Thursday, August 26, 2010

Renung-renungkan..

AMARAN!!..INI BUKAN KARYA ASAL SAYA...HANYA SEKADAR INGIN BERKONGSI

Assalamualaikum...

Wahai sahabat² seagama denganku…
Tolonglah ambil masa 3 minit untuk membaca note ini....
3 Minit je, tak lama pun.. Kalau lebih dua minit tu bukan membaca la tu.. tapi mengeja.. ;-)

Mungkin ada yg pernah baca kisah ni tapi tak salah kalau kita ingatkan sekali lagi..


Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...


Bayangkan benda ini berlaku pada anda.....

Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah... tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik "

"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"

Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Iman tu...

Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata:

"Ok Pak Iman, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat"....

Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah....

Macammana.. adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas. selain terhibur anda Fikirkanlah...

"Lawak kan, dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yg betul-betul BERIMAN... "

"Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah.. baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi..."

"Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya..."

"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran"

"Lawak kan, berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia"

"Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai.. tak cukup masa..

Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau note yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama Lawak kan???

Kenapa? gelak tu kan realiti.. tapi yg paling lawak sekali.. berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain... berapa orang yang akan buka thread ni untuk luangkan masa membaca? berapa banyak????

Wallahualam…


semoga kita dapat berfikir semula...AMINN...

Saturday, August 21, 2010

Fitnah Terhadap Wanita Muslimah

          Pada suatu ketika,seorang wanita muslimah meninggal dunia di Madinah.Lalu keluarganya mencari seorang tukang memandikan jenazah.Tetapi wanita yang itu ternyata tidak pandai menjaga ucapannya.

          Ketika sedang memandikan mayat itu,mulut wanita itu tidak henti-henti memaki-maki jasad yang sudah tidak bernyawa di hadapannya itu.Dengan lantang mulut wanita itu berkata "Faraj inilah yang banyak dipakainya untuk berzina".Masya Allah ,dengan tidak semena-mena,kedua-dua tangan wanita itu terlekat pada tubuh si mayat.Dia berusaha melepaskan tangannya,tetapi ternyata ianya hanya sia-sia.Semantara orang yang di luar sudah resah gelisah kerana jenazah itu dimandikan dengan begitu lama.

          Setelah pihak keluarga menyusul,akhirnya mereka mengetahui apa yang berlaku.Mereka segera mengirimkan beberapa orang untuk menanyakan kepada beberapa orang alim ulama di Madinah apakah yang sedang berlaku.

          Ada seorang ulama mengusulkan agar kedua-dua tangan wanita itu dipotong dan ditanamkan bersama-sama si mayat.Manakala ada pula yang mengatakan agar tubuh mayat itu sahaja yang dipotong demi menyelamatkan wanita itu.Akhirnya para ulama pening memikirkan masalah tersebut.Mereka tidak dapat membuat pilihan untuk masalah itu.Samada memotong tangan wanita itu ataupun memotong sebahagian tubuh mayat itu.

           Akhirnya,mereka menemui jalan buntu dan pergi kepada Imam Malik bin Anas r.a.

           Setelah mendengar kisah ini,Imam Malik r.a segera datang ke tempat kejadian.Beliau meminta izin untuk mengusul juru mandi dari sebalik hijab.Beliau bertanya kepada wanita itu "Katakab terus terang,apa yang telah kau tuduhkan kepada si mayat ini?"

          Dengan nada yang sedih,wanita itu berkata "Aku telah menuduhnya membuat zina ketika aku sedang memandikannya."

          Setelah jelas dengan kedudukan yang sebenar,Imam Malik r.a berkata kepada anggota keluarga dan sahabat karib si mayat "Wanita ini telah melanggar hak si mayat.Dia telah melanggar hudud Allah dengan menuduh seorang muslimah yang baik melakukan zina tanpa disertai empat orang saksi dan bukti.Oleh sebab itu,wanita si pemandi mayat ini harus menjalani hukuman 80 kali deraan.Sesudah habis hukuman itu dilaksanakan,barulah kedua tangan wanita akan terlepas dari tubuh si mayat.."

          Setelah hukuman itu dijalankan,barulah kedua-dua tangan wanita itu terlepas dengan sendirinya!..

