Wednesday, February 15, 2012

"Maaf"

Hey hey hey!!
Penulis blog yang tak bertanggungjawab ni dah kembali...Mari kita lihat kali ni utk berapa lama dia kembali aktif..hohoho..

Maaf...sapa tak pernha dengar perkataan ni pergi makan jagung*ok memang takde kena mengena
Sapa tak pernah minta maaf?? tak baik tipu~~~...t masuk neraka tau*ni tak tipu punya.

Maaf<----dulu perkataan ni merupakan perkataan mahal.Orang kata hanya dengan sebut perkataan ni mampu melembutkan hati orang yang kita luka..but hey tu dulu..sekarang perkataan ni dah terlalu murah..(maafkan saya sekiranya ada yang tidak bersetuju) Sebab?? Ramai orang gunakan perkataan ni suka suki ayam kentaki dia jer...tapi sejauh mana orang tu betul2 maksudkan??*hah...itu yang kita tak tau. Disebabkan spesis yang macam nilah ramai orang dah tak ambil peduli perkataan maaf ni even bila seseorang tu benar2 maksudkannya*jap2 asal ayat skema sangat nih!!

dan nilai perkataan "maaf" ini sudah semakin murah ditelan dek tekak hari..

~~DULU~~
"Saya betul2 minta maaf sebab tak dapat nak dating dengan awak semalam."
"Hurmm..takpe..saya tak kecah pun..lain kali jgn buat lagi"


~~SEKARANG~~
"Maaflah saya tak dapat nak dating dengan awak semalam."
"Maaf..maaf..pergi **^&%&* dengan awak punya maaf tu."


Nampak sekarang??
Tak nampak?? ish3..kecik ati =o='

Konklusinya*markah bahasa markah bahasa..
walaupun bukan korang yang bersalah tapi demi sesuatu hubungan tu even utk friendship sekali pun apatah lagi bagi hubung si kumbang dan si bunga tak salah korang minta maaf dulu.Minta maaf tak bererti korang kalah.Minta maaf juga tak bererti maruah korang akan tercalar...
Asking for forgivenss for the sake of friendship is a noble action!...

jadi ingat! "Maaf."bukan bererti kalah sebaliknya ianya satu kemenangan kerana kita bisa menundukkan hati dan buang ego ke tepi.

PEACE NO WAR! ^o^ v

P/S:Dah lama tak posting kat blog...nak bagi tulisan berkaler dah xde erk?? makin pening lak

Tuesday, February 14, 2012

Pemberitahuan

Sedang mencari diri saya yang dulu..budak yang suka menulis blog...
Budak yang dulunya banyak idea...
Kesian blog ni...dah bersarang dah...isk3

Monday, December 12, 2011

Okay Saya Selesema

oit2...windu kite tak??
hahaha..ok jangan muntah sekarang..nak muntah tunggu lepas habis baca entri ni...
Ala entri ni tak penting pun..T___T..
cuma nak update sebab dah lama tak update...

Almaklumlah..sayakan budak spm...paper belum habis lagi...esok ada lagi 1 paper last...paper yang tersesat..
Kenapa saya kata tersesat?? sebab paper lain suma dah habis..nak tunggu paper ni,2 minggu saya berkelana*cewaahhh..ayat tak tahan..

Saya cuma nak bagitau...saya selesema..dah 3 hari...sedih2..jadi nak lah minta simpati anda semua..Insyaallah lepas SPM dah habis saya kembali berblog...jadi tunggu saya tau..jangan windu2*Ok terasa diri ni gedik...

Nanti kite berborak2 lagi ye?? tata

PEACE
>o

Saturday, August 13, 2011

Saya Tak Sempurna..huhuhu

Wooott wooott...

Entri kali lebih peribadi sikit.Well bak kata miss a bila sampai masa utk merepek di sinilah medan yang terbaik.
Saya tak tau patut tak saya siarkan apa yg saya taip ni.Apa2 pun baca sini dulu.Saya yg nombor 10 tu.Bukan nak berlagak yg saya ni comel*tetttt di situ..
tapi da kenyataan.tak caya?? tanya cik b,pemilik blog tu.

Sekarang pukul 1.57 pagi.saya tak leyh tidur dan destinasi saya utk mghilangkan bosan?? tentulah blog cik b dan miss a.Tapi arini tetap tak leyh tidur.Lalu saya perasan tajuk artikel paling fofularrr kat blog cik b ialah 11 insan kesayanganku.Bila baca balik tentang apa yang cik b tulis pasal saya tu saya jadi sedih.Bukan kata2nya yg menyinggung hati saya yg kiut ni tapi sedih terharu.Ada juga org yg menghargai saya.

