azizah dan Farah yang mendengar keluhan Encik Harris segera berpaling ke arahnya.Encik Harris yang menyedari ada mata-mata yang memandangnya segera bangun.Kakinya menuju ke laman rumah.Laman yang semalamnya riuh dengan sedara mara dan jiran tetangga.Dia duduk di atas kerusi kayu jati yang di letakkan di satu sudut berhadapan gazebo yang berwarna coklat.Puan Azizah dan Farah yang memerhatikan tingkah laku Encik Harris diserbu rasa hairan.Apakah abah terasa dengan perilaku mereka? Duga Farah.Mustahil.Abah bukan begitu orangnya.
“Kenapa dengan abah bu? Tanya Farah kepada Puan Azizah.Puan Azizah juga seperti Farah.Dia tidak mengetahui apa yang berlaku kepada suaminya itu.Namun tidak pula dia pergi mengganggu Encik Harris.Dia hanya membiarkan Encik Harris bersendirian.
Tengah hari itu,Nazri datang dengan keretanya.Jarang dia membawa kereta,melainkan untuk membawa Farah keluar.Ya,Farah adalah satu-satunya gadis yang pernah menaiki kereta kesayangannya itu.Uminya tidak dikira kerana wanita itulah orang pertama yang ‘merasmikan’ keretanya.Mengapa dia memiliki kereta itu juga hanya keluarga Farah yang mengetahuinya.Itu juga menjadi punca mengapa dia jarang menggunakan keretanya.
“Assalammualaikum...” Nazri memberi salam.Puan Azizah yang menyedari akan kehadiran pemuda itu segera menjawab salam yang diberi oleh Nazri.
“Masuklah Naz,nanti ibu panggil Farah.” Kata Puan Azizah sebaik saja pemuda itu menhampirinya.Puan Azizah berlalu.Nazri terasa janggal sedangkan ini bukannya kali pertama dia menjejakkan kakinya di rumah besar ini.Arghh!!..Insiden semalam benar-benar memberi kesan kepadanya.Salahkah dia berkawan dengan seseorang yang berlainan jantina.Dia bukannya melakukan perkara yang terkutuk.Nazri hanya mampu mengeluh perlahan.Tanpa disedarinya,Encik Harris memandangnya dengan wajah yang serba salah.Encik Harris ingin menegur pemuda yang dianggap ‘anaknya’ itu.Namun dia gusar sekiranya pemuda itu melarikan dirinya.Bukan tidak pernah dia memarahi pemuda itu.Pernah namun itulah yang akan menjadi yang terakhir.Janjinya pada diri sendiri.Dia tidak mahu sejarah berulang.Tidak sanggup rasanya melukakan hati ‘anak’ sendiri.Dia hanya mampu mengeluh kecil.Keluhan Encik Harris didengari oleh Nazri.Dia terkaku.Tidak menyangka bahawa Encik Harris ada berdekatan dengannya.Nazri cuba tersenyum,namun tidak berjaya.Mulutnya terasa ketat.Dia hanya mampu memandang wajah Encik Harris dengan debaran di dadanya.Encik Harris yang menyedari perubahan di wajah tampan Nazri hanya tersenyum nipis.Biarlah dia reda dulu.Encik Harris berkata sendiri.
“Naz.” Panggil Farah.
“Farah dah siap dah ni.Jomlah” Sambung Farah lagi.Namun Nazri seakan-akan tiada di situ.Fikirannya melayang jauh.Segera kakinya melangkah.Farah yang berada berhampiran hanya memandang.Dia kebingungan.Apa yang telah berlaku,Farah bertanya sendiri.Aku ada buat salah ke.Segera dia mengekori Nazri.Tiba-tiba langkahnya terhenti.Abah! Farah bersuara kecil.Abah marah Naz lagi ke.Kalau tak takkan Naz berjalan ke arah abah.Farah pasti dia tidak salah.Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.Dia gusar sekiranya sesuatu yang buruk berlaku di antara Encik Harris dengan Nazri.Segera dia berlari anak.Dia ingin menghentikan pergerakkan Nazri.Dia melihat Nazri semakin hampir dengan Encik Harris.Lariannya dilajukan.Encik Harris yang menyedari akan kehadiran Nazri segera berdiri.Dia terkejut dan kehairanan.Bukankah tadi dia ingin melarikan diri daripada aku? Tapi mengapa sekarang...Kata-kata yang bermain di hati Encik Harris terhenti apabila Nazri sudah berada di depannya.Farah kaget.Namun lariannya terhenti apabila melihat tindakan Nazri.Dia mengeluh kecil.Lelah lari anaknya mula terasa.
No comments:
Post a Comment