-JANGANLAH KITA MEMFITNAH MANUSIA SAMADA KETIKA HIDUP ATAU MATINYA.-


*Di ambil daripada sumber lain dan diolah oleh saya.Maaf sekiranya ayt2 di atas sukar untuk difahami.

Cerpen: Dia Sekarang Sedang Bersama Isterinya,Bidadari Syurga

          Aswad al-Habsyi adalah seorang yang berkulit gelap yang bekerja sebagai pengembala kambing orang Yahudi.Ibnu Ishaq berkata bahawa Aswad telah datang kepada Nabi Muhammad SAW.Dia terkepung di benteng Khaibar bersama beberapa ekor kambing yang digembalanya.Dengan mengembala kambing ini,dia mendapat upah daripada seorang lelaki Yahudi.Aswad al-Habsyi berkata "Wahai Rasulullah,terangkanlah Islam kepadaku".Maka Rasulullah SAW pun menerangkan Islam kepadanya.Lalu, Aswad al-Habsyi pun memeluk agama Islam agama Allah sedangkan Rasulullah tidak pernah memaksa sesiapa untuk masuk Islam.

Aswad berkata "Aku telah diupah oleh pemilik kambing-kambing ini.Mereka adalah amanahku.Apa yang harus aku lakukan terhadapnya?"

Nabi Muhammad menjawab "Pukullah muka! Dia akan pulang kepada pemiliknya.

          Kemudian Aswad pun mengambil segenggam pasir dan melemparkan ke muka kambing-kambing itu.Lalu kambing-kambing itu bergerak secara berkumpulan menuju masuk ke kandangnya seolah-olah ada pengiringnya.Kemudia Aswad pun mengepung benteng tersebut untuk berperang bersama-sama kaum muslimin.

          Ketika Aswad al-Habsyi sedang berperang,dia terkena lemparan batu sekaligus,memisahkan roh dengan jasadnya.Aswad al-Habsyi meninggal dunia sedangkan dia saudara baru yang belum pernah mendirikan solat.

          Maka,orang ramai membawa jenazahnya kepada Nabi Muhammad dan diletakkan di belakangnya.Aswad diselimutkan dengan jubah yang diperbuat daripada bulu kambing yang biasa dipakainya ketika hidup.Rasulullah menolah kepadanya sedangkan ketika itu baginda sedang bersama seorang sahabatnya.Kemudian baginda berpaling daripadanya  dengan pantas.Ini menimbulkan pertanyaan sahabat.Sahabat bertanya "Wahai Rasulullah,apakah engkau berpaling daripadanya?".Lalu Rasulullah berkata "Sesungguhnya dia sedang bersama isterinya,bidadari syurga."


*diambil daripada  sumber lain dan diolah sendiri oleh saya.maaf sekiranya bahasanya sukar untuk difahami.

Friday, August 13, 2010

Ramadhan Dan Cara Menyambutnya

Sebelum itu,post ini spatutnya berlaku pada 10 haribulan ogos...hehehehehe....

citernye gini,masa 2 arini isnin,2 hari lagi nak sambut ramadhan..nama pun ari isnin,maka dgn rasminya perhimpunan rasmi diadakan..huhuhu..biasalah dak skola g..msa nak end assembly ni,cikhu penolong kanan ada naik n nak mengucapkan selamat menyambut ramadhan...dia ada pesan..jgn buat2 lupa,jgn ponteng puasa coz skola sy 2 bleyh dikatakan 99.99% muridnya islam kecuali ada 2 org pelajar tukaran jerman dan sepanyol...cikgu 2 pesan smbt ramdhan dgn gembira..berusaha perbaiki diri..masa ni syaitan xde n inilah masanya utk mengumpul pahala...

mcm 2lah lebih kurang nasihat2 puan 2...tetiba sy tringt..x sgka dlm msa yg singkat sy boleh bpikir...
bahawa dlm dunia ni..ada 3 cara org menyambut kedtgan ramadhan...(yg sy sempat pk)