Well ai admit saya taklah secomel Mia Sarah Nasuha tu dan tak secantik aktress jelita nur fazura tu.Apalah yang ada pada saya? cume comel aja..*blueekk

Kenapa saya ckp begitu?. Sesiapa yg mengenali saya(which saya pasti kebnyakannya tidak) akan tau wajah saya yg sebenarnya.Muka saya tidaklah setenang air sungai senang kata biasa2 je..Muka saya lebih kepada muka berwajah garang.Semua ni sebab kening saya yang terlalu tajam..orang akan ingat saya sombong dan berlagak kerana air muka saya menunjukkan begitu.Sejujurnya saya seorang yang gila fikirannya.Di tambah dengan pengalaman hidup kadang kala saya berfikiran matang.Tapi kebanyakan masa sekarang saya tak matang pun ish3.Selalunya apabila bersama dengan kawan2 org akan ingat bahawa sayalah ketuanya.Air muka,gerak geri dan semuanya menunjukkan saya begitu.

Saya selalu fedap.Tapi apa saya boleh buat? xkan nak cukur kening kot? cukuplah kening saya botak kat ujung.Dari jauh nampak macam kening saya pendek*huwaaahhh

Cik b,kalau awak baca entri ni..ketahuilah...setiap ketawa saya bermakna saya gembira dgn kehidupan saya dan setiap kali saya diam bererti saya berfikir utk menghilangkan kesedihan dan bukan utk mengalah dgn kehidupan.Ya saya banyak kali kecewa,terluka dan menangis.Tapi Cik b pernah cakap kehidupan dan cinta ini milikNya.Apabila saya sedih dgn kehidupan saya bererti saya menafikan takdir yang dibuatNya.Apabila saya kecewa dengan kehidupan saya bererti saya kecewa denganNya.Jadi saya nak kata..

Tak moh macam tu tak moh...tak moh..hahaha...cik b,terima kasih kerana sentiasa menghargai saya dan ada di sisi saat saya mencari diri sendiri.

Sentiasa berusaha fitrah!

Arggghhh!!! rasnya kena beli soletep la...soletep mulut supaya sentiasa tersenyum..Nanti baru nampak comel

Saturday, August 6, 2011

Bintang Tak Mungkin Bergabung:I'll try

Ini merupakan sinambungan bagi bintang tak mungkin bergabung

"Awak ikhlas menyintai saya??"

"Ikhlas."balasku sepatah.

"Tapi mengapa seperti ada jurang antara kita?"

"Maksud awak?"tanyaku.

"Seperti awak tidak menyintai saya dengan sepenuh hati.Seperti terpaksa."

"Kenapa kata begitu?"tanyaku sekali lagi.

"Adakah kerana saya tidak memberi perhatian kepada awak?"tanyaku menahan geram.

"Atau saya tidak seperti perempuan lain yang mementingkan kekasih mereka lebih daripada hidup mereka?"sambungku.

"Awak tahu saya bukan begitu.Saya bukan perempuan yang mengagungkan kekasihnya."sambungku geram.

"Awak lupa?? bahawa saya memang begini?"

"Maaf...saya minta maaf kalau kata-kata saya buat awak marah."balas lelaki itu setelah lama menyepi.

"Saya cuma mahu perhatian daripada awak.Daripada kekasih saya.Mungkin salah saya kerana meminta daripada yang sepatutunya.Maaf."sambung lelaki itu.

Abang,
Maafkan saya.
Saya akui hati ini belum terisi lagi,
tapi hati ini masih belum mahu untuk diisi,
maaf untuk cinta yang tak ikhlas di hati ini.
Tapi saya janji,
pada awak dan diri ini,
yang saya akan cuba..
cuba untuk menyintai awak seperti mana awak menyintai saya...

Abang,berilah saya masa...

~~Cerita ini hanya rekaan semata-mata tau~~

P/S:Maaflah lama tak masuk blog...almaklumla...bizi memanjang..kelas sana kelas sini..saya ada urusan dan tanggungjawab lagi...insyaallah akhir taun nanti saya kembali aktif..tunggu saya yang COMEL  ni tau...

hehehe...

Saturday, June 18, 2011

Sweetnye Dorang

Semalam (17/6/11) saya pergi medical check up.Of coursela masa tu kena ambik nombor giliran dan tunggu serta tunggukan??

Masa saya sedang unggu nama untuk ambik nombor saya ada nampak 1 kapel cina ni tau.Sweet sangat.Yang lakinya pegang tangan isteri dia masa nak menjalani prosedur ambik nombor.Sementara nak tunggu tu si suaminya suruh isteri dia duduk dulu.Padahal masa ada 2 tempat duduk sebelah saya.Saya tak faham apa yang dorang cakap tapi saya rasa suami dia kata "awak duduklah dulu.biar saya yang handle perkara  ni".