PERTAMA:
ORG yg puasanya memang x tinggal..kiranya berimanlah juga..tetapi tidak ghairah menyambut kedatangn ramdhan.mknenye mcm dia x praktis puasa sunat pd bulan2 sebelumnya...namun dia menyambut ramdhan dgn hati yg tbuka bahkan gembira..namun ibdahnya tetap x ditinggalkan walaupun dia tdk warm up puasa..maknenye dia tdk membuat perancangan utk mnyambut ramadhan dgn lebih kuat...(ini golongan kedua yg tbaik bg sy.sbb walaupun dia tdk praktis puasa..namun dia ttp suka akan ramadhan..sygkan bulan islam yg bernama ramdhan)

KEDUA:
ORG yg tdk suka apabila ramadhan is just around the corner...TP...org ini ada praktis..dia da wat perancangan...perancanganya MANTAP,KUKUH,SOLID,JITU...n memang THE BEST la...tp niatnya salah...apakah perancangannya itu??
*dia da pilih port utk ponteng
*da kumpul member2 sapa yg nak serong puasa
*da berlatih acting kononye letih(mengalahkan org yg bpuasa)
*da pk brapa ari nak serong puasa
*da plih turn sapa nk bw makanan utk ponteng...
gila sungguh...ni bukan omong kosong sbb apabila bulan puasa dtg jer ada la brita yg btajuk "PONTENG PUASA,5 LELAKI DITAHAN"
"TERLUPA SAHUR,ALASAN APABILA DITAHAN TIDAK BERPUASA"
"DATANG BULAN ALASAN MAKAN DI BULAN RAMADHAN"
dan yg sewaktu dgnya...huhuhu...
(sy x respek org yg cmni..dan sy bhrp sy tdklah mcm 2..lainlah jika tdk sengaja..ni x..mmg da rancang siap ada blueprint lg...msa,tarikh,tempat..sumenya ckop syarat...SAH!!..ponteng puasa)

KETIGA:
ORG yg mmbuat perancangan utk menyambut ramadhan...dia praktis puasa sbb nk bagi perutnya tbiasa..xlah culture shock gtu...dia buat jadual msanya agr urusan dunia tdk mengganggu ibadahnya..dia juga TERUJA menyambut kedatangan ramadhan..dia menggunakan peluang ini utk menambahkan pahalanya..puasa 30 hari bukanlah menjadi beban kpd dirinya...(oohhh sy sgt suka pd org yg begini...dia sygkan dirinya,kerana itu dia bpuasa sunat pd bln2 yg sebelumnya..agr dia tdk kesakitan perot apabila first day berpuasa...dia juga sygkan ramadhan..dia gunakan ramadhan dgn sebaik-baiknya...dia juga sygkan akan tuhannya,kerana itu dia menyusun waktunya agar dia tidak terlupa utk mengadu dan bercerita pada penciptanya...alangkah baiknya jika sy spt manusia yg begini...huhuhuhuhu)

JALAN2 PADA WAKTU MALAM,
SAMBIL 2 SINGGAH PASR MALAM BELI MURTABAK,
SAYA NI BUKAN NAK NYANYI TP NAK MENYAMPAIKAN SALAM,
SALAM SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK...

SOALAN CEPUMAS:
ANDA GOLONGAN YANG MANA?? HUHUHU...

Selamat Datang Ramdhan

Pertama skali,sy ingin meminta maaf kerana sudah lama tidak mengemaskini blog saya...sibuk sikit..walaupun berpuasa,sekolah tetap bjalan seperti biasa..huhuhu....ditambahkan lagi dengan folio2 yang perlu disiapkan segera,sy jrg mengemaskini blog sy...Kemaafkan diminta..huhuhu...

Sepatutnya post ini dibuat pada 11 haribulan Ogos,tetapi da lps apa bolah buatkan?? sedihnya...Huwaahhh!!!

SELAMAT DATANG YA RAMDHAN...
Sesungguhnya,untuk menemuimu agak sukar sekali
Engkau penuh dengan mamfaat
dan masa inilah kami,hamba2 Allah ini mengejar pahala ibadah kami...
Semoga umurku panjang..agar dapat aku temuimu pada tahun hadapan

Monday, August 9, 2010

Penderitaanku,Kebahagianmu

Kenapa?? bila kita tluka?? mesti ada yg mengambil kesempatan...
perlukah??
anda manusia,sy juga manusia..kenapa kita mesti perlu melukakan hati antara 1 sama lain??

apakah perasaan anda sekiranya u were in my shoes??
will u cry??
will u feel stupid o looser
y u asking me the same questions??

Ya Allah...berikanlah kesabaran yg tinggi kepada diriku ini..agar aku tidak menyakiti mereka yg berada di sekelilingku...

should it be my painness is ur happniess??

LUKA MELUKAI
KHALIFAH JENIS APAKAH KITA INI??
GAGAL DI DALAM DUNIA YG FANA INI
DALAM PERINGKAT YANG DI MANA SEMUANYA SEMENTARA
MENGAPA KITA PERLU MENYAKITI??
SEADNDAINYA KITA INI SERBA LEMAH
SEANDAINYA KITA INI MUDAH TERLUKA??
TERKURUNG DI BILIK YANG TIDAK BERPINTU
TIDAK BERNAFAS DI DALAM BILIK YANG TIDAK BERDINDING
TERHENTI DI JALAN YANG LURUS
BERTEDUH DI BAWAH CAHAYA MENTARI
TANPA KITA SEDARI
SEMUANYA HANYA BERADA DI DEPAN MATA KITA SAJA
HANYA KITA YANG PERLU MENCARI PUNCANYA
MENCARI KUNCINYA....


Semoga hari2 kita yang mendatang penuh kebahagiaan...

Wednesday, August 4, 2010

Wargghhh...Makan Tapai...

Perkara di atas dirujuk(pergh!!...formal gler)..huhuhu...

Ala...x nak mkn...itulah baris ayt yg terpendam di dlm lubuk ati sy...huhuhu...
baru je hbs msalah psl durian,msalah ni plak timbul...MENGAPA???

cternye begini....jeng jeng jeng...

semalam..ibu sy sruh sy mkn tapai,katanya sbb elok utk masalah kaun pompuan yg sy hadapi ni...
nama pun hal pompuan so mcm private ckit la msalah ni...
tp bkn itu yg sy nk cterkan...tp pasal mknan yg bnama tapai ini...T.A.P.A.I...
 sy x suke...bhkan lg x ske drpd durian...durian 2 sy mkn gak..tp yg ni..pergh...byr rm100 pun blom tntu nk mkn...tp smlm kne mrh..so nk x nak..knelah mkn dgn hati yg tdk rela..(ayt! sastra sungguh)
baru je nk msukkan sudu yg ptama...

muka sy da bekerut sejuta...pergh!!...mmg x sdp...cpt2 sy telan...1 down 7 more to go..huhuhu...satu mangkuk 2 sy perlkan 8 kali suapan...wah!!..x sggp rsanya...

Bagi anda?? sedapkah tapai ni??
 pendapat sy?? tentulah x!!...
masam je...bluek!!...tpkan sy tgk ibu ngan ayh sy mkn...cam mkn kentaki jer...

kalau bkn sbb petua org tua mgenai msalah wanita sy ni...jgn harap sy nk mkn tapai...
tpkan..yg sedihnya..mcm x jd jer petua tu..ke kne tggu lg beberapa hari??
hurm...pasti terluka hati ini kalau petua 2 x jd...(syahdu2)
sy rsa tapai ni bleyh jd nitemare sy semasa sedar...
fhm x??
ala mimpi buruk tp waktu x tdur ler...cmne 2??
xtau ke??
sy pun x tau...hehehehe
jom kte mse2 pk...
ni tapai ada g ni...sy x mkn g...
sy sanggup mkn ubat antibiotik yg air 2 drpd mkn tapai ni...wah!!!....TOLONG!!!...
xde petua lain ke??


ibu..sy x nak mkn lg...x kesian ke kat sy??
sy lebih rela mkn coklat,nasi ayam atau nasi goreng pataya drpd makan tapai ni...
paksalah sy mkn nasi aym..paksalah paksalah...
sy rela....huhuhu...


PERHATIAN!!!...
gmbr suspek yg meneybabkan insiden ini berlaku tiada dalam rekod...
kesulitan amat dikesali...


SEBARANG MAKLUMAT MENGENAI KEJADIAN YG BERLAKU,
SILA HUBUNGI...1-300-CHOKI2 ADA X-4466 hati2 jgn jatuh tjunam...
 