Saya rasa ini first time dorang buat rawatan kat situ sebabnya banyak dokumen dorang bawak..mungkin benda ni perkara kecik namun bagi seorang yang berkromosom XX sperti saya ianya sungguh tacing..hahahaha...

Pastu nama saya dipanggil dan nombor telah diberi.Saya tunggu la di ruangan menunggu..yelah takkan nak menunggu kat tempat ambik nombor lak an?? memang tempah cacian,makian dan yang sewaktu dengannya.

Masa saya tunggu tu kapel tu muncul kembali di depan saya.Walaupun mereka tak melihatkan aksi2 yang manja namun ianya sudah mampu menunjukkan kasih sayang yang kuat dalam diri mereka.Seolah-olah aura kasih sayang itu muncul sendiri dan bersinar..*perggghh ayat.

Masa nombor dorang dipanggil,si suami memimpin tangan si isteri masuk ke bilik rawatan.Masa tu hati saya berbunyi.."Ahhh...so sweet"


"Tak heranlah Fitrah.Aku dah selalu tengok dah benda2 macam ni.Naif betul kow ni"

Tapi macam mana kalau saya cakap yang kapel tu warga emas??

Si suami dan si isteri sama2 tak larat.Tapi mereka masih ada bersama untuk antara satu sama lain.Tetiba saya tertanya..mana anak mereka.Si ayahnya bukan larat sangat kalau saya tengok tapi demi si isteri dia sanggup lupakan keletihan,kesusahan untuk berjalan.Bahkan dia sanggup memimpin tangan isterinya yang memang lagi tak larat untukberjalan.Berbeza dengan sesetengah orang.Isteri sakit depa buat tak tau.Tiba2 terimbas satu peristiwa masa saya masuk hospital taun lepas..Jiran katil saya tu seorang mak cik.Dia baik,bahkan ramah walaupun dia sakit.bila menjelang tengah hari dia dah tak larat dan tertidur.Bila suami dia datang melawat dia pula yang kena marah dengan suami dia sebab tak bangun makan.Pastu mak cik tu cakap yang dia pening kepala dan tak larat.Pak cik tu bebel sorang2.Masa tu saya rasa kesian dengan mak cik tu dan takut dengan pak cik tuh.Saya tak sanggup nak pandang sebelah masa tu.Takut tengok wajah pak cik tu yang macam nak telan orang,

Tiba2 mak cik tu panggil suami dia,dia cakap dia dahaga tapi tak larat nak bangun.Pak cik tu tuang air dalam penutup botol dan suap mak cik tu.Mak cik tu tersedak dan muntah.Pak cik tu terkejut bangun dan menjerit.Ramai orang terkejut masa tu.Doktor marah dan berlakulah pertengkaran antara pak cik tu dan doktor mak cik tu.

Bila doktor tu dah blah,pak cik tu marah mak cik tu.
"Tulah kau,aku suruh bangun tak nak tak pasal2 aku kena marah.Lain kali kalau kau nak buat apa2 buat sendiri."

Pak cik tu bersihkan baju dia dan kemas sikit barang2 mak cik tu dan blah lepas sume dah selesai.Waktu melawat time petang tu pak cik tu tak datang.Anak2 dia laki 2 orang je yang datang.Agaknye pak cik malas nak jumpe doktor tu kot.Bertengkar teruk giler.

Lepas saya kuar wad saya asyik teringat je kejadian tu.Saya tak tipu.Saya tak tau apa yang terjadi esok tu sebab malam tu saya discaj.Tapi saya tau mak cik tu sedih.Nasib baik anak2 dia baik walaupun muke dorang agak garang dan badan dorang agak besar.

Bukankah kalau seseorang tu sakit kita kena berlemah lembut??..Lebih2 kalau orang tu ahli keluarganya.

Sekarangkan sibuk dengan isu poligami...buat saya terfikir..betapa utuhkan institusi kekeluarga pada masa akan datang??

Orang melayu kita sibuk nak cari pucuk muda..tapi dorang lupa yang muda tu tetap akan jadi tua.Bila yang tua tu sakit dorang buat apa?? Carik yang muda upah anak2 atau orang gaji jaga bini yang sakit.Di mana janji setia dan kasih sayang mereka dulu??

Kan bagus kalau mereka pentingkan kualiti daripada kuantiti...

Apa2 pun saya salute kapel tua cina yang saya lihat semalam...Saya berharap saya tua nanti saya mampu jadi macam mereka...Aminnn..

Korang macam mana?? Apa ciri2 lelaki/wanita korang??