Sunday, August 1, 2010

Alamak!!! Durian..Tidak!!!

oh tidak!!!!....ayh bw blik durian..no..katakan itu sume dusta...arghh!!!!...

itulah ayt yg kuar drpd mulut seorg mgsa yg comel lg baik hati...
hehehehe...

DURIAN...SAPA SUKE?? ANGKT TGN...ANGKT TGGI SKIT...SY X NMPK..TGGI G TGGI G...huhuhu..

sy ni x de lah mnat durian ni sgt..ckit2 jer...
makan makan r gak..tp x le pelahap no..
tp yg sy alergik ckit ni..baunye yg semerbak harum...
BAU...
pergh..sy mmg x ske sgt bau durian ni.lbh2 kalau mkn n sendawanye..pergh...pengsan i dibuatnye..huhuhu..
ayh2..npe bwk blik durian?? hah?? nk wat tempoyak...sedap 2..huhuhu...tp npe bau durian itu perlu ada??
pening2...

sapa suke mkn durian yg pahit??
sapa ske mkn durian half pahit??

yg psti..kedua2nye bkn sy...
sy x ske pahit,lemak ataupun half pahit...
sy ske yg manis..sbb 2 muke sy sntiasa je manis..hehehehe...

kbnyakkan family sy,xkrelah sblh ayh o ibu dorg ske mkn durian yg pahit ataupun half pahit.bluekkk!!!...x sdp..pahit x ske...tp tu sume bg sy..bg mereka..SEDAPNYER....warghhh!!!...bleyg btkar jd HULK HOGAN rsanye bler dorg ckp mcm 2...sbb apa?? ada ke bnda yg pahit 2 dikatakan sdp?? pelik bin hairan bin ajaib sy rsa...

dpt lak ayh bli bnyk..wah!!!..menagis smbil dgr lagu sy dbuatnye...baunye...pergh!!!..sesak nafas...kne pkai ubt asma blik rsanya ni...
hbs 1 rmh ni berbau durian...hny gua a.k.a bilik sy je yg selamat..sbb stiapa kali nk msok o kuar,sy cpt2 ttp pintu blik...kalau x....hbslah sy..xde lah lg tmpt persembunyian...kesian x kat sy??ala kesian la...kesian la...plissssss!!!!!.....

dah la tu..ada ke durian yg da bkak di ltkkan dlm tudung saji?? aduh...x larat teman...bru je psg niat nak mencekik..trus tbntut..apa x nye...bka2 je tdg saji 2...hambik kau...semerbak bau durian menyerbu ke muka sy...hbs tumbuh jerawat..huhuhu....

itu bru penderaan dr segi mental..blom fizikal...
ada g?? ye ler...
nma pun durian ...bduri ler..bler ayh ltk kat bwh...mmg wajib kne kat kaki sy...
sian kaki sy ni...asyik kne dera jer...
npe x elak?? da mmg sy kne lalu ctu..
kat bhagian dpur sblh sinki..kalau bsuh pinggan o nk ambik pinggan mmg ler kne lalu ctu...
n stiap kali pg..mmg dpt "tanda kenangan" la...kalau org lain cenderahati...tp sy?? cedera di kaki..itu blom msok bab hati g...huhuhu...

akhir kata,cpt2 lah musim durian hbs...hehehehe...

AMARAN!!!....
Penjenayah yg disyaki yg menyebabkan kejadian ini berlaku
dikehendaki!!!...
   sebarang maklumat...sle hubungi...1-300-choki2 2 aku pny-444 tekan2 x dpt...
sekian terima kasih...
kerjasama anda amat sy hargai...

Tambah detail kat blog..

rsabya sy ni da ada penyakit blog addicted...huhuhu...

sebab?? asyik2 nk tmbh sana tambah sni...
mmg x ttp pendirian btlla..hehehehe...
apa pndapat anda tntg blog yg bwjh baru ni??

o.k o k.o?? ho5...sy ske tgk gadjet2 ni..x bleyh la...sume kiot2 2 yg rsa nk ltk jer..hehehehe

tp x sume gadjet sy ske walaupun comel..
klau sy rsa mnyemak je sy x ltk lbh2 kalau mganggu mata sy yg fungsinya utk melihat ni..hehehe

sori la mood nk post baru xde la..cter ada tp arini rsa mls lak nak taip pnjg2 ni..hehehe..sori...
jumpe lain kali...

papai..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...