Friday, April 29, 2011

Gadis yang pekak,buta dan bisu

Ini hanya cerita.Sekirang ada persamaan sekadar kebetulan.

Seorang gadis berusia 16 tahun telah kehilangan ahli keluarga dalam sebuah kebakaran.Seorang wartawan wanita berasa hairan melihat akan reaksi gadis itu.Reaksi yang ditonjolkannya berbeza berbanding mangsa2 kebakaran yang lain.Selalunya si mangsa akan mengalami trauma tapi tidak gadis itu.Lalu wartawan wanita itu mendekati gadis itu.

Wanita:Adik,kamu ialah ahli keluarga mangsa bukan??

Gadis itu hanya menggangguk.

Wanita:Kamu sungguh tabah.Saya bersimpati.

Gadis itu hanya membisu.

Wanita:Siapa nama kamu?.

Gadis itu tidak memberikan reaksi.

Wanita:Saya Fadilah,seorang wartawan.

Wanita itu mencuba untuk menarik minat si gadis untuk berbual.Niatnya untuk menenangkan si gadis.Agar si gadis tidak berasa kesunyian.

Wanita:Kamu mahu menangis?? Saya sedia untuk itu.Saya akan berada di sisi kamu.

Gadis itu mendongak ke arah wanita itu.

Gadis:Kenapa saya perlu menangis??

Wanita itu berasa hairan dengan pertanyaan gadis di depannya itu.

Wanita:Tidakkah kamu berasa sedih akan kematian ahli keluargamu??

Gadis:Saya sedih tapi saya tak perlu menangis.Mengapa perlu menangis di dalam dunia yang indah ini??

Wanita:Kalau benar kamu bersedih bukankah kamu perlu menangis?? Sama seperti kamu bergembira kamu perlu ketawa.Benarkah dunia ini indah?? Apa yang menyebabkan kamu kata begitu wahai gadis??

Gadis:Dunia ini indah apabila kita ketawa tetapi tidak apabila kita menangis wahai kakak.Selama 16 tahun saya hidup di dunia ini dan saya tahu bahawa dunia ini indah.

Wanita:Kamu sungguh aneh.

Gadis:Ianya aneh apabila manusia menangis kesedihan kerana kehilangan dalam dunia ini kakak.

Wanita:Apa petua kamu dalam melihat dunia ini??

Gadis:Ibu saya telah meninggal dunia ketika saya berumur 13 tahun.Ayah saya jatuh sakit akibat kemalangan di tempat kerja.Manakala kakak saya berhenti sekolah untuk menyara hidup kami.Setiap kali saya ingin menangis kesedihan,kakak saya halang.Katanya...

"Seandainya kamu mendengar tangisan kesedihan,jeritan ketakutan dan kelemahan manusia tutuplah telingamu dengan rapat.Agar kamu tidak mendengar tentang kesedihan hidup ini.
Sekiranya kamu melihat peperangan,kesedihan,kebencian dan kelakuan buruk manusia tutuplah matamu dengan erat agar kamu tidak melihat tompok hitam hidup ini.
Seandainya kamu ingin menangis kesedihan,menjerit dan memarahi sesuatu tutuplah mulutmu kuat agar kamu dapat menahan diri dan mendapat kesabaran dalam menjalani hidup ini."

Dialah akan menutup telinga,mata dan mulut saya.
Jadi saya menahan tangisan kesedihan saya sekarang agar saya dapat kekuatan untuk menangis kegembiraan pada masa akan datang.

Wanita:Ibu kamu pun sering kata begitu??

Gadis itu mengangguk.

Wanita:Tetapi kini ibumu dan kakakmu sudah tiada.Siapa yang akan menutup mata,telinga dan mulutmu??

Gadis:Saya sendiri.Kini sudah tiba masa saya menghadapinya.

Wanita:Jadi kamu tidak menangis kesedihan kerana kehilangan??

Gadis:Tidak kerana saya mendapat kelebihan.

Wanita itu hairan

Gadis:Kesabaran dalam hati dan kasih sayang daripada Allah.Bukankah Allah tidak akan menguji hamba-Nya lebih daripada kemampuan mereka?? Apabila kita diuji ini menandakan kita diingati oleh Allah.Dugaan juga bererti Allah sayang pada kita.Bukankah begitu kakak??

Wartawan wanita itu menggangguk perlahan dan tersenyum.Tidak ada lagi kasih sayang yang paling besar daripada kasih sayang seorang ibu kepada anaknya melainkan kasih sayang pencipta kepada hamba-nya.

"Hidup memang tak mudah kerana itulah kita perlu berusaha gar ianya mudah.Semoga hari2 anda yang mendatang adalah hari2 yang menggembirakan."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...